Monday, April 30, 2012

Sugar Bun Time


 Kakak ni makan licin...
 Abang ni makan nasi je...ayam tu tak makan pun....
 Wah Hafiz sungguh selera !!!
Jarang2 sebenarnya dapat keluar makan beramai2 ngan cousin ni... tapi kerap lah jumpa di kampung...

Santai2 di Kampung...




Minggu lepas bawa dua beradik ni balik kampung ummi... memang seronok je kalau balik kg...dapat main2 kat bawah rumah nenek... tak delah boring asyik perap dalam rumah je...

Uniform Sedidik



 Masa ni nangis ok....ummi paksa guna uniform....
Abrisam first day with uniform....macam biasa Hafiz peneman setia...

Monday, April 23, 2012

Hargai insan tersayang...

Gambar yang amat menyentuh hati..seorang anak yatim melukis gambar "mama"nya dan tidur bersama lukisan itu :( Ya Allah sedihnya... sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui....

Sedih sangatlah tengok gambar ni...Mode : tak sabar nak balik rumah peluk cium anak-anak ummi.... 

(untuk peringatan diri sendiri..hargailah insan yang kita sayangi sebelum kita kehilangan insan tersebut !!!)

PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”..
1 · ·

Friday, April 20, 2012

32 weeks 4 days check up


Hari ni check lagi....tak sabar rasanya nak bersalin ni...walaupun dah anak ketiga..excited tetap ada.. plus dah tak tahan dah asyik cramp je... esp bahagian tangan...berat lain hal..

Oh ya...rasanya barang2 untuk baby dah complete lah...tak perlu beli apa2 lagi... Insya Allah lepas selamat melahirkan dan confirm jantina boleh lah tambah2 apa yang perlu..

Sekarang ni ummi just nak beli ubat untuk lepas bersalin... tengah fikir nak makan ubat kampung..or beli set bersalin jamu mak dara... masa anak first n kedua memang makan ubat kampung... serasi lah juga.... cuma yang ketiga ni rasa nak tukar angin pulak... tengoklah macam mana... awal bulan 5 baru decide nak beli ubat apa...

Moga Allah mudahkan segalanya ...Ameen...

Doa




Doa agar anak taat

Thursday, April 19, 2012

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!


(Perkongsian yang ummi dapat drpd Facebook)


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.


1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
Info dan panduan untuk ibu dan bayi anda.. Dipersilakan untuk comment,like atau share mana-mana yang dirasakan membawa manfaat :-)

Thursday, April 12, 2012

Rutin harian 1


Entry kali ni ummi nak share macam mana ummi uruskan anak-anak, rumah tangga dan masa semasa ketiadaan suami... etc suami outstation or ada urusan lain... ada kawan ummi yang bertanyakan ummi tentang perkara ni, maybe dia rasa level dia sama je ngan ummi kot, ada 2 anak lelaki yang jarak agak rapat, suami pulak keja offshore (hubby ummi pulak jenis selalu outstation) dan dia pun bekerja office hours macam ummi... cuma bezanya anak ummi besar sedikit dari anak beliau...dan dia tak peknen anak ketiga...



walaupun ummi rasa lucu juga dia tanya benda ni dengan ummi...rasa tak layak pula ummi nak share apa-apa dengan dia...sebab ummi rasa ummi bukanlah orang yang terlalu organised pun... biasa-biasa je... tapi tak pelah kongsi mana yang patut je lah kan... mana tahu dapat faedah....menurut kawan ummi tu...dia rasa letih sangat urus anak-anak, tak cukup masa je katanya...ummi sendiri pun bukan tak pernah rasa macam tu...penat tak payah cakaplah... (ni baru je 2 anak dah rasa macam tak cukup kaki tangan...tak dapat bayangkanlah kalau ada anak berderet2)

