Thursday, June 30, 2011

Menjalinkan hubungan yang baik dengan anak...





Kanak-kanak, sama juga seperti orang dewasa, ingin diri mereka diterima oleh keluarga dan persekitaran. Sekiranya keinginan ini tidak diperolehi dengan cara yang positif, mereka akan menagihnya dengan cara yang negatif (buat perangai). Bagi membantu anak-anak untuk merasa diri mereka diterima, ibubapa harus fokus kepada menjalinkan hubungan yang baik dengan anak-anak. Dalam entri yang lepas, saya ada menyebut 4 cara untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan anak-anak:-


• menunjukkan rasa hormat kepada anak-anak

Seringkali kita terdengar rungutan dari ibubapa bahawa anak-anak tidak menghormati mereka. Anak-anak belajar sesuatu dengan memerhati tingkah laku ibubapa. Tidak boleh salahkan anak-anak sahaja apabila mereka tidak menunjukkan tingkah laku hormat kepada ibubapa dan orang yang lebih tua. Kaji dan selidik diri kita sendiri. Kadang-kadang tanpa disedari, kita menunjukkan contoh 'tidak hormat' itu. Bagaimana? Ibubapa selalu berleter, menjerit-jerit memarahi anak, memukul, mencubit, memperkecilkan kebolehan dan personaliti anak-anak, mengamalkan sikap pilih kasih dan sebagainya.


Dalam sebuah keluarga yang mengamalkan demokrasi, tidak ada ahli yang kurang atau lebih penting. Ibubapa menunjukkan rasa hormat apabila mereka melayani semua ahli dalam keluarga secara sama rata. Mungkin akan timbul dua soalan:

  1. tidakkah ini bermakna bahawa taraf anak-anak sama dengan taraf ibubapa? Sudah tentu tidak! Ibubapa mempunyai lebih banyak pengetahuan dan pengalaman kerana mereka terlebih dahulu makan garam. Disebabkan itu, ibubapa mempunyai tanggungjawab yang lebih besar. Namun ibubapa dan anak-anak ialah manusia dan setiap individu layak dihormati tidak kira usia atau jantina.
  2. tidakkah ini bermakna, anak-anak boleh mengarah ibubapa atau ibubapa akan hilang kuasa? Tidak! Ibubapa perlu menjadi orang yang "in charge" dalam keluarga. Menjadi tugas dan tanggungjawab ibubapa untuk mendidik anak-anak tapi didiklah anak-anak secara sopan dan hormat.

• bermain dan bermesra dengan anak-anak

Bermain dan bermesra dengan anak-anak merupakan kunci kepada hubungan yang baik. Perlukah kita melancong setiap hari atau pergi ke taman permainan setiap hari? Tidak perlu. Kita boleh mulakan kemesraan kita seawal anak-anak bangun dari tidur. Ukirkan senyuman dan ucapkan salam atau selamat pagi dengan nada yang mesra dan ceria. Ada ibubapa yang bagi alasan "tiada masa" untuk bermain dan bermesra dengan anak-anak. Sebenarnya kita tidak perlu specific time untuk bermesra dengan anak-anak. Gunakan waktu dan kesempatan yang ada. Be creative. Mungkin dalam perjalanan pulang dari taman asuhan, dalam kereta umpamanya, ibubapa boleh bermain word games dengan anak-anak, bercerita kisah-kisah lucu dan sebagainya. Jangan jadikan suasana di dalam kereta itu terlalu serius dan tegang. Anak-anak yang menerima layanan yang ceria dan mesra dari ibubapa akan kurang bergaduh sesama sendiri.


• memberi semangat dan motivasi

Ibubapa perlu menunjukkan rasa confident terhadap anak-anak supaya anak-anak akan rasa berkeyakinan terhadap diri mereka sendiri. Untuk merasakan diri mereka disayangi dan berkemampuan, anak-anak perlukan kata-kata semangat (encouragement) daripada ibubapa. Untuk memberi ruang kepada mereka supaya bekerjasama, anak-anak perlu merasa diri mereka berkebolehan dan berkemampuan. Setiap anak adalah unik. Setiap mereka mempunyai keistimewaan dan kualiti yang tersendiri. Ibubapa perlu perihatin terhadap keistimewaan tersebut dan nyatakan dengan jelas kepada anak-anak. Memberi semangat dan motivasi, fokus kepada kekuatan anak-anak bukan kepada kelemahan mereka, fokus kepada usaha bukan kepada hasil. Galakkan juga anak-anak kita supaya membantu orang lain yang perlukan bantuan. Anak-anak akan terasa mudah untuk menyayangi orang lain sekiranya mereka terlebih dahulu menyayangi diri mereka sendiri.


• menunjukkan kasihsayang

Kasihsayang daripada ibubapa diperlukan supaya anak-anak rasa "secure". Bagaimana caranya untuk melahirkan rasa kasihsayang kepada anak-anak? By words and by actions.
  • ucapkan.."ibu sayang kamu…"
  • berikan pelukan dan belaian
  • bercakap dan melayan anak dengan sopan dan rasa hormat.
  • memberi ruang kepada anak-anak untuk membesar bersama tanggungjawab dan berdikari.
SUMBER : http://networkedblogs.com/jOSIR

Wednesday, June 29, 2011

Menjadi ibu dan bapa....



Sekadar perkongsian...moga ada manfaat...

Sara seorang ibu muda bergegas keluar dari pejabat. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Dia harus mengambil anak-anaknya yang dua orang itu dari taman asuhan. Dia agak terlambat. Sampai di taman asuhan, anak-anaknya Hanif (6 tahun) dan Shafiq (5 tahun) telah menunggu di muka pintu. Sebaik sahaja ternampak ibu mereka datang, mereka meluru keluar.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Sara singgah di pasaraya untuk membeli barang-barang keperluan. Bersama dua orang anak yang aktif, Sara tidak dapat menumpukan perhatian untuk membeli barang-barang. Kedua-dua orang anaknya bermain kejar-kejar di dalam pasaraya itu. Dalam keadaan anak-anak yang tidak terkawal itu, Sara terlupa senarai barang-barang yang perlu dibeli. Akhirnya mereka keluar dari pasaraya tersebut tanpa membeli apa-apa.


Di dalam kereta, di tempat duduk belakang, Hanif dan Shafiq berebut sebuah kereta mainan. Mereka bergaduh. Hanif memukul adiknya. Shafiq menangis. Sara sudah hilang sabar. Fizikal, mental dan emosinya letih dengan kerenah anak-anak itu. Sudahlah di pejabat tadi, dia telah dimarah oleh bossnya. Sekarang, anak-anaknya pula buat perangai.


“Hanif dan Syafiq boleh duduk diam-diam tak?” kata Sara dengan nada yang keras sekali.
“Mama penat tau” katanya lagi.


Hanif dan Syafiq terdiam sebentar mendengar suara keras ibu mereka. Selepas itu, mereka kembali bergaduh. Sara sudah tidak kuasa lagi. Dibiarkan Hanif dan Syafiq sehinggalah sampai di rumah. Muka Sara masam mencuka. Hanif dan Syafiq terus bergaduh. Keluar sahaja dari kereta, jari Sara terus mencubit lengan kedua-dua anaknya.


“Tak dengar cakap mama. Mama suruh duduk diam-diam, jangan bergaduhkan”


