Friday, March 30, 2012

Model Mickey Mouse

Alahai monyong nye lah budak berdua ni....sempat juga posing2 bersama pagi tadi...

Ikhtibar buat ummi...

Baru-baru ini ummi banyak menerima email daripada kenalan ummi...semuanya berkaitan pengajaran Al-Quran... Alhamdulillah semua itu sebagai pencetus semangat ummi untuk tidak mudah berputus asa dalam usaha ummi untuk mendidik anak-anak ummi menjadi 'HAFIZ'... walaupun bukanlah di ajar sepenuhnya oleh ummi...

Ummi nak berkongsi cerita di BK minggu lepas.... hampir-hampir sahaja ummi berputus asa dan bercadang untuk berhentikan sahaja anak ummi Hafiz belajar Iqra... bukan apa..dia tak nak ikut pun apa teacher baca...nak lari2 je...puas juak lah ummi kejar...berkeras ummi paksa dia duduk depan teacher...

Adakah ummi terlalu mendesak anak ummi?...terlalu memaksa...?... TIDAK.... cuma mungkin kelihatan agak memaksa...lagipun Hafiz baru 2 tahun lebih...anak rakan ummi sudah mula menghafal Al-Quran pada usia itu !!!!..jadi tak salah bagi ummi untuk memulakan langkah memperkenalkan Iqra pada Hafiz seawal ini... lumrah budak-budak yang suka bermain-main dan ikut mood... cuma ummi kena tingkatkan kesabaran dan paling utama...JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA... mungkin hari ini dia enggan mengikut,duduk depan teacher...perlahan-lahan dia pasti akan biasakan diri....

Sekarangpun Hafiz selalu 'mengaji' sendiri... kira oklah tu...at least ummi tahu dia mendengar apa yang di ajar kan...

Ummi belajar daripada kisah Zubaidah Hanim, ibu kepada Mustafa Kamal Attartuk yang selalu bercerita dengan anaknya supaya bila dewasa nanti anaknya itu mesti menjadi seorang tahfiz al Quran. Namun, ianya cuma hanya pada kata-kata, harapan dan doa... (boleh baca pada post2 ummi sebelum ini siri 1-4)

Ummi mintalah Allah kuatkan semangat ummi....harapan untuk menjadikan anak-anak ummi Hafiz dan Hafizah...dan menjadi insan yang beriman dan bertakwa bukan sekadar angan-angan dan kata-kata...bukan harapan kosong!!!!!

Ummi ingin menjadi seperti Ibu Imam Syafie dan Ibu Sultan Muhammad Al Fateh sangat tegas dan pentingkan al Quran....

Insya Allah

Pengajaran Dari 3 Ibu - Siri 4

(3 ibu yang membesarkan anak dengan cita-cita yang sama tetapi realitinya 2 ibu mendidik anaknya hingga menjadi 2 tokoh yang mengharumkan nama Islam (Muhammad Al Fateh dan Imam Syafie) dan seorang ibu yang agak malang kerana impian untuk anaknya menjadi sebaliknya, (Mustafa Kamal Attartuk) hingga mayat anaknya tidak diterima bumi dan diletakkan di bangunan marmar hingga sekarang)

- EMAIL YANG UMMI TERIMA DRPD KENALAN UMMI

Assalamualaikum Ummu Abrisam,

Sekarang sudah sampai siri ke 4 Membincangkan Tajuk Pengajaran dari 3 Ibu - Ibu Imam Syafie, Ibu Muhammad Al Fateh dan Ibu Mustafa Kamal Attartuk. Siri 1-3 telah saya emelkan sebelum ini.

Untuk siri ke 4 dan terakhir, saya ingin membawa Ummu Abrisam ke senario dibawah..

"Kesian tengok budak-budak zaman sekarang bersekolah. Pagi nak pegi sekolah agama, balik tukar baju kena pegi sekolah kebangsaan. Balik sekolah kebangsaan, budak dah letih. Mandi, makan malam selesai semua lepas tu nak kena buat kerja sekolah pulak. Mana nak tusyen lagi, mengaji lagi?"

Biasa dengar? Saya sendiri kasihan tengok anak-anak buah saya balik sekolah dalam keadaan penat. Itu belum lagi kalau anak saya sendiri pula nanti. Semoga saya lebih mengasihani masa depan mereka dari mengasihani kepenatan mereka ketika itu. Ramai ibubapa tidak sanggup 'memaksa' anak mereka untuk memegang al Quran kerana rasa kasihan dan belas mereka yang tidak sepatutnya. Begitulah juga kesilapan ibu kepada Mustafa Kamal Attartuk. Sebab itu saya kata Novel Mustafa Kamal Attartuk yang saya jual dan kehabisan stok itu lebih mirip dengan kehidupan ibu-ibu zaman sekarang membesarkan anak mereka. Itulah kesilapan beliau sehingga anaknya menjadi seperti yang saya ceritakan sebelum ini. Tanpa kita sedari akhirnya al Quran adalah keutamaan kita yang paling akhir.