Dulu-dulu pun ummi selalu je rasa susah kalau suami tak de...rasa down!!! sebab ummi selalu bergantung dengan suami untuk mudahkan urusan dan kerja ummi... tapi lama kelamaan ummi belajar sesuaikan diri...belajar untuk berdikari...jangan terlalu bergantung dengan suami.... janganlah terlalu 'manja'.... macam mana kalau Allah tarik balik nikmat bersuami?... Suami tu kan pinjaman semata-mata... kita tidak tahu apa yang akan berlaku di hadapan..kalau benda yang tidak diingini berlaku dengan kita...macam mana kita nak berdepan dengan situasi itu...sebab selama ni terlalu bergantung dengan suami??... (nasihat ni macam tak sesuai je untuk ummi nasihatkan kat orang...actually ni reminder untuk diri sendiri..)

Oh ya rutin harian ummi selalunya macam ni....kena bangun awal lah.... lepas solat subuh, kalau anak-anak belum bangun ummi akan terus ke dapur untuk prepare bekal anak-anak... dulu malas je masak pagi-pagi..tapi semenjak Abrisam dah start school ni, kena rajinlah coz dia bawa bekal... selalu nya ummi sedia terus bekal untuk Hafiz dan ummi.... simple je nasi goreng atau mee goreng, lauk kalau bukan telur goreng, hot dog, nugget atau ayam goreng...

Just incase anak bangun awal, ummi akan mandikan mereka terlebih dahulu dan siap-saipkan mereka, then baru ke dapur untuk memasak...selalunya proses ni spend banyak juga masa..almaklum anak-anak punya kerenah tersendiri...banyak lah drama juga tiap pagi ni...then kemas bilik tidur...

Lepas tu, ummi akan ready untuk kerja....sementara panaskan enjin kereta ummi akan jemur baju, buang sampah...ummi cuba untuk lakukan semuanya sebelum jam 7.30am lah...sebab Abrisam masuk school jam 8.00am..

Then hantar Abrisam ke school dan Hafiz ke rumah pengasuh....then ummi pergi kerja...syukur juga sebab tempat kerja ummi tak delah strict sangat...selalu juga lah ummi masuk lewat...

Balik kerja jam 4.30pm...kalau tak da benda yang perlu di beli etc lauk or apa2 keperluan, ummi akan direct ambil anak-anak di rumah pengasuh...on the way balik tu akan cakap-cakap lah dengan anak..lagipun sekarang Abrisam dah pandai share cerita...

Sampai rumah selalunya ummi akan ambil pakaian di ampaian, bancuh susu untuk anak-anak...lepas tu ummi akan sapu rumah, kemas mana yang patut, masak, then mandi, cuci baju (kadang-kadang tak de lah cuci baju hari-hari, kalau tak banyak buat 2 hari sekali cuci)...Abrisam selalu nya terus layan cartoon, Hafiz pulak main sendiri...

Lepas solat magrib, ummi akan suap anak-anak... sambil tu ummi makan jugalah...sambil layan tv kalau ada cerita yang di gemari... lepas makan, cuci pinggan, lipat baju (kalau rajin @ sempat)...

Lepas solat Isya....baju-baju yang dah dicuci terus di hanger...so tak delah kelam kabut sangat keesokan harinya... sementara tu ummi minta anak-anak kemas barang mainan mereka..

Syukur sangat sekarang sebab Abrisam dan Hafiz dah faham lepas main, kena kemas semula !! walaupun sesekali susah juga nak pujuk mereka kemas semula..tapi ummi kena tegas... bukan apa nak ajar anak jadi pengemas... jangan harap ummi je nak buat semua... anak-anak kena di ajar dari kecil...bak kata orang tua melentur buluh biar dari rebungnya... ummi kadang kalah juga dengan perasaan bab ni... kesian pula tengok anak-anak masih kecil kena kemas2 barang mainan... tapi kita buat ni untuk kebaikan mereka sendiri...