Hanif dan Syafiq gerun melihat airmuka ibu mereka. Lengan mereka juga terasa sakit. Mereka masuk ke rumah dan membuka TV. Akhirnya kedua-duanya terlena keletihan di sofa. Sara merenung muka kedua-dua anaknya. Timbul rasa menyesal di hati kerana memarahi dan mencubit anak-anak itu tapi dia tidak tahu apa yang harus dilakukan apabila menghadapi situasi yang sebegitu. Dia sayangkan Hanif dan Syafiq cuma apabila terlalu letih, dia mudah hilang kesabaran.


~~~~~~~~~~~~~//~~~~~~~~~~~~~~


Memelihara dan mendidik generasi sekarang adalah lebih mencabar. Kasih sayang merupakan asas dalam hubungan ibubapa dan anak-anak namun kasih sayang sahaja tidak cukup. Ibubapa masa kini memerlukan beberapa kemahiran lain selain dari hukuman fizikal (seperti sebatan, cubitan dan sebagainya) dalam mengendalikan anak-anak mereka. Apabila berhadapan dengan situasi yang agak mencabar, sekurang-kurangnya ibubapa tahu cara yang lebih positif yang harus dilakukan seandainya mereka mempunyai kemahiran tersebut. Kebanyakan ibubapa mengenakan hukuman fizikal kerana mereka tidak mempunyai cara lain yang lebih positif. Minimumkan hukuman fizikal kerana kesannya agak negatif terhadap saikologi anak-anak.


Di sini, ada beberapa perkara yang ibubapa harus ingat dan sedar:


1. Membesar dan mendidik anak menjadi seorang yang sihat, ceria, berkeyakinan, bekerjasama, penyayang dan bertanggungjawab adalah merupakan satu tugas yang mencabar dan tidak mudah.

2. Ibubapa boleh membantu anak menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bekerjasama dengan membuat peraturan dan memberl pilihan.

3. Tabiat semulajadi, persekitaran, usia dan jantina menentukan kelakuan anak.


4. Expectation ibubapa adalah penting. Jika ibubapa expect anaknya buat perangai, sudah tentu anaknya akan buat perangai begitu juga sekiranya ibubapa expect anaknya bekerjasama, insyaAllah anaknya akan bekerjasama.


5. Secara saikologi, anak-anak mahu dan ingin diterima oleh keluarga dan persekitaran. Mereka akan berusaha untuk diterima samada secara negatif atau positif.


6. Ada empat matlamat asas kelakuan anak-anak (mengapa anak-anak buat perangai)
  • perhatian
  • kekuasaan
  • balas dendam
  • pengunduran

7. Hubungan ibubapa dan anak boleh dijalin dengan baik dengan cara:
  • menunjukkan rasa hormat kepada anak-anak
  • bermain dan bermesra dengan anak-anak
  • memberi semangat dan motivasi
  • menunjukkan kasihsayang.


SUMBER : http://networkedblogs.com/jM5V1

Semailah Cinta Dalam Keluarga


http://anakkusayang.com/blog/kisah-keluarga/semailah-cinta-dalam-keluarga

Alhamdulillah, 29 March lepas, anak saya Muhammad Al-Fatih sudah menjangkau umur 1 tahun dengan izin Allah. Beberapa kemahiran dan kebolehan baru mula ditonjolkan. Seperti yang saya jangka (semuanya ketentuan Allah), Muhammad sudah mampu berjalan tanpa memaut kepada sebarang alat. Genap usia 1 tahun, Muhammad juga sudah mengenal beberapa perkataan apabila ditunjukkan dan juga mampu memberi respon yang tepat apabila mendengar beberapa perkataan yang dikethuinya.

Malah, suatu yang menyejukkan hati saya adalah Muhammad juga sering tunduk sujud ketika kami sekeluarga menunaikan solat. Walaupun tiada pengetahuan tentang hal-hal itu, saya jangka itulah permulaan yang baik baginya dan bukan ketika kecil sahaja dirinya perlu dididik mencintai Allah.

Ketika menhadap laptop dengan abangnya, Abdullah, saya gemar membuka program Little Reader, dan Alhamdulillah Abdullah sydah mampu mengjarkan adiknya menggunakan program tersebut. Itulah seba sedikit kisah Muhammad.

Saya cuma terfikir, jika anak-anak dibiarkan berkembang tanpa rangsangan dan tunjuk ajar daripada ibu bapanya, bagaimana keadaannya. Hal ini kerana saya sendiri pernah disibukkan dengan urusan-urusan lain sehingga saya hampir tertekan dengan tingkah laku anak saya sendiri. Ye lah, kita ingin mengejar masa untuk menghabiskan urusan kita, anak-anak pula bertindak untuk menarik perhatian kita.

Jauh di sudut hati, saya faham perasaan anak-anak saya… Akan tetapi, saya cuba elak daripada memahaminya agar saya dapat meneruskan kerja-kerja saya. Namun, hampir seminggu berlalu, saya mula sedar. Apabila saya menilai semula tindakan saya, saya dapati kesannya kepada anak sulung saya. Mula tidak mendengar apa yang disuruh. Mula merosakkan barang, sering menangis dan makin gemar menyakiti adiknya.

Menyedari hal itu, saya mula berbincang dengan suami untuk menyerahkan sedikit tugasan saya kepadanya demi anak-anak. Dan alhamdulillah, saya mula menenangkan anak saya jika dia menunjukkan sikap yang tidak baik. Bukan marah dan memberi amaran. Saya memeluka anak ketika dia berbuat salah dan menegur dalam ketenangan. Bukan marah dan memberi amaran. Dan saya sudah kembali beraktiviti dengan mereka. Alhamdulillah…

Dengan amanah dan nikmat yang Allah berikan, amanah anak dan nikmat anak ini mestilah dijaga dan dididik mencintai Allah kembali. Hidup dalam CINTA itu sungguh indah dan yang diidamkan adalah keredhaan Allah. InsyaAllah…

Moga kisah di atas memperoleh manfaat kepada pembaca…
Wallahua’lam…


Kesalahan Dalam Membetulkan Kesalahan Anak


http://anakkusayang.com/blog/kisah-keluarga/kesalahan-dalam-membetulkan-kesalahan-anak


Abdullah, kenapa buat adik, Allah marah tau Abdullah suka buat adik.

Abdullah, lepas main, simpan semua mainan ni. Allah tak suka orang yang tak kemas.

Abdullah, kenapa nakal-nakal ni? Abdullah tak nak Allah sayang Abdullah ke?

Abdullah, kalau abdullah tak dengar cakap umi, Allah tak sayang Abdullah nanti.

Allah tak suka kita banyak buang masa tengok kartun.

bla… bla… bla…

Ini adalah kesilapan saya membetulkan kesalahan anak. Saya harap tidak berulang kepada pembaca sekalian. Mengapa? kan baik semuanya kembali kepada Allah. Menanamkan Aqidah sejak kecil. Jadi di mana salahnya?

Salahnya adalah kepada cara memperkenalkan Allah kepada anak. Allah yang sepatutnya disayangi dan di taati. Namun apa yang saya lakukan seolah-olah, jika tersilap Allah marah, Allah tak suka dan Allah tak sayang. Jika tersalah terus masuk neraka? Adakah itu yang terbaik dalam memperkenalkan Allah kepada si kecil? Tidak bukan? Saya tersedar ketika Abdullah menjawab:

“Kalau macam tu, Abdullah tak nak lah Allah”

Na’uzubillah…

Tersentak saya dengan kata-kata itu. Lantas saya mengambil satu masa untuk menceritakan tentang indahnya syurga. Indahnya berbuat baik, indahnya berkata sopan dan sayangnya Allah pada anak kecil. Sehingga sebelum tidur, Abdullah sering ingin mendengarkan kisah syurga. Selepas satu jangka masa, saya teruskan dengan cerita-cerita dari neraka pula.

Kemudian, saya ubah kembali cara teguran saya.

Abdullah, Allah sayang kalau Abdullah salam dengan semua orang.


Abdullah, Allah suka sangat orang yang suka tolong umi.

Abdullah nak Allah sayang tak? Jadi anak yang soleh ya.

Abang yang baik mesti Allah sayang, masuk syurga. Seronok masuk syurga.

Alhamdulillah, saya sangat terharu dengan teguran anak saya. Barulah saya sedar, selama ini saya lebih banyak bercakap negatif dalam memperkenalkan Ad-Din (Agama) yang penuh dengan kasih sayang.


Al-quran juga lebih banyak merakamkan baikan berbanding keburukan. Lebih banyak menyebut perkataan syurga (Jannah) berbanding neraka (Naar). Jadi, pastikan ibu bapa lebih banyak menyebut yang baik-baik tentang agama, dalam menanamkan Aqidah. Kemudian barulah disertai ancaman.

Moga anak-anak kita berkembang sesuai acuan Al-Quran, dorongan As-sunnah dan peribadi Qudwah. InsyaAllah.

Pendidikan anak : Mengintip kesalahan anak


http://anakkusayang.com/blog/pendidikananak/pendidikan-anak-mengintip-kesalahan-anak


“Abdullah buat apa tu”

“ummi, tido!, ummi tido laa…”.

“kenapa?”

“Abdullah sibuk ni”

“Tak pe la, umi tengok je apa Abdullah buat, ummi tak marah pun.”

“ok”.

Huhu… kadang-kadang anak mahukan privacy mereka sendiri. Mereka ingin memuaskan keinginan mereka yang membuak-buak. Perasaan ingin tahu, ingin belajar, ingin bereksperimen, ingin merasa dan bermacam-macam lagi keinginan mereka yang tidak dapat mereka lakukan apabila kita ada.

Bukanlah bererti mereka tidak menyukai keberadaan kita, akan tetapi ada beberapa keinginan mereka yang terhalang apabila kita ada kerana pengalaman mereka dimarahi apabila berbuat sesuatu masih terbayang-bayang di ruangan mata.

