Wednesday, June 8, 2011

3 Cara Meredakan Kemarahan Anak Kecil Anda

http://anakkusayang.com/blog/pendidikananak/3-cara-meredakan-kemarahan-anak-kecil-anda

Bagaimana hendak mengenal pasti bilakah anak anda mula meragam dan bagaimana hendak meminimakan kelakuannya yang kurang menyenangkan?

Kanak-kanak yang keras kepala dan sensitif selalunya cepat naik angin kerana mereka mempunyai kemahuan yang kuat untuk melakukan sesuatu perkara atau mungkin juga kerana bagi mereka, meluahkan perasaan adalah lebih mudah untuk menyampaikan sesuatu kepada ibu atau bapa mereka. Mereka merasakan susah untuk meluahkan perasaan mereka secara perkataan. Dari situlah lahirnya perasaan kecewa dan kemudiannya mereka menjadi tidak terkawal. Sememangnya situasi ini akan memenatkan ibu bapa, tidak kurang juga perasaan anak-anak – merasa sedih. Tetapi sebenarnya terdapat beberapa cara untuk mengawal dan meminimakan situasi ini dengan mempraktikkan beberapa perkara:

Kenal Pasti Puncanya

Buatkan sedikit catatan ketika anak anda marah. Apakah situasi yang menyebabkan anak anda menjadi begitu? Bila dan di mana kejadian tersebut selalu berlaku? Jika anak anda meragam ketika tengahari di pasar raya, cuba pula pergi pasar pada pagi hari. Sekiranya anda tahu apakah penyebabnya, anda akan dapat mengawalnya sebelum ia berlaku.

Sertakan dengan Tanda-Tanda Awal Sebelum Berhenti

Jika anda memaksanya supaya segera berhenti bermain permainannya kerana sudah masa untuk tidur atau anda menyuruhnya berhenti bermain dengan rakannya, dia akan mula menunjukkan rasa tidak puas hati. Anda sedar anda sendiri yang membangkitkan rasa kemarahannya jika anda menyuruhnya berhenti melakukan kegiatannya pada masa itu juga. Jadi, anda perlu pada awalnya memberi signal – signal awal kepada anak anda untuk berhenti. Sekurang-kurangnya 5 minit sebelum berhenti kita telah meletakkan dalam mindanya bahawa dia akan meninggalkan perbuatan yang dilakukannya contohnya, “Adam, cakap selamat tinggal kepada pistol, selamat tinggal kepada kawan, selamat tinggal kepada nenek….”. Ini lebih mudah berbanding kita terpaksa mengheretnya dari tempat tersebut.

Membiarkannya Menangis

Bila anak anda sedang kecewa, sudah tentu anda hendak berada di situ bersama mereka, tetapi yang paling penting jangan cuba menenangkan mereka dari menangis. Tidak mengapa sekiranya anda membiarkan anak anda murung dan menangis akan kehilangan barang permainannya atau apabila mereka perlu meninggalkan rumah nenek mereka. Jika anda selalu memujuk atau melegakan mereka ketika mereka kecewa, anak anda akan memahami bahawa menunjukkan perasaan itu tidak boleh dan salah. Kadangkala di dalam kehidupan, kita akan mengalami kekecewaan, dan tidak mengapa jika kita meluahkan perasaan tersebut.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...