Then kami bertiga akan masuk bilik...anak-anak selalunya akan sambung sessi gurau senda atau main-main...sambil tu bermanja-manja dengan ummi...masa ni selalunya ummi ajar anak-anak zikir, doa... selain perdengarkan mereka Iqra..
Salah satu cara untuk mengenyangkan roh dan mengatasi kepenatan adalah petua yang diajarkan oleh Rasulllah SAW kepada puterinya, Fatimah..baca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahuakbar 33x
Tatkala Fatimah mengadu kepada suaminya, betapa penatnya membuat segala kerja rumah. Saidina Ali menyarankan Fatimah berjumpa bapanya, Rasulullah SAW untuk meminta seorang pembantu.
Namun, Rasulullah tidak memberikan sebarang pembantu, sebaliknya sekalung zikir yang dipanggil ‘Zikir Fatimah’, khas untuk anaknya yang kepenatan menguruskan keluarga.Rasulullah SAW menyuruh Fatimah mengamalkannya setiap kali merebahkan diri untuk tidur. Sabda Baginda bahawa itu jauh lebih baik dari seorang khadam.
Insya Allah kalau kita rajin mengamalkan, kita akan ceria,cergas untuk bangun pagi!!

Jam 2.00am selalunya ummi akan bangun..sebab tu jam Hafiz nak susu....Abrisam selalu minum susu sebelum tidur dan masa bangun pagi je...

Itulah rutin harian ummi isnin hingga jumaat... sabtu dan ahad just hantar anak-anak ke kelas mengaji, seterika baju kerja, general cleaning...dan sesekali bawa anak-anak main di taman-taman...

masih banyak yang perlu di perbaiki actaully...rajin pun masih nak kena tingkatkan... belajarlah dari pengalaman... dulu-dulupun ummi tak de lah macam ni... kalau ikutkan hati dan perasaan balik kerja memang nak landing2 je depan TV... nak rehat...zaman anak dara bolehlah macam tu...

Sekarang ni tak dapat lagi... kesian pula dengan anak-anak kalau tak makan, lagipun Abrisam sekarang dah pandai minta makanan...so ummi tak bolehlah ikutkan sangat rasa malas tu.. kena masak walau apa pun alasan... yang penting anak-anak makan...

Lepas anak ketiga lahir kena upgrade lagi lah...apa lagi kalau Abrisam dah start school biasa yang jam masuknya lebih awal...tak dapat bayangkanlah...

Kalau boleh baju kerja, kena seterika seminggu sekali (ummi kadang malas juga, pagi masa nak pakai baju baru seterika...tak wajar di amalkan..sebab masa dah terbuang di situ)...

Bahan-bahan mentah etc bawang, halia pun boleh blender hujung minggu, tak delah proses memasak lambat sangat...

Banyakkanlah berdoa supaya Allah mudahkan segalanya...tambahkan kesabaran kita...dan buatlah sesuatu dengan ikhlas...untuk mendapat ganjaran Allah semata-mata.... usahlah terlalu banyak mengeluh, melayan perasaan2 negatif, belajarlah daripada kesilapan dan kelemahan kita yang lepas2... ummi percaya setiap manusia boleh berubah menjadi lebih baik.... (ingatan untuk ummi sendiri)









pregnancy update at 31 weeks ::



Alhamdulillah dah masuk 31 weeks & 3 days..... sekarang dah stat check up tiap 2 minggu... cramp masih ada walaupun dah ambil pil kalsium dan ubat tambah darah... nurse cakap punca cramp ni sebab kurang kalsium selain sebab ummi ada masalah kurang darah...almaklum masa awal pregnant dulu kan mabuk teruk..so makan tak jaga sangat...susu pun tak dapat nak minum....

Sekarang ni cepat letih...sakit belakang tu jangan cakaplah...biasalah dugaan ibu mengandung... mabuk-mabuk dah berlalu so sakit lain lagi muncul.... tp kita kena positif..jangan banyak sangat mengeluh ok...(reminder for myself)... ingat ganjaran Allah beri untuk ibu yang bersusah payah mengandung !!