Kadang-kadang, mereka cuma inginkan kepuasan melakukan sesuatu sendiri, tanpa dibantu oleh sesiapa, dan mereka tidak dapatkan perkara itu kecuali sewaktu ketiadaan kita.

Mengintip kesalahan anak

Satu soalan yang menarik, pernahkah anda mengintip anak sendiri?

Allah berfirman :

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari berburuk sangka, sesungguhnya sebagian berburuk sangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.” (al-Hujurat:12)

Pernahkah anda dituduh melakukan sesuatu yang tidak anda lakukan? bagaimana perasaannya? kalau anda sebagai seornag dewasa yang sudah mampu mengawal perasaan pun merasakan seperti itu, apatah lagi anak-anak yang belum mampu mengawal perasaan mereka.

Pernahkah anda cuba sedaya upaya menyembunyikan keaiban diri anda, kemudian ada la seorang hamba allah ni pegi canangkan merata tempat keaiban yang cuba anda sembunyikan tadi. Apa perasaan anda? silap haribulan masuk hospital lah kawan tu. Bayangkan kalau perkara yang sama berlaku pada anak anda?

Perinsip dalam islam, kesalahan yang dilakukan oleh seseorang dengan cara sembunyi-sembunyi tidak boleh di sebarkan, walaupun kepada cuma satu orang yang lain. Teguran harus dilakukan secara peribadi juga.

Perinsip kedua, sebelum menghukum, kena selidik dahulu, betul tak dia yang melakukan kesalahan tersebut. Kalau dia kata bukan dia yang lakukan, percayakan dia. Kerana keburukan dari menghukum secara salah lebih besar bahayanya dari keburukan melepaskan orang yang bersalah. Bukannya tidak pernah, kita mendengar orang yang kebetulan berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Walaupun sedikit macam mana pun kebarang kaliannya.

Apabila seseorang terlepas dari dihukum, dia akan bersyukur dan mungkin berubah, akan tetapi apabila tersalah hukum, dia akan berdendam sepanjang masa. Apabila seseorang dizalimi, maka doanya sangat mustajab, walaupun dia seorang kafir.

Pendidikan anak : berhati-hati dalam menghukum


http://anakkusayang.com/blog/pendidikananak/pendidikan-anak-berhati-hati-dalam-menghukum


Hukuman adalah cara untuk menguatkan kesedaran seseorang bahawa yang salah itu salah dan yang betul itu betul. Sebab itulah setiap negara mempunyai hukuman dan undang-undang. Supaya mereka yang berbuat salah akan sedar perbuatannya itu salah dan mereka takut untuk melakukannya lagi, dan supaya orang yang melihat hukuman pun timbul rasa takut untuk melakukan kesalahan tersebut.

Seorang yang dihukum atas kesalahan sendiri, dan dia sedar bahawa dia telah melakukan kesalahan dan layak dihukum akan mendapat manfaat dari hukumannya itu. Berbeza dengan seorang yang tidak tahu mengapa dia dihukum, mereka akan memendam perasaan dan menimbulkan perasaan benci di dalam hati terhadap orang yang menghukumnya secara tidak adil.

Satu tips dalam menghukum, hukuman yang baik adalah hukuman yang meninggalkan kesan di hati, bukan secara fizikal. Hukuman atas dasar kasih sayang adalah hukuman yang bertujuan menjadikan seseorang itu lebih baik dari sebelumnya bukan kerana benci atau geram. Anak-anak adalah pemerhati yang baik, dia dapat mengetahui adakah seorang ibu itu sedang menghukum kerana perasaan benci atau sedang menghukumnya untuk mendidik.

Seorang sahabat Nabi Muhammad SAW, Saidina Ali pernah berhenti dari membunuh seorang kafir di medan peperangan cuma kerana orang kafir tadi meludah ke mukanya. Apabila orang kafir tadi hairan dan bertanya kepadanya, mengapa dia berhenti, sedangkan pedang sudahpun hampir sampai ke leher musuh itu tadi, dia menjawab, “aku takut kalau-kalau aku membunuh orang itu disebabkan perasaan marah, dan bukan lagi kerana Allah SWT.”

Begitu juga kita, dalam mendidik anak, perlu berhati-hati agar tidak menghukum anak kerana marah, akan tetapi dalam keadaan yang tenang dan bertujuan untuk mendidik.

Bagaimana caranya? Seandainya tiba-tiba perasaan marah timbul, bertenang dulu, jangan terburu-buru menghukum, ambil nafas panjang kemudian beristighfar. Fikir dahulu apakah hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Kita perlu konsisten, antara berat kesalahan dan berat hukuman perlu sepadan. Kalau kesalahan yang membawa akibat yang besar, maka perlu hukuman yang berat, sebaliknya kesalahan yang kurang serius, maka hukumannya juga perlulah hukuman yang ringan.

Anak akan keliru apabila perasaan marah menjadi ukuran pada hukuman yang dia terima, maka dia akan mengambil kesimpulan bahawa dia dimarahi kerana dia sudah tidak lagi disayangi.

Pendidikan di Rumah, Adil



(ni keja si abang ni...ummi tinggal kejap je..huhu)

http://anakkusayang.com/blog/pendidikananak/pendidikan-di-rumah-adil


Entah kali ke berapa saya membelek-belek sambil membaca Majalah Solusi isu 13. Rasanya dah kali ke 5. Baru semuanya habis dibaca. Bagi saya, inilah majalah terbaik isinya kurun ini. Alhamdulillah, terjumpa satu fakta tentang Sultan Muhammad Al-fatih, tak sangka juga tarikh lahirnya adalah 29 Mac, sama dengan tarikh lahir anak kedua saya, Muhammad Al-fatih yang menjangkau umur 8 bulan. Moga Allah memberikan rahmat dan kasih sayangNYA kepada anak-anak dan keluarga tercinta.

Sekarang masih di Kedah. Mungkin akan menetap di sini buat sementara waktu sebelum pulang ke Tanjung Malim semula. Baiklah, kita terus ke perbahasan kita kali ini. Tentang menghukum anak. Rasanya sudah terlalu banyak perkara ini saya sentuh. Namun akan sentiasa saya update setiap penemuan baru dan juga bacaan yang saya jumpa. InsyaAllah untuk manfaat semua.

Kalau tak pukul, manja.


Kalau pukul, memberontak.

Habis, apakah tindakan kita yang sewajarnya? Ayuh kita bersikap adil. Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bagaimana menghukum anak dengan adil? Ada anak berumur 1 tahun, ada juga anak kita yang berumur 3 atau 4 tahun. Adakah hukuman itu sama rata antara anak-anak? Sudah tentu tidak. Seharusnya kita lebih selesa menggunakan perkataan membetulkan kesalahan anak, bukan menghukum anak.

Cuba bayangkan ketika mana adik menarik rambut abang, dalam masa yang sama, abang memukul adik kerana menarik rambut adiknya. Apa tindakan kita sebagai orang tua mereka?

Pada hemah saya, saya lebih suka menggunakan kaedah menerangkan situasi. Kebiasaannya, saya meleraikan dahulu pergaduhan itu dengan mengangkat si adik, kemudian memberitahu adik terlebih dahulu bahawa, jika tarik rambut abang, abang sakit. Jelaskan apa yang sebenarnya kepada adik walau ketika itu umurnya semuda 8 bulan. Kemudian ingatkan abang supaya bersabar dengan adik, kerana adik masih belum mengerti. Kemudian akhirnya abang akan memohon maaf, baik kepada adik juga uminya.

Memang tidak mudah bersikap adil. Saya juga kadangkala terlepas daripada situasi ini kerana emosi. Emosi akan memadamkan segala sifat keadilan dan api kemarahan akan marak.

Kemudian, apa lagi yang perlu dilakukan? Banyakkan berdoa. Kerana doa adalah senjata kita melawan api kemarahan dan emosi yang tak tentu arah. Maka, selepas ini, kita harus lebih berhemah dalam menangani keadaan dingin antara anak-anak. Kerana gaya kita menangani itu akan dicontohi mereka kelak.

Wallahua’lam.

Ummi belajar kawal "EMOSI"..


Wah....lama dah ummi tak update perkembangan anak bujang ummi.... sesiapa yang ada follow blog ummi ni pasti 'sedar' kan banyak sangat perkongsian yang ummi label "Parenting Education"yang ummi rasa amat berguna untuk ummi jadikan panduan dalam usaha ummi nak didik anak-anak ummi..

Memang di akui, teori tidaklah semudah praktikalnya....baca banyak pun tapi kadang 'emosi' tak juga dapat di kawal...lagi-lagi saat berhadapan kerenah anak2 yang bukan satu dua...tp banyak hingga tak terkira.....ada LUCU,PAHIT, MANIS,MASAM,SERONOK,GERAM (lebih kurang gitulah ya kalau boleh kita kategorikan)

Sebenarnya kan....makin banyak yang ummi belajar..rupanya makin banyak yang ummi TIDAK TAHU...syukur sangat dengan TEKNOLOGI...semuanya di hujung jari...hendak tak hendak je BACA dan BELAJAR...lagi-lagi bab mengawal EMOSI semasa berhadapan dengan anak-anak yang masih kecil...

Tapi, tak guna juga lah kan baca banyak kalau tak di PRAKTIKAL dalam kehidupan kita seharian (di tujukan untuk ummi lah ni)....kadang tu TERSASAR @ HILANG SABAR juga lah..hehe...