Al Quran di pegang di 'hujung-hujung' sahaja. Memang Zubaidah Hanim, ibu kepada Mustafa Kamal Attartuk ini selalu bercerita dengan anaknya supaya bila dewasa nanti anaknya itu mesti menjadi seorang tahfiz al Quran. Namun, ianya cuma hanya pada kata-kata, harapan dan doa. Hakikatnya, kehidupannya tidak dimanifestasikan selari dengan harapannya. Anaknya membesar dengan bersekolah disebuah sekolah terkenal (Dia bersekolah di sekolah kadet ketika itu yang mungkin sama terkenalnya ala-ala Royal Military College, Malaysia kot?). Kasihan dia melihat anaknya balik kepenatan kemudian mengulangkaji pelajaran hingga larut malam. Maka berlalulah hari-hari hingga dia dewasa tanpa al Quran. Maka, walaupun ketiga-tiganya adalah wanita yang kuat beribadat, ketiga-tiganya adalah wanita yang kuat beragama, mempunyai cita-cita yang sama untuk anak masing-masing iaitu menjadi tahfiz al Quran, tetapi usaha mereka adalah berlainan. Allah itu Maha Adil, hasilnya juga adalah berlainan. Yang dua menjadi pengharum agama dan penakluk kota dunia dan yang satu lagi menjadi pemusnah Islam

Yang jelasnya.. Ibu Imam Syafie dan Ibu Sultan Muhammad Al Fateh sangat tegas dan pentingkan al Quran. Mereka sanggup memarahi dan membiarkan anak mereka dipukul guru kerana mahu anaknya mempelajari al Quran. Selepas menguasai al Quran barulah mereka ke cabang lain. Imam Syafie suka pada syair hingga dia menghafal 10,000 syair dalam masa 2 bulan sahaja? Dan Muhammad Al Fateh boleh bertutur 6 bahasa pada umurnya 17 tahun sahaja. Mengutamakan al Quran tidak menyebabkan mereka tinggal ke belakang jika mereka memilih untuk terus kedepan. Namun peranan ibulah yang menentukan dan mendorong hala tuju mereka.

Cuba kita tanya pada diri kita sendiri pula. Adakah kita ibubapa yang hanya punya cita-cita sahaja atau sentiasa ingin mencari peluang dan cara untuk menjadikan anak kita menguasai al Quran. Sanggupkah kita berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk anak kita mahir al Quran?

Ada juga suara yang berkata anak mereka dah disekolahkan ke sekolah agama pagi/sekolah agama rakyat (betulkan saya akan namanya jika saya silap) maka tak perlu dah untuk mengajar al Quran. Seorang ustazah sekolah agama rakyat ini pernah memaklumkan pada saya untuk kanak-kanak darjah 1-6 ini, sukatan pelajaran mereka tidak fokus untuk mengajar al Quran sahaja. Akhlak, hadis, sirah, khat, Jawi dan lain-lain itu adalah antara pelajaran yang diajar. Mata pelajaran al Quran cuma dalam beberapa kali sahaja dalam satu minggu. Sebab itu ada murid yang sudah ke tahun 6 disekolah ini masih tidak boleh membaca al Quran jika ibubanya sendiri tidak ada usaha untuk mengajar diluar sekolah.

Kesimpulan yang saya buat adalah tidaklah terhad kepada apa yang saya tulis. Jika di satukan Novel ketiga tiga tokoh ini ianya melebihi 1000 muka surat. Terlalu banyak untuk saya pelajari dari 3 novel ini. Maaflah segala kekurangan dan kesilapan dalam membuat kesimpulan yang terhad ini. Semoga ianya sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kita semua. Jika Ummu Abrisam ingin mendapatkan novel tersebut boleh klik disini.

Ikhlas dari,

Lina Karim

Pengajaran Dari 3 Ibu - Siri 3

Sampai kita ke Siri ke 3 - dalam Pengajaran Dari 3 Ibu (Siri 1 dan 2 telah saya emelkan sebelum ini). Subjek kali ni kita bercerita tentang impian suami isteri untuk anak yang sama.

Alhamdulillah jika kita mempunyai cita-cita yang sama untuk anak-anak kita. Mudah kita untuk merancang hala tuju pendidikan mereka. Tetapi apa kata jika ianya berbeza? Suami ingin anak jadi begini, isteri ingin anak jadi begitu? Memang tidak dinafikan ada ramai pasangan yang bertengkar dengan pasangan masing-masing kalau tidak kerana masalah duit, ia boleh jadi kerana ibu mertua, adik ipar, juga sebab anak dan lain-lain. Yang pertengkaran kerana anak inilah yang kita kena utamakan/segerakan penyelesaiannya. Itulah juga antara topik yang saya bincangkan dalam kursus 'Mengajar Al Quran Pada Bayi dan Kanak-Kanak'.

Berbalik kepada Pengajaran Dari 3 Ibu (Ibu Imam Syafie, Ibu Muhammad Al Fateh, Ibu Mustafa Kamal Attartuk) . Maafkan saya jika kali ini saya ingin melencong sedikit. Saya ingin berbincang tentang BAPA sebelum berbincang tentang ibu-ibu ini. Dari 3 bapa ini, hanya bapa Mustafa Kamal Attartuk sahaja yang tidak mahu anaknya bersekolah di sekolah agama dan mahu dia di sekolahkan di sekolah yang baik pada tanggapannya. (biasa dengar cerita macam ni?) Ayahnya berkawan baik dengan orang Yahudi, sangat tertarik dengan kejayaan orang Yahudi dalam bidang ekonomi dan mahu anaknya bersekolah seperti anak mereka. (untuk senario zaman sekarang, mungkin kita pernah tengok orang kita hantar anak pergi Sekolah Cina dengan sebab yang sama)