Oh ya..ni list2 things need to be done before the big day comes:-

for my newborn:-
1. kemas katil baby (done)...katil warisan daripada Abrisam...
2. Sedia cadar,sarung bantal baby (done)..minta tolong jiran kawan jahitkan ...2 set warna... angry bird ok....warna hijau dan
3. basuh comforter dan sheet cover (done)
4. cuci lapis getah (done)
5. Clocth Diapers (done)
6. basuh baju, barut, booties, mittens, kain bedung, etc (in progress)
7. susun baju baby dalam chest drawer (in progress)
8. beli minyak telon (not yet)
9. beli sabun,syampoo,tisu basah,powder baby (not yet)
10. akan ditambah senarainya jika perlu. :D

for the elder brothers:
1. stock up food (in progress)

for myself:-
1. beli ubat kampung (not yet)
2. basuh barut (done)
3. ready kain batik
4. beli nursing bra (not yet) - nak beli yang baru....yg lama dah buang...
5. cut my nails

rasanya tu je kot. dah 2 kali beranak, banyak benda yang masih boleh guna....buat persiapan ala kadar je...




(So far ummi dah beli 7 pasang baju baru for new baby... sarung kaki,tangan pun beli 4 pasang yang baru.... memandangkan jantina belum pasti..rasanya cukup dulu lah takat ni... boleh guna baju warisan daripada abang2 je dulu... )

Actually walaupun ni kelahiran ketiga, ummi tetap excited!!!!... tak sabar rasanya nak jumpa my new baby...

walaupun kadang2 seram mengenangkan saat-saat bersalin tu...cakap pasal takut nak bersalin ni, ummi rasa semua org perempuan macam tu... tak sabar nak bersalin tapi takut nak bersalin pas tu nak cepat habis pantang bagi yang betul2 ikut pantang larang tradisional...hehe

ummi kalau time bersalin, paling fobia masa nurse nak check opening. adoiiiiiiii. can't they think of something else that's less painful? ummi rela kena cucuk bagai, but not that one. seriously.... memandangkan ni anak ketiga...so ummi dah ada pengalaman...tak macam masa anak first kerap je minta nurse check opening tu...kali ni ummi akan pastikan masa dah sakit betul2 baru check...at least tak perlulah selalu sangat nurse tu kena check...

ummi doa sangat proses mengandung dan bersalin kali ni dipermudahkan.... walaupun kelahiran setiap anak adalah berbeza kan... yang pasti sakit tetap ada...kalau boleh ummi tak naklah susahkan sesiapa...yang ummi kerap fikir sekarang macam mana lah kalau ummi datang sakit tu time ummi dan 2 boys je kat rumah with no one who can drive to send me to hospital...ummi harap sangat ummi diberi kekuatan untuk boleh drive safely and calmly without causing chaos to anyone....seriously! kalau boleh tak nak bebankan sesiapa...

Kepada sesiapa yang baca entry ni...doakan ye...Allah mudahkan segalanya...

Ujian Allah @ Ujian Keimanan

Perkongsian daripada sahabat saya....Dr Shiha... moga menjadi pengajaran buat kita semua

Jangan meratap takdir Allah krn Allah yg Maha Merancang. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya, hanya Allah yg Maha Mengetahui. Sebagai muslimah yg beriman, kita WAJIB sentiasa bersangka baik kpd Allah, jika tidak, kita jatuh kafir.

Apapun ujian Ini adalah UJIAN KEIMANAN buat kita. Bukannya ujian antara kita dan sesiapapun, tapi antara kita dan ALLAH. Sabar dan redha menghadapi apa jua ujian krn Allah berhak menguji hambaNya dlm pelbagai cara.