"Menjadi seorang ibu yang Berjaya, bukanlah mudah seperti teorinya. Perlukan kesabaran yang tinggi. Nasihat saya, berusahalah untuk mengawal emosi ketika bersama anak, terutama ketika anak masih berumur 2-4 tahun"


Sebagai ibu, kita perlu lah ingat....KANAK-KANAK tetap KANAK-KANAK.... ada benda yang kadang-kadang kita rasa tidak WAJAR untuk anak-anak lakukan...senang cakap macam ni lah situasinya....

Kita balik kerja....penat...sampai terus kemas-kemas rumah, sapu segala...barang mainan anak yang bersepah sana sini, dah kita susun dalam bakul...lepas tu masak... baru je rasa nak REHAT..

Tak lama kemudian, anak-anak datang bersama abi dari rumah pengasuh, sampai-sampai je terus selongkar balik mainan yang dah elok tersusun dalam bakul...kita dah pesan ambil yang perlu je , tak perlu keluarkan semua...anak tak DENGAR (yelah anak baru 1-2 tahun- belum pun FAHAM arahan @ pesanan)..rumah dah elok-elok kemas BERSEPAH semula!!!!... kalau main aje tak lah kisah sangat..ni siap rebut2 lagi walhal barang mainan banyak sangat !!!si abang pandai pulak cubit si adik... tak lama kemudian dengarlah bunyi tangisan salah seorang(adik)....kita yang sibuk di dapur, terpaksa tinggalkan keja tu kejap untuk pujuk si adik sambil BF..lepas si adik dah Cool...ummi nak ke dapur sambung tugas memasak...terlihat pulak si abang sedang tumpahkan powder di ruang tamu...habis satu ruang tu putih oleh powder...tambah satu keja lagi nak bersihkan...

Contoh situasi di atas adalah benar belaka....hehe...Kalau lah ummi ni tak pandai kawal emosi masa ni? Bayangkan apa jadi pada anak-anak?...hehe.. mungkin situasi itu tak lah teruk sangatkan...tapi rasa tak berbaloi lah juga...dah kemas rumah, tak sampai beberapa minit bersepah semula....PENAT ok !!!!

Perlu di ingat, dalam usia 1-2 tahun ni, menyepahkan barang mainan WAJAR @ bukan perkara yang menghairankan di lakukan oleh kanak-kanak tapi TIDAK WAJAR lah dilakukan oleh orang dewasa...kalau abi yang sepahkan bolehlah kan ummi EMOSI lebih-lebih..hehe...kalau marahkan anak pun tak guna...bukan faham pun....berenti kejap je...esok sepahkan balikkan...

Syukur juga dengan banyak membaca...ummi kadang tu baru je nak MARAH @ EMOSI ummi sering ingatkan diri ummi....banyak kan bersabar....apa yang ummi cuba lakukan sekarang ia lah instead of ummi marah-marah, ummi cuba ajar Abrisam dan Hafiz untuk susun semula barang mainan tu dalam bakul lepas main...memanglah bukan senang pun nak ajar...tapi cuba lah kan...kena banyak belajar macam mana nak jadi ibu yang BIJAK dalam menangani anak yang masih lagi tidak faham...

Lagipun ummi ni jenis...kalau dah sibuk @ banyak sangat keja...mula lah rasa STRESS...dan kadang-kadang mula biarkan saja anak-anak...buatlah apa yang mereka nak...asalkan tidak ada yang CEDERA....kadang tu ummi hampir TERTEKAN dengan tingkah laku anak sendiri.... huhu..cian anak ummi...apa yang ummi SEDAR....kalau anak kerap di abaikan di biarkan lakukan apa saja tanpa PERHATIAN ... Abrisam akan semakin kerap pulak menyakiti adik nya...kerap menyepahkan barang atau merosakkan....

Menyedari hal itu, ummi kerap meminta tolong abi supaya ambil sedikit tugas ummi supaya ummi tidaklah terlalu SIBUK hingga kurang memberi LAYANAN pada anak..ini semua adalah untuk kebaikan anak-anak... anak kan perlu di belai dan di beri perhatian ...bukan sering di marah dan di beri amaran.... ummi cuba belajar mengawal emosi supaya ketika Abrisam berbuat salah ummi dapat menegur dalam ketenangan. ..

Tapi kan....dalam ummi geram-geram tu...sejuk sangatlah ummi coz sekarang Abrisam 'rajin' sangat 'tolong' ummi... kalau tengok kain or baju bersepah, semua basuk bakul OK...hehe..

Hafiz pula, kalau tengok orang solat, mulalah sujud juga...comel sangat...

Yang paling seronok, dia dah mula belajar baca doa dan Al-Fatihah....tiap hari minta ummi pasangkan VCD alif baa taa...

Oklah kepada ibu-ibu yang membaca coretan ummi ni..marilah kita sama-sama belajar mengawal EMOSI kita....kang tak pasal-pasal ada kes DERA...mintalah di jauhkan...





Tuesday, June 28, 2011

Pendidikan anak versi fiqh dakwah


http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=6239141626146862108

Suatu pepatah arab ada mengatakan “al-insan abdul ihsan”, manusia itu adalah hamba kepada kebaikan. Semua orang suka kepada orang yang bersikap baik padanya dan benci pada orang yang bersikap buruk padanya. Siapa pun dia.

Jiwa seseorang memang lebih menggemari berbuat sesuka hati dan mengikuti perasaan mereka. Kalau perkara ini tetap terjadi pada seorang yang sudah pun boleh berfikir dengan waras, apatah lagi kanak-kanak yang baru setahun jagung usianya.

Bayangkan diri kita di pejabat. Pagi itu kita sampai lambat ke pejabat kerana ada sedikit kekecohan yang berlaku di rumah. Tiba di pejabat, bos panggil masuk ke dalam bilik dan memarahi kita dengan suara yang kuat. semua orang dengar. Memang salah kita kerana datang lambat, tetapi hati kita tetap menanamkan perasaan benci terhadap bos yang memarahi kita tadi.

Tukar keadaan itu, bos kita panggil kita masuk ke bilik, pintu bilik di tutup. Bos menghulurkan secawan kopi. Bos kita kemudiannya bertanya dengan lembut akan sebab mengapa kita terlewat datang ke pejabat. Kita memberikan alasan. Bos menerima alasan tersebut. Bos kemudiannya bercerita dengan lembut akan kesan kedatangan kita yang lambat ke pejabat terhadap syarikat dan motivasi kawan-kawan kita yang lain. Bos kemudiannya meminta kita agar cuba sedaya-upaya untuk datang awal pada hari-hari berikutnya.

Bagaimana perasaan anda jika bos anda melakukan yang demikian?

“Serulah manusia ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik…” (an-nahl:125)

Ajak anak kepada perubahan diri menggunakan kaedah yang berhikmah dan nasihat yang baik. Sehingga anak terdidik dengan rasional, sopan santun, akhlak, budi pekerti, dan semangat berbuat baik yang datang dari dalam diri, bukannya perlu dipaksa-paksa dan dimarah-marah.

“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, maka berbicaralah kalian kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut” (thaha:43-44)

Kepada Firaun yang begitu zalim pun Allah menyuruh Nabi Musa dan Harun untuk berbicara dengan lemah lembut, apatah lagi dengan anak sendiri? Bagaimana Musa berkata kepada Fir’aun?

“Dan katakanlah (kepada Firaun), “Adakah kamu mempunyai keinginan membersihkan diri dan aku akan menunjukkan padamu jalan menuju kepada Tuhanmu supaya engkau takut kepadanya.”" (an-Naziat:18-19)

Begitulah yang diajarkan di dalam islam. Memang caranya lebih susah berbanding menggunakan kuasa marah, akan tetapi sangat menyenangkan untuk jangka masa yang panjang di hadapan.

Pendidikan Anak Bermula dari Sebuah Keluarga


http://anakkusayang.com/blog/pendidikananak/pendidikan-anak-bermula-dari-sebuah-keluarga

Keluarga merupakan satu kilang “penghasilan biologi” yang terbentuk atas perkahwinan antara dua insan. Natijah perkahwinan, pada hakikatnya menghasilkan anak-anak. Dari sinilah keluarga menjadi satu kumpulan masyarakat di mana anak-anak mula berinteraksi dengan ahli keluarga yang lain dan juga ibu bapa.

Biasanya perhubungan kanak-kanak dengan kedua ibu bapanya berlaku dalam lingkungan keluarga. Maka inilah yang dikatakan bahawa keluarga mempunyai tugas kemasyarakatan yang penting kerana keluargalah yang pertama sekali mencelup tingkah laku anak dengan celupan kemasyarakatan/sosial.

Kanak-kanak yang berada dalam lingkungan keluarga ini belajar bagaimana dia hidup dan di dalam lingkungan itu juga ia matang dengan membentuk personalit, adat, kecenderungan dan tujuan hidupnya. Bagi memastikan anak-anak dapat hidup dan berkembang dengan baik, maka dalam sesebuah keluarga itu hendaklah mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di bawah ini;

1. Kanak-kanak merasai dirinya dikasihi. Tugas ini adalah tugas ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Pelaksanaan terhadap kehendak jiwa ini merupakan tiang utama bagi menguatkan ikatan kekeluargaan. Kanak-kanak yang hidup dalam lingkungan takut, benci atau sentiasa terdedah dengan kekerasan akan mudah terbentuk pada dirinya sikap permusuhan.

2. Keluarga adalah pentas pertama bagi anak-anak menyubur dan mengembangkan potensi-potensi mereka. Perlumbaan atau pertandingan-pertandingan yang dapat mencetus satu lonjakan pada anak sangatlah baik untuk perkembangannya. Namun, elok juga sekiranya ibu bapa tidak membiarkan kanak-kanak itu menghadapu perkara-perkara yang tidak difahaminya ataupun sukar untuk dilakukan supaya jiwanya tidak terdidik dengan perasaan putus asa.