Ini menyebabkan ayahnya selalu bertengkar dengan ibunya tentang kemana arah hala tuju anaknya itu. Ayahnya mengimpikan anaknya untuk menjadi seorang pemimpin satu hari nanti. Ibunya pula ingin dia menjadi seorang tahfiz. Rapat bapanya dengan orang Yahudi sehingga bila dia meninggal dunia, rakan Yahudinya itulah yang membantu menanggung persekolahan anaknya sehingga Mustafa Kamal Attartuk menganggapnya sebagai bapanya yang baru. Rasulullah telah mengajar kita untuk berhati-hati dengan orang Yahudi tetapi nampaknya dia mengejar cita-cita untuk anaknya lebih dari dia menyayangi Rasulullah. Tentulah Allah Maha Arif tentang niat buruk yang tersembunyi didalam hati mereka sehingga Rasulullah menyuruh kita berhati-hati dengan mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w, " Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga aku lebih dia cintai dari ayahnya, anaknya dan semua manusia"

Ingin saya perjelaskan disini, bagi negara Barat, tercatat dalam sejarah mereka bahawa Mustafa Kamal Attartuk adalah seorang wira. Beliau adalah seorang tokoh... satu contoh yang dipuja dan dihormati. Manakan tidak, Tentera Salib telah cuba menghancurkan kerajaan Kekhalifahan Islam selama berabad lamanya tetapi tidak berjaya. Rupanya ia perlu dihancurkan dari dalam dan boleh dilakukan dengan sekelip mata oleh Mustafa Kamal Attartuk.

Saya harap jangan salah faham dengan apa yang ingin saya sampaikan. Tidak salah untuk menghantar anak ke sekolah mana pun tetapi jangan ketepikan al Quran. Alangkah baiknya jika Mustafa Kamal Attartuk menjadi seorang pemimpin seperti yang diimpikan bapanya DAN JUGA seorang tahfiz seperti yang diimpikan ibunya. Akhirnya hanya impian bapanya sahaja yang tercapai dan begitulah yang tercatat dalam sejarah.

Ikhlas dari,

p/s: Maaf sebab lambat reply

Lina Karim

Pengajaran Dari 3 Ibu - Siri 2

(3 ibu yang membesarkan anak dengan cita-cita yang sama tetapi realitinya 2 ibu mendidik anaknya hingga menjadi 2 tokoh yang mengharumkan nama Islam (Muhammad Al Fateh dan Imam Syafie) dan seorang ibu yang agak malang kerana impian untuk anaknya menjadi sebaliknya, (Mustafa Kamal Attartuk) hingga mayat anaknya tidak diterima bumi dan diletakkan di bangunan marmar hingga sekarang)

- EMAIL YANG UMMI TERIMA DRPD KENALAN UMMI

Jangan Memandang Quran Seperti Mustafa Kamal Attartuk - Siri 2

Sebelum kita ambil pengajaran dari ibu-ibu ini, saya ingin bercerita serba sedikit tentang Mustafa Kamal Attartuk. Saya menyentuh tentang beliau kerana saya rasakan dia begitu dekat dengan zaman kita. Meninggal pada tahun 1938 (zaman nenek atuk kita). Memang dekat jika dibandingkan dengan 2 tokoh lain yang zamannya terlampau jauh. Ibunya, Zubaidah Hanim, membesarkan dia sangat hampir dengan kebanyakkan ibu-ibu zaman sekarang membesarkan anak. Sebab itulah pentingnya kita mengkaji siapa Mustafa Kamal Attartuk ini dan kenapa dia jadi begitu sebagai pengajaran untuk kita dalam mendidik anak-anak kita. Mengapa Allah murka kepadanya hingga meninggalnya dalam keadaan tersiksa dan mayatnya tidak diterima bumi walaupun sudah beberapa kali cuba ditanam.

Mustafa Kamal Attartuk adalah antara orang yang sangat tidak bersetuju melihat orang membaca al Quran tetapi tidak faham makna. Baginya membaca al Quran tanpa kita mengetahui maknanya adalah seperti orang mabuk atau seperti orang gila! Maka beliau memerintahkan supaya semua Quran ditukar kepada bahasa Turki. Membacanya mesti dalam Bahasa Turki dan tidak ketinggalan, azan juga ditukar sama.

Sebenarnya bukan beliau sahaja yang beranggapan begitu. Ada ramai manusia diluar sana juga beranggapan yang sama. Cuma yang membezakan orang diluar sana adalah mereka bukanlah penguasa negara seperti Mustapha Kamal Attartuk yang boleh mengeluarkan perintah seperti itu. Saya sendiri pernah ditanya oleh seorang muslim.. kenapa al Quran tidak di buat seperti Bible yang dialih bahasa supaya kita faham membacanya dan tidak perlu tengok terjemahan. Juga tidak perlu belajar membaca al Quran (iqra).

Ingin saya ingatkan, Rasulullullah s.a.w mempunyai lebih dari 1000 mukjizat dan tiada satu pun yang tinggal untuk kita yang berada di zaman ini kecuali al Quran. Mukjizat al Quran itu adalah benar jika ia dibaca dalam bentuk asal. Adalah wajib kita belajar membacanya dengan betul dan bertajwid terlebih dahulu. Memahami makna al Quran kemudian pun tidak mengapa. Sebuah kajian yang dilakukan, seseorang yang tidak tahu apa maknanya "La haulawala quwataillah..." bila menyebutnya berulang kali, akan memberi satu tekanan pada mekanoreceptor yang terletak didalam mulut yang menyebabkan timbulnya rasa tenang kepada penyebutnya. Mulut mempunyai beberapa bahagian yang agak sensitif dan menyebut perkataan didalam al Quran dengan tekanan di lidah dengan betul (tajwid yang betul) akan mengeluarkan neural signal yang disalurkan ke otak.