Semoga semua ini akan meningkatkan keimanan kita kpdNya, dan meningkat kebergantungan kpd Allah dan bukannya kpd sesama makluk. Fikirkan apa yg saya katakan ini dalam2, insyaAllah kita akan bertemu dgn titik kebahagiaan, ameen.

Zikir...

Ajarkan anak-anak kita..

Jika dalam hati ada rasa bimbang..
Jika dalam hati ada rasa takut...

Hilangkannya dengan ZIKRULLAH. Allah swt telah jadikan zikir sbg amalan khas utk melahirkan ketenteraman & menghilangkan ketakutan dlm suasana yg menakutkan.

Semakin banyak berzikir, maka semakin banyaklah akan terhasilnya ketenangan.
Semakin banyak berzikir, maka semakin hilanglah ketakutan.

InsyaAllah ^_^

Tuesday, April 10, 2012

Masa Untuk Tidur....




Lama dah ummi tak rakam gambar dua beradik ni tidur.....sekarang ni Abrisam jarang-jarang nak tidur siang hari...sibuk menonton cartoon dan main-main je...

Kecuali betul-betul penat baru lah tidur siang...

Jika Suatu Saat Nanti Kau Jadi Ibu

http://www.salimah.or.id/jika-suatu-saat-nanti-kau-jadi-ibu-2/

Jika suatu saat nanti kau jadi ibu, ketahuilah bahwa telah lama umat menantikan ibu yang mampu melahirkan pahlawan seperti Khalid bin Walid. Agar kaulah yang mampu menjawab pertanyaan Anis Matta dalam Mencari Pahlawan Indonesia: “Ataukah tak lagi ada wanita di negeri ini yang mampu melahirkan pahlawan? Seperti wanita-wanita Arab yang tak lagi mampu melahirkan lelaki seperti Khalid bin Walid?”

Jika suatu saat nanti kau jadi ibu, jadilah seperti Asma’ binti Abu Bakar yang menjadi inspirasi dan mengobarkan motivasi anaknya untuk terus berjuang melawan kezaliman. “Isy kariman au mut syahiidan! (Hiduplah mulia, atau mati syahid!),” kata Asma’ kepada Abdullah bin Zubair. Maka Ibnu Zubair pun terus bertahan dari gempuran Hajjaj bin Yusuf as-Saqafi, ia kokoh mempertahankan keimanan dan kemuliaan tanpa mau tunduk kepada kezaliman. Hingga akhirnya Ibnu Zubair syahid. Namanya abadi dalam sejarah syuhada’ dan kata-kata Asma’ abadi hingga kini.

Jika suatu saat nanti kau jadi ibu, jadilah seperti Nuwair binti Malik yang berhasil menumbuhkan kepercayaan diri dan mengembangkan potensi anaknya. Saat itu sang anak masih remaja. Usianya baru 13 tahun. Ia datang membawa pedang yang panjangnya melebihi panjang tubuhnya, untuk ikut perang badar. Rasulullah tidak mengabulkan keinginan remaja itu. Ia kembali kepada ibunya dengan hati sedih. Namun sang ibu mampu meyakinkannya untuk bisa berbakti kepada Islam dan melayani Rasulullah dengan potensinya yang lain. Tak lama kemudian ia diterima Rasulullah karena kecerdasannya, kepandaiannya menulis dan menghafal Qur’an. Beberapa tahun berikutnya, ia terkenal sebagai sekretaris wahyu. Karena ibu, namanya akrab di telinga kita hingga kini: Zaid bin Tsabit.