3. Anak-anak mempelajari bagaimana jika hak-hak abang, kakak, adik atau ibubapanya tidak ditunaikan. Dalam perkara ini anak-anak belajar menghormati ahli keluarga yang lain, kaum kerabat juga penjaganya sekiranya ada

4. Dalam keluarga, kanak-kanak mempelajari dasar-dasar yang pertama untuk dia berjalan dalam masyarakat. Cuba lihat tingkah laku anak-anak, ada yang suka buat kerja tapi cakapnya kurang. Ada yang suka cakap lebih, kerja tak jalan pun, ada juga yang suka mengugut untuk mendapatkan sesuatu dan banyak lagi.

5. Dalam usia mentah ini, anak-anak membentuk pendiriannya dengan cara yang tidak disedari. Antaranya adalah pendiriannya terhadap kedua ibu bapa. Pada pandangan sesetngah anak, bapa ialah simbol bagi kekuasaan.

“Sekiranya pendirian-pendirian yang terbentuk semasa kecil itu adalah perasaan benci, maka ia akan membenci masyarakat umumnya. Begitu juga dengan jenayah-jenayah kanak-kanak itu pada asalnya berpunca daripada kebencian mereka terhadap kekuasaan.” (Flugel)

6. Ransangan dan kebiasaan dalam keluarga juga membentuk adat-adat atau cara hidup anak seperti makan, minum, cara berjalan dan bercakap, cara berbicara, mandi, tidur dan sebagainya.

7. Dalam keluarga, anak-anak mempelajari kepercayaan-kepercayaan, ketakutan-ketakutan, pemikiran-pemikiran.

Maka, perhalusilah setiap perkara ini dan bertindaklah membentuk keluarga yang positif, berkasih sayang dan harmoni. Wallahua’lam.

Pendidikan anak : Bermula dari dalam diri


http://anakkusayang.com/blog/pendidikananak/pendidikan-anak-bermula-dari-dalam-diri

Umar al-Khattab pernah berkata, “Sesungguhnya Allah memiliki orang-orang yang menghidupkan kebenaran dengan sekadar menyebutnya, dan mematikan kebatilan dengan sekadar meninggalkannya”.

Mudah sahaja sebenarnya untuk mendidik anak agar jadi seorang yang pintar membaca, pintar berkata-kata, pintar mengira, akan tetapi yang paling sukar adalah membentuk keperibadiannya menjadi seorang muslim yang sebenarnya.

Mendidik anak menjadi pintar cukup dengan mempersembahkan ilmu-ilmu kepadanya, walaupun kita sendiri tidak mengetahui ilmu tersebut pun tak mengapa, walaupun kita sendiri tidak mengamalkan ilmu tersebut pun tidak mengapa, lain halnya dengan sikap dan keperibadian diri anak-anak, kita perlu terlebih dahulu menjadi seorang yang baik, baru anak kita akan ada contoh ikutan yang dia akan ikuti.

“Bahasa perbuatan adalah 1000 kali ganda lebih hebat dari bahasa percakapan”

“Kebaikan dan keburukan adalah bagai rantai, setiap kali kita berbuat kebaikan kita akan lebih dekat untuk berbuat kebaikan yang lain, dan setiap kali kita berbuat jahat, kita akan lebih dekat kepada kejahatan yang lainnya.”

Untuk mendidik anak berbuat kebaikan, kita terlebih dahulu perlu menjadi contoh yang baik, kemudian ajak mereka buat satu kebaikan yang ringan, setiap kali mereka membuat satu kebaikan, mereka akan seronok dengan perasaan menjadi baik, mereka akan menanamkan perasaan diri mereka baik, dan semakin kuat perasaan itu ditanam di dalam diri mereka, semakin senang untuk mereka menjadi baik dengan spontan, sehinggalah kebaikan itu menjadi tabiat dalam diri mereka.

Setelah tabiat mereka dikekalkan dalam satu jangkamasa tabiat akan menjadi peribadi mereka, dan ketika itu sudah sangat sukar untuk mereka melakukan perbuatan yang salah.

Ketika itu kita hanya duduk mengutip kebahagiaan hasil pekerjaan mendidik mereka… huhu…

Apakah Perkara Yang Penting Untuk Anak Kita?


http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/2846-apakah-perkara-yang-penting-untuk-anak-kita.html


Apakah perkara terpenting untuk anak-anak kita. Tidak dinafikan, semua ibu dan bapa tahu untuk menyediakan santapan fizikal–makanan dan minuman. Namun, hakikatnya, ibu dan bapa tidak boleh hanya pandai memberi makan minum serta pakaian kepada anak-anak, bahkan mereka seharusnya lebih tahu untuk memberikan santapan jiwa yang boleh menjamin kebahagiaan di akhirat kelak.

Hari ini ramai ibu dan bapa yang mampu memberikan segala macam kemahuan anak-anak seperti makan yang enak, hiburan yang menyeronokkan, percutian yang mewah, serta kemudahan seperti telefon bimbit dan pakaian yang cantik-cantik. Namun berapa ramai yang berupaya menghidangkan anak-anak dengan santapan jiwa dan asuhan agama agar rohaninya berasa puas dan tenang dengan panduan Ilahi.

Ramai juga ibu bapa yang dapat menyediakan rumah sebagai tempat perlindungan yang tersergam mewah, selesa dan lapang, namun gagal untuk melindungi anaknya dari jilatan api neraka yang mengganas. Tidak kurang juga ibu bapa yang dapat menggajikan pembantu-pembantu yang dapat memenuhi segala macam keperluan si anak duniawi, namun amat sedikit ibu bapa yang menyediakan guru yang dapat membimbing anak-anak bagi memenuhi tuntutan ukhrawi.

Demi mengejar keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam kegilaan persaingan dunia akademik persekolahan, ramai ibu dan bapa yang sanggup berbelanja besar menghantar anak-anak menghadiri kelas tambahan. Tidak cukup dengan kelas tambahan petang dan malam, dihantar pula ke kelas tambahan hujung minggu. Malah ditambah pula dengan segala macam bengkel strategi peperiksaan dan menjawab soalan.

Namun agak sukar mencari ibu bapa yang cakna untuk menghantar anaknya kepada guru yang mampu memperbetulkan solat, membaiki bacaan al-Quran serta mendidik adab yang Islami. Sedangkan program pendidikan Islam yang memupuk akhlak serta mendekatkan anak-anak dengan Islam amat penting untuk masa depan anak-anak itu.

Rasulullah SAW dalam riwayat Tarmizi bersabda:

Maksudnya:

"Tiada pemberian daripada seorang ayah yang lebih baik daripada adab yang mulia"

Dalam sabda lain melalui riwayat Al-Tabarani, Baginda SAW menyebut, maksudnya: "Lengkapkan anak-anak mu dengan tiga perkara: Cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga Nabi dan membaca al-Quran."

Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa, golongan terdahulu dalam sejarah Islam telah menunjukkan contoh kesungguhan mendidik anak-anak melalui guru-guru yang soleh dan baik. Beliau membawa contoh dari kitab Muqaddimah Ibn Khaldun yang menyebut: Bahawasanya Harun Al-Rasyid, apabila menyerahkan puteranya Al-Amin kepada pendidiknya, telah berkata:

"Wahai Ahmar! Sesungguhnya Amirul Mukminin telah menyerahkan kepada mu buah hatinya, maka letakkan tangan mu ke atasnya dengan lemah lembut, dan ketaatan mu kepadanya wajib, letakkan dirimu kepadanya, seperti engkau meletakkan diri mu kepada Amirul Mukminin. Ajarkan dia membaca al-Quran, dan kenalkanlah dia dengan sejarah, pupuklah dia dengan syair-syair, penuhkanlah dadanya dengan Hadis-hadis Nabi, tunjukkilah dia cara-cara bertutur, dan jarangkanlah dia dari ketawa melainkan pada waktu yang sesuai, dan jangan sampai berlalu satu saat pun melainkan engkau asakkanlah dia dengan perkara-perkara yang berfaedah tanpa menyusahkannya, kelak akan mati pula otakknya, dan jangan terlalu beringan-ringan untuk memberikannya masa lapang, kelak dia akan merasa sedap dan sentiasa ingin berlapang-lapang, dan luruskan dia sekadar yang termampu dengan mendekatkan diri kepadanya, dan dengan lemah lembut, tetapi jika dia menolak sikap ini, maka hendaklah engkau mengambil sikap tegas dan keras."

Demikianlah pesanan panjang Khalifah Harun AL-Rasyid kepada guru anaknya. Apa yang penting, kita dapat menceduk pengalaman silam ini untuk menjadi kayu ukur kepada keperluan pendidikan anak pada hari ini.

Mudah-mudahan kita benar-benar arif dengan KEPERLUAN sebenar anak-anak kita, agar kita dapat bersua dengannya si syurga nanti. Amin.

Wahai ibu sertailah semangatmu dengan ilmu


http://anakkusayang.com/blog/artikelluar/wahai-ibu-sertailah-semangatmu-dengan-ilmu

Muroja’ah: Ustadz Subhan Lc.

Anak kecil adalah makhluk yang penuh rasa ingin tahu namun sering kali orang tua merasa sulit untuk menjelaskan padanya tentang sesuatu yang tidak bisa dia lihat. Hal ini sering kali membuat orang tua menjadi kebingungan ketika si kecil bertanya “Allah itu dimana dan seperti apa?”