Ia juga memberi kesan mengurangkan tekanan kepada jantung, baik mereka yang menghidap penyakit jantung. Kesan ini tidak terdapat di dalam mana-mana bahasa didunia yang mengeluarkan apa pun bentuk susunan perkataan mereka termasuk bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Pernah dengar kuasa bunyi (ultrasound) dalam bidang perubatan? Contohnya, doktor menggunakan ultrasound untuk memecahkan batu karang didalam buah pinggang tanpa pembedahan major. Ayat al Quran yang dibaca dengan betul, bila didengar akan mengeluarkan satu kuasa penyembuhan untuk tubuh. Membacanya memberi satu kesan, dan mendengarnya juga memberi satu kesan lain pada tubuh badan manusia. Saya akan kongsikan buku yang saya baca mengenai kajian ini di emel akan datang. InsyaAllah.

Janganlah kita memberatkan maknanya dahulu ketika mengajar anak-anak kecil membaca al Quran. Alif Lam Mim yang tidak kita tahu apa maknanya jika dibaca akan mendapat 30 pahala kerana Allah telah berjanji setiap huruf dibaca mempunyai 10 pahala. Kejarlah kesan kebaikkan membacanya dan pahalanya dahulu. Janji Allah, jika kita jaga kalam Allah, Allah akan jaga kita. Jika anak kita yang menjaganya, anak kita InsyaAllah akan terpelihara. Semoga anak kita terpelihara dari segala kerosakkan rohani ataupun kerosakkan jasmani. InsyaAllah, terlampau banyak terjemahan al Quran yang boleh dibaca di luar sana yang boleh dibacanya jika dia sudah boleh membaca nanti.

Pengajaran Dari 3 Ibu - Siri 1

(3 ibu yang membesarkan anak dengan cita-cita yang sama tetapi realitinya 2 ibu mendidik anaknya hingga menjadi 2 tokoh yang mengharumkan nama Islam (Muhammad Al Fateh dan Imam Syafie) dan seorang ibu yang agak malang kerana impian untuk anaknya menjadi sebaliknya, (Mustafa Kamal Attartuk) hingga mayat anaknya tidak diterima bumi dan diletakkan di bangunan marmar hingga sekarang)

- EMAIL YANG UMMI TERIMA DRPD KENALAN UMMI

Assalamualaikum Ummu Abrisam ,

Baru-baru ini, saya selesai membaca sebuah buku. Perangai saya yang tidak baik adalah jika saya sudah asyik dengan jalan cerita sebuah buku, saya akan susah untuk meletakkannya selagi ia tidak habis. Setiap kali saya terpaksa meletakkannya, kepala saya akan berfikir tentangnya sehingga saya memegang buku tersebut semula. Sebab itu saya sangat berhati-hati dengan bahan bacaan saya supaya ianya mestilah bermanfaat dan tidak hanya menghabiskan masa saya. Untuk pengetahuan Ummu, buku-buku yang telah saya baca dan saya fikir menarik, telah saya masukkan ke e-shop Islamic Parenting Network. Jemputlah jenguk buku-buku tersebut ya!. Buku terbaru yang saya baca adalah sebuah Novel bertajuk Mustapha Kamal Attartuk. Buku ini menyebabkan saya rasa sedih dan termenung sambil membuat perbandingan dengan buku-buku yang telah saya baca sebelumnya. Kesimpulan yang boleh saya buat adalah..

"3 nama iaitu Imam Shafie, Muhammad Al Fateh dan Kamal Attartuk mempunyai ibu yang kuat agama dan kuat beribadat. Ketiga-tiganya selalu berdoa untuk anak mereka dan selalu menyatakan harapan mereka kepada anak mereka supaya mereka menguasai al Quran. Tetapi kenapa 2 jadi kenyataan (Imam Syafie dan Muhammad Al Fateh) dan seorang lagi (Mustapha Kamal Attartuk) tidak? Malah dialah penghapus sistem kekhalifahan Islam di muka bumi, menukar azan, menghapuskan sekolah agama, menutup masjid dsb."

Sesiapa yang tidak tahu tentang 3 tokoh ini saya perkenalkan disini serba sedikit, Imam Syafie yang dimaksudkan adalah Imam Mazhab kita yang menghafal seluruh al Quran pada umur 9 tahun,Muhammad Al Fateh adalah penakluk Kota Konstantinopal yang diberitakan dalam hadis Rasulullah 800 tahun sebelumnya, dan Mustapha Kamal Attartuk adalah Presiden Turki yang pertama. Cita-cita ketiga-tiga ibu mereka ini adalah untuk melihat anak mereka menjadi penghafal al Quran namun saya telitikan banyak bezanya antara ibu-ibu yang berjaya dengan seorang ibu yang agak malang ini. Didalam setiap kejadian yang telah berlalu, memang Allah sematkan pengajarannya bagi orang yang berfikir dan mengambil pelajaran darinya. InsyaAllah saya akan kongsikan di emel yang akan datang. Namun saya ingatkan, bahawa sesuatu cerita, akan di nilai lain bagi orang yang berlainan. Maka, sama jugalah seperti buku ini. Saya mungkin menilainya lain dari Ummu. Jika saya membaca buku seseorang tokoh (seperti 3 tokoh diatas), saya sentiasa ingin menyelidik orang dibelakang tabir yang membentuk ketokohannya iaitu ibubapanya dan saudara serta kawan-kawan sekelilingnya. Penumpuan saya tidak fokus pada subjek yang dibincangkan. Maka jika ianya berlainan dari pendapat orang lain pada buku yang sama, ia adalah kerana sebab-sebab tersebut.

Bagi saya, membaca 3 buah buku ini adalah seolah membaca kisah berkisar cara mendidik anak dalam bentuk sebuah novel yang menarik dan terbukti hasil kisahnya dan bukan seperti membaca sebuah buku peraturan panduan mendidik anak yang biasa-biasa di pasaran. Saya pasti tentu ada sebab Allah mempertemukan saya dengan buku-buku ini. Alhamdulillah.. Semoga saya mengambil pengajaran daripadanya.