Jika suatu saat nanti kau jadi ibu, jadilah seperti Shafiyyah binti Maimunah yang rela menggendong anaknya yang masih balita ke masjid untuk shalat Subuh berjamaah. Keteladanan dan kesungguhan Shafiyyah mampu membentuk karakter anaknya untuk taat beribadah, gemar ke masjid dan mencintai ilmu. Kelak, ia tumbuh menjadi ulama hadits dan imam Madzhab. Ia tidak lain adalah Imam Ahmad.
Jika suatu saat nanti kau jadi ibu, jadilah ibu yang terus mendoakan anaknya. Seperti Ummu Habibah. Sejak anaknya kecil, ibu ini terus mendoakan anaknya. Ketika sang anak berusia 14 tahun dan berpamitan untuk merantau mencari ilmu, ia berdoa di depan anaknya: “Ya Allah Tuhan yang menguasai seluruh alam! Anakku ini akan meninggalkan aku untuk berjalan jauh, menuju keridhaanMu. Aku rela melepaskannya untuk menuntut ilmu peninggalan Rasul-Mu. Oleh karena itu aku bermohon kepada-Mu ya Allah, permudahlah urusannya. Peliharalah keselamatannya, panjangkanlah umurnya agar aku dapat melihat sepulangnya nanti dengan dada yang penuh dengan ilmu yang berguna, amin!”. Doa-doa itu tidak sia-sia. Muhammad bin Idris, nama anak itu, tumbuh menjadi ulama besar. Kita mungkin tak akrab dengan nama aslinya, tapi kita pasti mengenal nama besarnya: Imam Syafi’i.

Jika suatu saat nanti kau jadi ibu, jadilah ibu yang menyemangati anaknya untuk menggapai cita-cita. Seperti ibunya Abdurrahman. Sejak kecil ia menanamkan cita-cita ke dalam dada anaknya untuk menjadi imam masjidil haram, dan ia pula yang menyemangati anaknya untuk mencapai cita-cita itu. “Wahai Abdurrahman, sungguh-sungguhlah menghafal Kitabullah, kamu adalah Imam Masjidil Haram…”, katanya memotivasi sang anak. “Wahai Abdurrahman, sungguh-sungguhlah, kamu adalah imam masjidil haram…”, sang ibu tak bosan-bosannya mengingatkan. Hingga akhirnya Abdurrahman benar-benar menjadi imam masjidil Haram dan ulama dunia yang disegani. Kita pasti sering mendengar murattalnya diputar di Indonesia, karena setelah menjadi ulama, anak itu terkenal dengan nama Abdurrahman As-Sudais.

Jika suatu saat nanti kau jadi ibu, jadilah orang yang pertama kali yakin bahwa anakmu pasti sukses. Dan kau menanamkan keyakinan yang sama pada anakmu. Seperti ibunya Zewail yang sejak anaknya kecil telah menuliskan “Kamar DR. Zewail” di pintu kamar anak itu. Ia menanamkan kesadaran sekaligus kepercayaan diri. Diikuti keterampilan mendidik dan membesarkan buah hati, jadilah Ahmad Zewail seorang doktor. Bukan hanya doktor, bahkan doktor terkemuka di dunia. Dialah doktor Muslim penerima Nobel bidang Kimia tahun 1999.
Jika suatu saat nanti kau jadi ibu, sebelum itu aku kini mengucapkan padamu -dan pada seluruh ibu- “selamat hari ibu”. [Muchlisin]
Sumber BeDa
Posted by Ade Permana

Kereta Polis From Abi..



Abi hantar ke klinik..balik dari klinik dapat upah kereta polis....abang yang tengah demam dah macam tak demam lagi...

Monday, April 9, 2012

Aktiviti Sempena PH





Aktiviti anak-anak kalau tak keluar..... rumah pun dah jadi macam tongkang pecah.... layan je lah....


Pas boring2 main.... belajar lah konon2....



Sessi belajar lagi.... bandingkan gambar dan bentuk haiwan...



Sessi gaduh lagi.... kes si abang tak nak bg adik lah tu....




Lepas main, belajar, gaduh....sessi kemas balik....sempat lah posing2...






Upah sebab dah kemas rumah...

(Aktiviti masa public holiday sempena good friday....)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...