Sebuah majalah berusaha mengupas masalah ini dengan memuat “kreativiti” orang tua untuk menjelaskan hal ini pada anak-anak mereka. Jawaban yang ada antara lain:


“Allah itu ada di langit, tepatnya langit ke tujuh… dst…” “Allah ada di mana-mana. Allah ada di hati kita, ada di jantung kita,… dst…” “Allah ada di arsy sana. Tahukah kalian kalau arsy adalah langit ke tujuh?… dst…”

Maha suci Allah dari persangkaan bahwa Dia bercampur dengan makhluk. Allah dekat dengan kita tapi Allah tinggi dan tidak bercampur dengan makhluk. Allah bersemayam di atas Arsy (Arsy bukan langit ke tujuh!!!), tidak bercampur dengan hati manusia, jantung manusia ataupun dengan langit karena semua itu adalah makhluk. Permasalahan ini telah dijelaskan oleh para ulama. Untuk pembahasan lebih dalam, kita bisa merujuk pada kitab-kitab mereka

Tidak Sekedar Semangat

Sunguh mulia niat kita untuk mengenalkan Allah subhanahu wata’ala pada anak-anak kita sejak mereka masih kecil. Memang seperti itulah seharusnya sebagai seorang pendidik. Namun demikian tidak cukup dengan sekedar semangat karena jika sekedar semangat, mungkin jadi yang kita ajarkan ternyata hanyalah prasangka-prasangka kita, tidak tahu apakah benar atau tidak. Padahal kebenaran bukanlah prasangka. Mungkin menurut kita benar tetapi ternyata bukan itu kebenaran.

Lalu bagaimana kita tahu benar atau salah? Jawabannya tentu dengan ilmu karena dengan ilmu maka mampu dibezakan mana yang benar dan mana yang salah, mana yang sunnah dan mana yang bid’ah, mana yang halal dan mana yang haram. Jangan sampai kita menjadi seorang muslim yang salah sangka karena kebodohan kita. Yang benar kita sangka salah, yang salah justru kita sangka benar. Hidayah kita sangka kesesatan dan kesesatan justru kita sangka hidayah.

Tak Cukup Dengan Yang Umum-Umum Saja


Sesunguhnya kebanyakan dari mengetahui namun pengilmuannya secara umum saja. Kita tahu bahwa dosa itu buruk tapi kita tidak tahu apa saja yang termasuk dosa melainkan sekedar menurut persangkaan kita dan anggapan masyarakat. Kita tahu bahwa syirik adalah dosa yang paling besar namun tidak tahu amalan dan keyakinan apa yang termasuk di dalamnya. Kita tahu bahwa Al Quran adalah petunjuk tapi kita tidak tahu perkara apa yang ditunjukkan oleh Al Quran.

Seperti hal di atas, kita tahu bahwa kita harus mengenalkan Allah pada anak-anak kita tapi kita tidak tahu terhadap apa yang harus kita kenalkan. Maka beginilah hasilnya jika tanpa ilmu, yang kita ajarkan hanyalah bualan-bualan kita dan prasangka-prasangka kita. Bahkan tentang Allah subhanahu wata’ala kita berani berbicara tanpa pijakan. Maka pengetahuan secara umum saja tidak cukup, bahkan nyaris tidak mendatangkan manfaat apa-apa.

Berpayah-Payah Tapi Tak Sampai Tujuan


Sungguh merugi keadaan orang yang bersemangat melakukan kebaikan tapi tidak berbekal dengan ilmu. Seorang ibu hendak mengajarkan pada anaknya tentang kebaikan tapi dia tidak tahu apa itu kebaikan. Dia berpayah-payah menanamkan kebiasaan berdoa sebelum makan. Bahkan dengan teladan dia menuntun dan menemani anaknya berdoa setiap sebelum makan. Akhirnya yang dia ajarkan berhasil. Setiap hendak makan, anaknya berdoa “Allahumma baariklanaa fii maa rozaktanaa wa qinaa ‘adzabannaar”. Si ibu merasa senang karena merasa telah berhasil, padahal jika memang benar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam yang hendak dia contoh maka dia telah tertipu. Yang Rasulullah ajarkan untuk dibaca sebelum makan adalah “bismillah”. Lalu siapa yang hendak dicontoh? Rasulullah atau yang lain?

Berbekal Dengan Ilmu


Tidak terlambat! Maka mulai dari sekarang mari kita bekali diri kita dengan ilmu. Jangan mau menjadi seorang muslim yang salah sangka! Merasa telah berbuat sebaik-baiknya di dunia tapi ternyata amalan kita sia-sia.

Allah subhanahu wata’ala berfirman yang ertinya:


“Katakanlah, apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya? iaitu orang-orang yang telah sia-sia) perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka telah berbuat sebaik-baiknya.” (QS. Al Kahfi: 103-104)

Alhamdulillah sekarang sangat mudah untuk mendapatkan ilmu bagi orang-orang yang mau mencari. Majlis ilmu ada di mana-mana, buku-buku telah banyak yang diterjemahkan, blog dan website Islam sangat mudah untuk diakses. Lalu apa lagi yang menghalangi kita? Semoga kita tidak termasuk orang-orang yang terhalangi dari ilmu karena kemalasan atau karena kesombongan.

Wahai para ibu!

Wahai para calon ibu!Sungguh mulia niat kita untuk peduli dengan urusan din anak-anak kita di saat ramai yang acuh terhadapnya dan merasa cukup dengan dunia. Namun demikian tidak cukup dengan sekedar semangat. Penuhi diri kita dengan ilmu! Apa yang mhau kita ajarkan pada anak-anak kita kalau kita tidak punya apa-apa? Wallahu a’lam.

Wahai Anakku, Beginilah Cara Minum Rasulullah

http://anakkusayang.com/blog/artikelluar/wahai-anakku-beginilah-cara-minum-rasulullah

Penyusun: Ummu Aiman

Muroja’ah: Ustadz Nur Kholis bin Kurdian

Para ibu muslimah yang semoga dirahmati oleh Allah, mendidik anak adalah salah satu tugas mulia seorang ibu. Ketika kita berusaha untuk mendidik anak kita sebaik mungkin dan dengan mengharapkan ridha Allah, maka usaha kita tersebut dapat berbuah pahala. Bagaimana tidak, bukankah membina anak agar menjadi generasi yang sholih dan sholihah adalah salah satu bentuk jihadnya para ibu?

Salah satu bentuk pengajaran kepada si kecil adalah mengajarinya tentang adab dan akhlak mulia dalam Islam. Karena bagaimanapun, seorang ibu memiliki peranan yang sangat besar dalam pembentukan pribadi anak. Jika sang ibu berakhlak baik maka si kecil pun akan meniru ibunya karena biasanya waktu anak lebih banyak bersama ibunya. Diantara adab yang semestinya kita ajarkan kepada si kecil adalah adab ketika minum.

Inilah Adab Minum Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam

Aktivitas minum merupakan aktivitas yang lekat dengan kehidupan kita sehari-hari. Sehingga hal ini merupakan kesempatan yang baik untuk memberikan pengajaran bagi anak-anak kita dan melatihnya agar terbiasa minum sesuai dengan tauladan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beberapa adab minum yang dicontohkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam antara lain:

1. Meniatkan minum untuk dapat beribadah kepada Allah agar bernilai pahala.

Segala perkara yang mubah dapat bernilai pahala jika disertai dengan niat untuk beribadah. Wahai ibu, maka niatkanlah aktivitas minum kita dengan niat agar dapat beribadah kepada Allah. Dan janganlah lupa memberitahukan anak tentang hal ini.

2. Memulai minum dengan membaca basmallah.

Diantara sunnah Nabi adalah mengucapkan basmallah sebelum minum. Hal ini berdasarkan hadits yang memerintahkan membaca ‘bismillah’ sebelum makan. Bacaan bismillah yang sesuai dengan sunnah adalah cukup dengan bismillah tanpa tambahan ar-Rahman dan ar-Rahim.

Dari Amr bin Abi Salamah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Wahai anakku, jika engkau hendak makan ucapkanlah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang berada di dekatmu.” (HR Thabrani dalam Mu’jam Kabir)

Dalam silsilah hadits shahihah, 1/611 Syaikh al-Albani mengatakan, “Sanad hadits ini shahih menurut persyaratan Imam Bukhari dan Imam Muslim)Wahai ibu, jangan lupa untuk mengingatkan anak-anak kita untuk membaca ‘bismillah’ ketika hendak minum, agar setan tidak ikut serta menikmati makanan dan minuman yang sedang kita konsumsi.

3. Minum dengan tangan kanan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Jika salah seorang dari kalian hendak makan, hendaklah makan dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, hendaklah minum dengan tangan kanan. Sesungguhnya setan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)Ajarkanlah pada si kecil untuk selalu menggunakan tangan kanan ketika makan dan minum.

Seringkali si kecil lupa meskipun telah kita ajari, apalagi ketika menyantap makanan ringan (snack) bersama teman mainnya. Nah, saat kita melihatnya, ingatkanlah ia. Janganlah bosan dan merasa jemu untuk mengingatkan anak kita. Insyaa Allah jika kita melakukannya dengan ikhlas mengharap ridha Allah, Allah akan mengganti usaha kita tersebut dengan pahala.


4. Tidak bernafas dan meniup air minum.