InsyaAllah kita akan berjumpa lagi di emel yang akan datang..

Thursday, March 29, 2012

Happy2 @ Taman Millinium..

Sabtu lepas main2 di Taman Millinium....

Menggunakan Deria Yang Sensitif Pada Bayi

(Email daripada kenalan ummi...untuk perkongsian bersama...moga bermanfaat)

Assalamualaikum Ummu Abrisam,
Indahnya Islam... Bayi lahir, bapa disuruh azan dan iqamat di telinganya. Deria pertama yang disuruh gunakan dalam Islam adalah pendengaran.
Bila dikaji oleh sains, mereka mendapati bahawa bayi mempunyai pendengaran yang tajam dan sensitif, ini mungkin kerana latihan dari dalam perut dimana dunia mereka gelap dan kemahiran mendengar sahaja yang boleh mereka gunapakai. Semua bayi mempunyai deria penglihatan yang kabur ketika lahir. Mereka tidak dapat melihat ibubapa mereka tetapi mereka mengenal suara mereka semasa mereka masih dalam kandungan lagi.

Jika kita ambil pengajaran daripada ini, Islam menggalakkan kita memperdengarkan dengan yang elok. Menggalakkan kita menggunakan dan mempergunakan deria pendengaran pada bayi itu dahulu.
Tetapi kita selalui tidak mahu memerhati. Kita hanya terhenti sehingga melaungkan azan dan iqamat sahaja ditelinganya. Bila bayi sudah sampai kerumah, ibu berpantang di bilik bersama bayi sambil melihat cerekarama/telenovela dll. Ingat! Telinga mereka sangat sensitif, jangan salahkan mereka jika bila dewasa mereka menyerap apa yang telah diperdengarkan kepada mereka sedari bayi. Pendedahan semasa kecil pada bayi dan kanak-kanak seolah-olah lukisan peta kehidupan yang akan dianggap biasa oleh kanak-kanak itu apabila mereka dewasa nanti.

Alangkah baiknya jika pendengarannya disajikan terus dengan ayat-ayat Alquran? Ayat Alquran yang dialunkan didalam rumah dimana bayi itu berada, bukan saja membersihkan aura bilik bayi itu berada, malah ia melindung dari bayi kita diganggu oleh syaitan. Sebagai bonus, ayat alquran yang diperdengarkan akan melekat dalam otak mereka. Menjadikan mereka senang untuk melagukannya bila agak besar sedikit. Ia bagai lagu mendodoikan anak yang akan diingat hingga mereka dewasa. 

Sebab itu bila orang bertanya pada saya, puan ada guna pelbagai produk, produk apa yang patut saya gunakan dulu? Adakah Flashcard? Sebelum saya menjawab, saya akan bertanya umur anak. Jika ia masih baru lahir guna CD Mengaji dahulu, Letak VCD atau flashcard depan mata dia pun, dia bukannya nampak.
Jika anak dah agak masuk zaman kanak-kanak, barulah boleh dua-dua sekali. Sambil melatih melihat flashcard, kita boleh perdengarkan mengaji diwaktu lainnya. Bila nak start menghafal, tak teruk mengajarnya. Kerja mengajar jadi mudah. Kita cuma betulkan sikit sana, sikit sini sahaja..

Apa pun, Sebelum mengajar anak, fahami peringkat umur mereka dan cara deria mereka bekerja kemudian susun aturkan sukatan pelajaran kita. Bunyinya macam serius bukan? Hehe..
Ikhlas dari,
Lina Karim

Al-Qurab Menyatu Dalam Darah & Daging Anak Kita

(Email drpd kenalan ummi...pembakar semangat buat ummi)

Assalamualaikum Ummu Abrisam,

Barat mempopularkan mengajar dari kecil sebagai 'Early Childhood Education'. Berbagai artikel ditulis oleh pakar yg punya nama 'Dr' didepan yang mengupas kebaikkan mendidik dari awal. Kemudian mereka mencipta pakej pendidikan yang dinamakan dengan pelbagai nama glamer dan dipromosikan secara meluas. Orang Islam pula menganggap mereka pencetus kepada idea 'Pendidikan Awal Kanak-Kanak' ini. Seolah-olah kita tidak pernah mendengarnya selama ini. Sehingga syllabus 'Diploma in Early Childhood Education' yang dianjurkan di Universiti dan Institusi Pengajian menjadi tempat menuntut ilmu tersebut dan semestinya ia mengarah ke Barat. Sedangkan jika kita mengetahui, Early Childhood Education yang diwar-warkan Barat itu sudah ada dalam budaya Islam beribu tahun yang lalu!

Jika kita rajin mengkaji kisah kisah orang Islam dahulu, kita tentu mengetahui tentang amalan mendidik anak-anak pada usia awal telah lama menjadi budaya mereka. Pada usia berapa mereka memulakan pada anak mereka? Sekadar memetik satu kisah... diceritakan Abu Asyim berkata: "Aku pergi membawa puteraku yang ketika itu usianya 2 tahun lebih menuju ke rumah Ibnu Juraij agar dapat belajar AlQuran dan Hadith darinya". Abu Ashim mengatakan lagi: "Adalah tidak mengapa jika seorang anak diajar Al Quran dan juga Hadith dalam usia seperti ini".