Termasuk adab ketika minum adalah tidak bernafas dan meniup air minum. Ada beberapa hadits mengenai hal ini:Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kalian minum maka janganlah bernafas dalam wadah air minumnya.” (HR. Bukhari no. 5630 dan Muslim no. 263)

Dari Ibnu Abbas, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk bernafas atau meniup wadah air minum.” (HR. Turmudzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728, hadits ini dishahihkan oleh Al-Albani).Dalam Syarah Shahih Muslim, Imam Nawawi mengatakan, “Larangan bernafas dalam wadah air minum adalah termasuk etika karena dikhawatirkan hal tersebut mengotori air minum atau menimbulkan bau yang tidak enak atau dikhawatirkan ada sesuatu dari mulut dan hidung yang jatuh ke dalamnya dan hal-hal semacam itu.

Dalam Zaadul Maad IV/325 Imam Ibnul Qayyim mengatakan, “Terdapat larangan meniup minuman karena hal itu menimbulkan bau yang tidak enak yang berasal dari mulut. Bau tidak enak ini bisa menyebabkan orang tidak mau meminumnya lebih-lebih jika orang yang meniup tadi bau mulutnya sedang berubah. Ringkasnya hal ini disebabkan nafas orang yang meniup itu akan bercampur dengan minuman. Oleh karena itu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang dua hal sekaligus yaitu mengambil nafas dalam wadah air minum dan meniupinya.


5. Bernafas tiga kali ketika minum.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu beliau mengatakan, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam minum beliau mengambil nafas di luar wadah air minum sebanyak tiga kali.” Dan beliau bersabda, “Hal itu lebih segar, lebih enak dan lebih nikmat.”

Anas mengatakan, “Oleh karena itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.” (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028). Yang dimaksud bernafas tiga kali dalam hadits di atas adalah bernafas di luar wadah air minum dengan menjauhkan wadah tersebut dari mulut terlebih dahulu, karena bernafas dalam wadah air minum adalah satu hal yang terlarang sebagaimana penjelasan di atas.


6. Larangan minum langsung dari mulut teko/ceret.

Dari Abu Hurairah, beliau berkata, “Rasulullah melarang minum langsung dari mulut qirbah (wadah air yang terbuat dari kulit) atau wadah air minum yang lainnya.” (HR Bukhari no. 5627).

Menurut sebagian ulama minum langsung dari mulut teko hukumnya adalah haram, namun mayoritas ulama mengatakan hukumnya makruh. Ketahuilah wahai para ibu muslimah, yang sesuai dengan adab islami adalah menuangkan air tersebut ke dalam gelas kemudian baru meminumnya.Dari Kabsyah al-Anshariyyah, beliau mengatakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk ke dalam rumahku lalu beliau minum dari mulut qirbah yang digantungkan sambil berdiri. Aku lantas menuju qirbah tersebut dan memutus mulut qirbah itu.” (HR. Turmudzi no. 1892, Ibnu Majah no. 3423 dan dishahihkan oleh Al-Albani)

Hadits ini menunjukkan bolehnya minum dari mulut wadah air. Untuk mengkompromikan dengan hadits-hadits yang melarang, al-Hafidz Ibnu Hajar al-Atsqalani mengatakan, “Hadits yang menunjukkan bolehnya minum dari mulut wadah air itu berlaku dalam kondisi terpaksa.” Mengompromikan dua jenis hadits yang nampak bertentangan itu lebih baik daripada menyatakan bahwa salah satunya itu mansukh (tidak berlaku).”(Fathul Baari, X/94)


7. Minum dengan posisi duduk.

Terdapat hadits yang melarang minum sambil berdiri. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu,

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR. Ahmad no 8135)

Namun disamping itu, terdapat pula hadits yang menunjukkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam minum sambil berdiri. Dari Ibnu Abbas beliau mengatakan, “Aku memberikan air zam-zam kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka beliau lantas minum dalam keadaan berdiri.” (HR. Bukhari no. 1637, dan Muslim no. 2027)Dalam hadits yang pertama Rasulullah melarang minum sambil berdiri sedangkan hadits kedua adalah dalil bolehnya minum sambil berdiri. Kedua hadits tersebut adalah shahih. Lalu bagaimana mengkompromikannya?

Mengenai hadits di atas, ada ulama yang berkesimpulan minum sambil berdiri diperbolehkan, meski yang lebih utama adalah minum sambil duduk. Diantara ulama tersebut adalah Imam Nawawi dan Syaikh Utsaimin. Meskipun minum sambil berdiri diperbolehkan, namun yang lebih utama adalah sambil duduk karena makan dan minum sambil duduk adalah kebiasaan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Minum sambil berdiri tidaklah haram akan tetapi melakukan hal yang kurang utama.


8. Menutup bejana air pada malam hari.

Biasakan diri kita untuk menutup bejana air pada malam hari dan jangan lupa mengajarkan anak kita tentang hal ini. Sebagaimana hadits dari Jabir bin Abdillah, ia berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda,

“Tutuplah bejana-bejana dan wadah air. Karena dalam satu tahun ada satu malam, ketika itu turun wabah, tidaklah ia melewati bejana-bejana yang tidak tertutup, ataupun wadah air yang tidak diikat melainkan akan turun padanya bibit penyakit.” (HR. Muslim)

9. Puas dengan minuman yang ada dan tidak mencelanya.


Ajarkan pula kepada anak, bahwa kita tidak boleh mencela makanan walaupun kita tidak menyukainya.

Para ibu muslimah, itulah beberapa adab ketika minum sesuai kebiasaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Alangkah senangnya hati ini ketika kita melihat anak-anak kita meniru kebiasaan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dengan membiasakan adab islami kepada anak semenjak kecil, Insya Allah saat dewasa kelak anak-anak akan lebih mudah untuk melaksanakan adab-adab dalam islam dalam kesehariannya, karena ia sudah terbiasa. Maka janganlah bosan untuk mengingatkan si kecil. Semoga Allah membalas usaha kita dengan pahala yang berlipat ganda. Amiin.

Usia 3 Tahun, Bagaimana Memebentuk Peribadi




http://anakkusayang.com/blog/pendidikananak/usia-3-tahun-bagaimana-memebentuk-peribadi

Bismillah walhamdulillah…

Mengorak langkah demi langkah yang sukar, pasti masa mencemburui, pasti juga cabaran terus menerjah hidup kala ini. Bukan mudah memulakan dan meneruskan hidup berumah tangga dengan kurnia 2 orang anak

Dalam usia 3 tahun, usia yang penuh dengan keseronokan dan pembelajaran, Abdullah mula membentuk keperibadian dirinya. Dalam hati, risau, bimbang, seronok, ‘excited’ semua ada. Bukan apa, cuma inginkan yang terbaik bagi anak-anak. Usia 3 tahun sebenarnya bukanlah usia seorang anak yang telah mencapai tahap mumaiyiz, namun hal baik buruk perlu ditekankan dan diajar sedikit demi sedikit.

Keadaan persekitaran terlalu banyak mempengaruhi hidupnya. Terpulang pada ibu bapa, bagaimana persekitaran yang kita ingin sediakan buat anak kita. Saya seringkali mengimpikan anak dapat menghafal Al-Quran dan menjadi orang berguna buat semua orang. Sedikit demi sedikit usaha itu saya mulakan. Peribadinya masih goyah. Masih berubah saban waktu. Kadangkala rajin sangat membantu, kadangkala rajin juga melayan adiknya, ada masanya ingin menghadap televisyen dan ada masanya tak mahu makan nasi. Jadi apa tndakan saya?

Keliru dengan perubahan ini, saya mula menjadikan rutin harian kami pada waktu pagi dengan “jalan-jalan beli kuih”… hehe

Hampir setiap pagi saya kejutkan Abdullah, kami keluar jalan-jalan kala orang lain sedang enak dalam mimpinya. Adiknya Muhammad, tak perlu dikejutkan. Kalau bukan jam 5 pagi, jam 6 pagi jagalah dia dari tidur. Mungkin Muhammad dalam golongan “touchy baby”. Senang betul terjaga bila dengar suara abangnya. =)

Mengapa saya keluar jalan-jalan di waku pagi? Hal ini kerana, ketika bangun dari tidur, anak akan memulakan kehidupannya pada hari tersebut. Waktu pagi sangat mempengaruhi masa-masa berikutnya dalam hari tersebut. Maka saya inginkan emosinya baik, positif dan gembira sentiasa ketika hari tersebut. Apa yang saya dapati, ketika saya enggan (tak larat sebenarnya) berjalan-jalan dengannya di waktu pagi, mulalah moodnya berombak. Kita juga yang susah nanti.

Membentuk peribadi yang baik, harus bermula dengan kehidupan yang positif. Baik buat ibu bapanya mahupun anak-anak. Jika anak-anak dalam keadaan tertekan, ingat bahawa enzim kortisol akan dirembeskan dan akan mengurangkan perkembangan mindanya (kata seorang pakar kanak-kanak indonesia dalam sebuah websitenya).