Zaman Islam ketika itu, ibubapa berlumba-lumba untuk mendidik anak mereka secepat mungkin dengan Al Quran kerana memegang akan hadis di bawah ini:

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan secara marfu' : "Siapa yang mempelajari al Quran ketika masih muda, maka alQuran itu menyatu dengan daging dan darahnya. Dan siapa yang mempelajarinya ketika dewasa, ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya, maka dia mendapatkannya pada hal dua kali". (Diriwayatkan oleh Baihaqi, Dailam dan Hakim).

Maka begitulah manfaatnya jika kita berusaha memasukkan al Quran ketika mereka masih kecil. Jika Al Quran sudah menyatu dalam darah daging anak-anak kita, hati, jiwa, tindakan dan perbuatan mereka semuanya tercetus kerana Allah. Maka terlindunglah mereka dari gejala sosial dan berbagai dosa dan maksiat di zaman yang semakin mencabar ini.

Jika ada ibubapa bercita-cita untuk menjadikan anak mereka penghafaz al Quran dan langkah menuju kearah cita-cita tersebut hanyalah dengan menunggu anak mereka mencapai umur yang sesuai untuk diserahkan/dimasukkan ke mana-mana sekolah Tahfiz, maka kesannya tidak sama. Saya pernah melawat sebuah sekolah tahfiz untuk bertanya tentang pendaftaran dan kebetulan ada seorang ibu ingin memasukkan anaknya ke sekolah tersebut kerana sudah tidak tahan dan tidak dapat mengawal anaknya yang terlalu liar. Samada anak kepada ibu tersebut diterima masuk atau tidak.. wallahua'lam. Jika diterima, tentu sekali mengajar al Quran kepada hati yang telah liar ini lebih sukar berbanding hati yang telah terdidik dengan Al Quran dari kecil.

Maka dengan coretan ini saya harap kita bersemangat dalam mendidik anak kita dengan Al Quran dan janganlah kita menjadi antara orang yang menunggu kemudian hari untuk perkara yang sepatutnya menjadi paling utama ini. Bermulalah segera..

Ikhlas dari,

Lina Karim

Syukur selalu..

At the time when I forgot to count my blessings, I met my son who are happy and content with simple things. Allah, guide and assist us in our hardship.

Monday, March 26, 2012

Hafiz Tidur....

Gambar ni baru je kak Nono masukkan dalam FB...memang lah anak ummi ni..kalau dah mengantuk tu...dimana2 pun boleh tido...duduk, berdiri semua pun boleh...ni kes boringlah ni..seorang2 je kat rumah pengasuh...tak de geng...

Bakso...

Ni projek sabtu lepas..makan mee bakso rumah kawan ummi....dua beradik ni kalau mee beri je..memang feveret...selera je...

Friday, March 23, 2012

Today...

Bukan main dua beradik ni dah ready... tapi Abrisam tak jadi school today coz tiba2 je kereta ummi meragam lagi...dia sendiri yang cadangkan tak perlu sekolah ...just ke rumah kak Nono je..

So just posing2 je lah ye...

Thursday, March 22, 2012

Bantu Aku Ya Allah...

Baru tadi ummi buka balik email-email daripada kenalan2 ummi yang Istiqamah mendidik anak dengan Al-Quran....Alhamdulillah...semangat datang balik !!!!... betullah bukan mudah actually nak didik anak Al-quran ni.. apa lagi diri sendiri pun tak hafal Al-quran....

Sudah beberapa minggu ummi hantar anak ummi belajar di BK.... tapi selalu je macam ada bisikan supaya ummi STOP kan Hafiz...sebab dia masih kecil !!!..walaupun ummi tahu ramai yang dah mula ajar anak dari dalam kandungan lagi ... ummi rasa membazir saja bayar yuran RM50.00 sedangkan Hafiz tak nak ikut pun apa yang di ajar oleh teacher di BK !!..walaupun ummi tahu Hafiz sedang memasang telinga...

Ummi sepatutnya kena sabar....baru je pemulaan...yang penting kita kena usaha...tak mampu nak ajar sendiri....hantar anak belajar pun usaha juga kan... yang penting anak-anak dari kecil dah terdedah dengan Al-Quran.... Moga Allah kuatkan semangat ummi...(maklumlah sekarang ni ummi tengah sarat...hujung minggu kalau boleh nak rehat2 je kat rumah..huhu)... banyak lah alasan kan !!!...huhu...

Abrisam ok...cuma banyak lah iklan kalau nak mula belajar ngaji tu...betul-betul lah menguji !! nasib baik teacher yang ajar tu sabar...

Selalu je ummi rasa nak tangguh dulu lah belajar ngaji ni... macam syok sendiri je...huhu.... walaupun ummi tahu tiada apa yang mustahil.. apalagi sekarang anak-anak ummi selalu je ulang balik apa yang ummi @ teacher ajar etc..baca zikir, iqra, tak kira di mana...boleh lagi sambil lompat Abrisam baca zikir..hehe...Hafiz pun ikut apa yang abangnya sebut... kiranya sekarang fokus ummi lebih kepada Abrisam sebab Hafiz lebih berminat ikut apa abangnya buat dan sebut !!!

Ummi pun kena banyak berdoa moga Allah mudahkan urusan, kuatkan hati, SABAR, membaca, belajar dan berhubung dengan ibu bapa yang sama matlamat untuk kembalikan semangat yang dulu berkobar2 nak anak hafal Al-quran kini selalu je memudar...

Astagfirullahalazim.... mujurlah tadi ummi buka email dan baca email yang kenalan ummi hantar ...semangat datang balik...Terima kasih Ya Allah...bantulah aku untuk terus istiqamah menjadikan anak hafal Al-quran..:

Kami harapUmmu Abrisam sekeluarga diberi kebahagian dan ketenangan hakiki dari Ilahi InsyaALLAH.

Kali ini, kami ingin berkongsi dengan Ummu Abrisam sikap sesetengah ibu bapa yang terkadang menangguh-nangguh untuk mendidik anak-anak dengan Al-Quran.

Kadang-kadang mungkin kerana keletihan, kesibukan dan pelbagai lagi tugas harian kita.
Tapi jangan..jangan...jangan... jangan kita biasakan diri menangguh sesuatu pekerjaan, tapi biasakan diri supaya berdisiplin menyiapkan sesuatu kerja pada masanya.

Malahan sifat suka menangguh-nangguh kerja juga adalah satu sifat yg dicela Islam.
Bersabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas (yang tercatat dalam Kitab Tanbihul Ghafilin - Peringatan bagi orang yang lalai:

Binasalah orang yang suka menangguh-nangguh kerja (termasuklah menangguhkan taubat)!
Dan juga, saya risau jika kita sering menangguh-nangguh untuk mendidik anak dengan Al-Quran, suatu hari nanti apabila anak itu sudah besar, suka bermain sahaja, tidak mahu belajar, kita akan menyesal dan berkata: "Kenapalah aku tidak mula mendidik anakku dengan Al-Quran sewaktu dia kecil dahulu??"

Berapa Ramaikah Yang Rasa Tidak Mampu Mendidik Anak (1)

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, kali ini kami sangat suka untuk berkongsi satu video muhasabah diri ibu bapa dalam mentarbiah anak-anak. Adakah kita sedang mencorak seorang penjenayah atau seorang ulama'?
Video yang kami maksudkan ialah video ini:
Berikut ialah sedikit konklusi yg telah kami catatkan dalam FB 3 Langkah Mudah Al-Quran:
Konklusi:
1- Komunikasi AYAH bersama anak sangat penting dlm mendidik anak2. LEBIH PENTING DARI SEORANG IBU!
2- Sangat tidak logik jika inginkan anak-anak tunaikan solat @ menghafal Al-Quran, tetapi tiada amalan sedemikian dalam rumah.
3- Ayat utk melembut hati anak-anak ialah surah Alam Nasyrah TAPI DENGAN SYARAT banyakkan usaha dan berdoa. Hanya membaca ayat penerang hati sahaja tidak dapat membuahkan hasil yg baik!
4- Jangan hanya mengarah. SENYUMLAH kepada anak-anak waktu sebelum mereka tidur, pada waktu mereka bangun tidur dan pada waktu tengahari.
5- Jangan jadikan rumah kita KUBUR! semua sibuk dengan hal masing2. Game, FB, TV!
Sila tonton video ini utk melengkapkan maklumat, ini hanyalah kesimpulan yg sangat ringkas!
Sama2lah kita berusaha untuk meningkatkan kualiti tarbiah anak2 dengan Al-Quran.
Sekian buat kali ini.
Ikhlas,

Amri Mohd. Nason, Aishah Hashimee & Lina Karim

Team Ebook 3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al-Quran

Berapa Ramaikah Yang Rasa Tidak Mampu Mendidik Anak

(Lagi email pembakar semangat untuk ummi.... Ya Allah bantulah aku..kadang2 letih sangat melayan kerenah anak...malas pun sering menyelit..huhu...)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Ummu Abrisam,

Pertama sekali saya memohon maaf jika saya meninggalkan Ummu Abrisam dalam keadaan stress apabila memikirkan tentang TIADA MASA pada surat yang lepas. Saya doakan supaya ALLAH berikan ketenangan dan menjauhkan Ummu Abrisam daripada penyakit stress. Amin...

InsyaALLAH kali ini saya berkongsi satu tips bagaimana saya menangani dilema tiada masa dan rasa TIDAK MAMPU MENDIDIK ANAK DENGAN AL-QURAN.

Tips ini jugalah yang saya pakai guna selama membesarkan dua orang anak ini.

Terus terang saya katakan, saya tidak pernah menyangka bahawa saya mampu mendidik anak sampai ke tahap sepeti mana yang Ummu Abrisam lihat di dalam video di dalam website ini: islamicparentingnetwork.net/ pages/ebook.php . Saya rasa tak ada masa. Saya terlalu sibuk.

Tapi, apa yang saya lakukan bila otak saya penat merencana jadual kerja seharian saya bila terjaga dari tidur ialah:

1- Saya kata kepada otak saya : STOP . (boleh gila kalau terus fikir)
2- Saya bersihkan diri, ambil wuduk dan tunaikan Solat Tahhajud, Solat Hajat dan Solat Witir. Dan saya panjatkan doa supaya DIA membantu saya dalam menangani stress mendidik anak-anak.

YA! saya lemah dan tidak mampu. Saya perlu kuasa dan pertolongan dari YANG MAMPU! dan saya YAKIN 'DIA' akan berikan pertolongan kepada saya kerana DIA TELAH BERJANJI!

((Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. )) - Surah al-Baqarah, ayat: 186

Saya percaya mesti ramai diantara kita yang bangun sebelum subuh kerana banyak tugasan yang perlu diselesaikan.

Jadi berilah 5 minit (sekurang-kurangnya) untuk 'mengadu' kepada ALLAH, dan InsyaALLAH Ummu Abrisam rasa 'kuasa ajaib' yang membantu. INsyaALAH.

Saya juga yakin, jika di amalkan tips ini. InsyaALLAH Ummu Abrisam mampu mendidik anak dengan baik. INSYAALLAH.

Terima kasih saya ucapkan kepada Ummu Abrisam kerana sudi meluangkan masa membaca emel ini.
Saya percaya kata-kata yang terbit ikhlas dari hati, InsyaALLAH akan mudah diserap masuk oleh hati pembaca.