Teringat iklan MILO dalam televisyen, Play More, Learn More. Proses pembelajaran anak adalah dengan bermain. Keseronokan itulah yang memberinya banyak ilmu pengetahuan. Bukan tekanan dan paksaan. Seperti ayah saya mengajar Abdullah mengahfal surah al-Ikhlas pada ketika itu, bukan paksa, namun dalam keadaan yang seronok dan seringkali ayah saya menggunakan “reverse psychology”. Tentunya hal ini memberi inspirasi kepada saya untuk terus mengajarnya untuk menghafal ayat-ayat Allah.

Dengan ini, peribadi positif anak akan mula terbina. Belajar itu seronok, menghafal itu mudah, dan segalanya positif. Buat para ibu bapa, banyaklah berdoa agar usaha kita dinilai oleh Allah dan berjaya dengan izinnya. InsyaAllah.

Bagaimana Imam Malik dididik


http://anakkusayang.com/blog/pendidikananak/bagaimana-imam-malik-dididik

Terbaca kisah bagaimana cara ibu bapa Imam Malik mendidik Imam Malik sehingga beliau sendiri memilih jalannya sendiri. Sewaktu kecil, Imam Malik adalah seorang budak yang minat menyanyi dan bermain dengan burung merpati sehingga sedikit waktu sahaja beliau habiskan untuk mengulangkaji pelajaran.

Berdasarkan keputusan dalam pengajian, beliau adalah dikalangan yang terkebelakang berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain kerana tidak peduli dengan pelajaran dan sibuk dengan minatnya sendiri. Ibu dan ayahnya amat menaruh harapan Imam Malik akan mejadi seperti mendiang datuknya yang alim dan faqih dalam ilmu agama.

Sehinggalah pada suatu hari ayahnya mengambil keputusan untuk mengadakan pertandingan soal jawab ilmiah setiap kali selesai solat jumaat. Hasilnya, adik kepada Imam Malik jauh lebih kehadapan berbandingnya.

Ayahnya tersenyum melihatnya sambil berkata:

“Burung merpatimu telah lalaikan kamu daripada menuntut ilmu.”

Perkataan itulah yang hanya diucapkan oleh ayahnya. Bukan berbentuk arahan atau kerahan. Sebaliknya ialah petunjuk secara tidak langsung kepada anaknya. Selepas itu Imam Malik pun berkata:

“Aku berasa marah apabila adik mendahuluiku dan aku mengambil keputusan untuk menunjukkan kepada ayah pencapaianku dalam bidang lain. Aku membuat keputusan untuk berjaya dalam nyanyian.”

Disinilah pula kita dapat melihat peranan seorang ibu yang inginkan kejayaan anaknya ketika ia berkata:

“Wahai Malik, seorang penyanyi itu jika tidak mempunyai suara yang merdu walaupun baik paras rupanya tetap tidak akan dipandang manusia.”

Ibunya tidak melontarkan ucapan berunsur penghinaan. Ia tidak mengatakan bahawa suaranya buruk atau memberikan arahan sepertimana ibu bapa pada hari ini yang hanya mengeluarkan arahan kerahan dan paksaan kepada anak sendiri.

“Pergi minum!, Cepat makan!, Baca buku tu sekarang…..”

Ini bukanlah tarbiyah! Tarbiyah ialah dengan cara meningkatkan kemampuan anak. Kemudian Imam Malik berkata:

“Habis, apa yang patut saya lakukan?”

“Kamu tidak akan kehadapan dalam nyanyian, tetapi kamu mungkin akan kehadapan dalan ilmu.” kata ibunya.

Pada malam hari, sebelum tidur beliau berfikir sejenak. Pada keesokan harinya ibunya datang.

“Nak. Ini hadiah baju aku belikan untukmu.”

Ibunya menghadiahkan sepasang baju ulamak. Imam Malik memakai baju tersebut dan meletakkan songkok ulamak di atas kepala dan terus keluar dari rumah.

“Apabila aku keluar dengan pakaian begitu, orang ramai melihatku. Maka aku berasa hebat pada ketika itu.”

Terus Imam Malik masuk semula ke rumah seraya berkata:

“Aku mahu ilmu, aku mahu ilmu!”.

Lihatlah! Beliau sendiri yang meminta dan ingin menimba ilmu. bukan paksaan atau atas kemahuan ibu bapa atau orang lain. Tetapi ia adalah kehendak sendiri dan timbul dari kemahuan sendiri. Maka itulah yang menjadikan beliau seorang alim dan faqih dalam bidangnya.

“Pergilah kepada seorang alim di madinah bernama Rabi’ah. Tuntutlah adabnya dahulu sebelum ilmunya.” Kata ibunya.

“Arahan” itu…


http://anakkusayang.com/blog/pendidikananak/43

Saya tertarik dengan artikel terbaru saifulislam.com, Televisyen Manusia Mukallaf. Menunjukkan komunikasi efektif sangat memainkan peranan penting. Benar, apabila televisyen berada di rumah bukan persoalan utama,namun bagaimana kita mengawal anak-anak itu sering menjadi masalah utama.

Boleh saja kan televisyen itu tidak bernyawa, namun penghuni rumah itu tetap bernyawa. Kerana saya teringat dengan satu moto, ‘ruang tamu adalah nadi sebuah rumah.’ Moto ini dicipta kerana sesebuah syarikat itu mempromosikan televisyen di mana televisyen diletakkan di bahagian ruang tamunya.

Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah teknik berkomunikasi dengan anak-anak. Ramai ibu bapa mengeluh, anak mereka tidak mahu mengikut atau mendengar apa yg mereka perintahkan. Ada juga yang merungut, anak-anak sekarang lebih suka dibiarkan daripada diperintah-perintah. Benar, zaman berbeza, cara didikan zaman ibu bapa kita telah lapuk. Namun, jangan disalah erti, cara didikan yang ditunjukkan oleh para pendahulu kita, Rasulullah secara khususnya sangat perlu dicontohi.

Kembali kepada topik asal. Mengapa kita sering sekali bertemu dengan masalah ‘anak degil’? Cuba kita kira, berapa banyak perintah yang telah kita keluarkan kepada anak kita dalam sehari?

“Jangan sepahkan barang permainan tu!”
“Tolong buang sampah di tempatnya!”
“ Jangan bergaduh!”
“ Jangan pukul adik kamu!”
“ Tolong tutup pintu rumah kejap”
“ Boleh tak tolong kemas bilik sendiri”
“ Jangan menghadap TV lama sangat, buat kerja sekolah kamu”

Kira sendiri. Kemudian cuba letakkan diri kita di tempat mereka. Bayangkan kita berada di tempat kerja dan dalam satu hari kita menerima arahan demi arahan. Apakah kita senang sekali mengikutnya, atau sesekali kita merungut dan memberontak seterusnya merasa tidak senang dengan bos atau orang yang memerintah itu. Lambat laun kita berhenti kerja dek kerana tekanan.

Aggaplah anak kita sebagai sebahagian daripada diri kita sendiri. Saya tertarik dengan kata-kata saifulislam kepada anaknya.

Yop tak nak jadi biadab kepada ibu bapa, kan?”

Ini adalah teknik ataupun kaedah yang dibawa oleh mana-mana ibu bapa yang berjaya. Seperti ayah berjaya, Hassan Al-Banna, beliau menasihati anaknya secara langsung ketika anaknya Saiful Islam menyukai baca komik dengan memahamkan anaknya agar apa yang dilakukannya itu lebih baik datang daripada diri sendiri, bukan atas arahan ataupun tekanan siapa pun.

Ada dua bentuk kata-kata yang boleh saya ketengahkan. Yang pertamanya bersifat autokratik, dan yang keduanya lebih bersifat member motivasi. Contohnya kita inginkan anak kita supaya mengemaskan barang-barang yang telah disepahkannya. Yang manakah yang lebih efektif?

1. “Boleh tak kamu kemas semula barang-barang ini?”

2. “Kamu mahu kemaskan semula barang-barang ini kan?”

Nampaknya memang sepele atau sama saja. Namun, kata-kata sangat memberi efek yang besar buat perkembangan anak.

Bagi kata-kata yang pertama, anak-anak sebenarnya mungkin menerima salah satu daripada pesanan berikut.

“Kamu mesti menyusun barang-barang ini”
“Sepatutnya kamu menyusun semula barang-barang ini.”
“Sepatutnya ibu tak perlu menyuruh kamu lagi”
“Ibu sedang letih, sepatutnya kamu kemaskan barang-barang ini”
“Kamu tidak melakukan apa yang ibu perintahkan”

Mungkin bukan arahan ini yang dimaksudkan oleh seorang ibu, namun itulah yang ditangkap oleh anaknya. Semua perintah-perintah ini mengundang rasa bersalah yang tidak membina bagi si anak. Berbanding menggunakan pesanan kedua.

“kamu mahu kan…”

Itu kan lebih membina potensi diri seorang anak. Sesuatu yang berbentuk arahan yang jelas, namun tidak menampakkan ia seperti arahan yang keras.

Suatu hari anak saya ketika berumur 2tahun pada ketika itu berkata,

“Umi, umi nak tak Abdullah tolong umi sidai kain?” Sekali lagi ibu saya hairan dengan pertanyaan yang berunsur cinta itu.

“Umi, umi nak tak dengar Abdullah cerita harimau dan sang kancil?

Enak sekali ‘arahan’ itu. Sebaiknya kita menerimanya dengan sungguh-sungguh. Kerana anak-anak belajar melalui teladan. Apa yang kita ucapkan, apa yang kita lakukan, itu pula yang dilakukannya.

Maka, sekiranya orang tua di rumah mula bersikap kooperatif dengan menggunakan kata-kata yang lebih efektif dan berkesan. Maka, tidak timbullah isu ‘anak degil’ seumpama kita mendoakannya menjadi keras kepala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...