Assalamualaikum

Ikhlas,

Amri Mohd. Nason, Aishah Hashimee & Lina Karim

Team Ebook 3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al-Quran

Kuatkan Azam, Banyak Doa

Bismilahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Ummu Abrisam.

Kami doakan semoga dalam rahmat ALLAH.

Jika Ummu Abrisam sudah menonton video ini http://youtu.be/O_3B0muEB4A
tentu terfikir-fikir, adakah anak Ummu Abrisam juga mampu melakukan sedemikian pada usia 3 tahun??

Kali ini saya ingin kongsikan antara gelagat Abdul Rahman menghafal Surah Al-Fatihah ketika baru berusia SETAHUN SETENGAH.

Ketika itu saya tidak menyangka dia akan dapat menghafal AL-quran dengan baik apabila berumur 3 tahun.

Mungkin Ummu Abrisam akan gelak besar bila melihat keletah video Abdul Rahman menghafal ketika usia setahun setengah

( http://youtu.be/b5dcWzR04Dg ), namun itulah realitinya:

1- Kanak-kanak sangat suka bermain.
2- Kanak-kanak tak boleh duduk diam.
3- Kanak-kanak tak boleh beri perhatian.

Kerana itulah kaedah yang digunakan untuk mendidik kanak-kanak menghafal AL-Quran dalam ebook ini tidak langsung mengganggu dan membunuh masa bermain kanak-kanak. Yang penting ibu bapa perlu terus cekal berusaha mendidik anak-anak menghafal AL-Quran.

Kami doakan semoga ALLAH permudahkan urusan dalam mendidik anak-anak Ummu Abrisam dengan AL-Quran.

Ikhlas,

Amri Mohd. Nason & Aishah Hashimee

Penulis bersama 'Ebook 3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al-Quran'

==========================

Jangan Tangguh, Takut Nanti Anda Menyesal

(Email yang ummi dapat daripada rakan ummi.... pembakar semangat ummi untuk didik anak ummi Al-quran dari kecil...tiba2 je rasa malas nak antar ke BK...huhu...pas baca email ni semangat balik)

Assalamualaikum Ummu Abrisam,

Kami harap Ummu Abrisam sekeluarga diberi kebahagian dan ketenangan hakiki dari Ilahi InsyaALLAH.
Kali ini, kami ingin berkongsi dengan Ummu Abrisam sikap sesetengah ibu bapa yang terkadang menangguh-nangguh untuk mendidik anak-anak dengan Al-Quran.
Kadang-kadang mungkin kerana keletihan, kesibukan dan pelbagai lagi tugas harian kita.

Tapi jangan..jangan...jangan... jangan kita biasakan diri menangguh sesuatu pekerjaan, tapi biasakan diri supaya berdisiplin menyiapkan sesuatu kerja pada masanya.

Malahan sifat suka menangguh-nangguh kerja juga adalah satu sifat yg dicela Islam.
Bersabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas (yang tercatat dalam Kitab Tanbihul Ghafilin - Peringatan bagi orang yang lalai:

Binasalah orang yang suka menangguh-nangguh kerja (termasuklah menangguhkan taubat)!

Dan juga, saya risau jika kita sering menangguh-nangguh untuk mendidik anak dengan Al-Quran, suatu hari nanti apabila anak itu sudah besar, suka bermain sahaja, tidak mahu belajar, kita akan menyesal dan berkata: "Kenapalah aku tidak mula mendidik anakku dengan Al-Quran sewaktu dia kecil dahulu??"
Ketika itu, sesalan sudah tidak memberi apa-apa faedah kerana masa mustahil dapat diputar kembali di alam realiti ini.

Jom. Mulakan mendidik anak dengan AL-Quran dari sekarang. Boleh kan?
Boleh INsyaALLAH!
Kami doakan semoga ALLAH memudahkan urusan Ummu Abrisam dalam mendidik anak InsyaALLAH
Ikhlas,

Ustaz Amri Mohd. Nason & Ustazah Aishah Hashimee

Wednesday, March 21, 2012

Ketika Allah Menjadikan Wanita

Ketika Allah Menjadikan Wanita ......

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak; Dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan; Bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

Tuesday, March 20, 2012

Pengasuh Pertama

Abrisam with kak Nana & kak Wani ...

Ni gambar Abrisam masa baby....di jaga oleh udak Emy... masa ummi masih bekerja di Miri...

Hafiz & Muslim

Budak berdua ni happy je main kalau tak ada ganguan...daripada abang Abrisam dan kak Husna lah...geng keras ni...

Gaya Tidur...

Alahai anak ummi...penat sangat ke?...ni semua gambar yg di post oleh kak Nono.. lucu juga lah si Hafiz ni....tidur sambil berdiri...hehe

My sons..

Tak de mood kat office hari ini... kesian Hafiz..(ummi masih terkenang adegan di rumah pagi tadi)... ummi 'marah'kan Hafiz....huhuhu...cian anak ummi.... dia belum faham apa2... masih kecil lagi...tak patut ummi marahkan dia...ummi yang kena belajar tingkatkan kesabaran... tak boleh lah ikut emosi...

Hafiz...i'm sorry sayang...i miss u...petang ni ummi manja2kan Hafiz ok....luv..luv

Hafiz...Hafiz...

Hari ini ummi masuk office dengan perasaan bercampur baur....DOWN sangat... sedih juga...!!!... ummi rasa bersalah sangat dengan buah hati ummi Hafiz... hampir-hampir hilang sabar ummi di buatnya pagi tadi....Astagfirullahalazim.....

SABAR....SABAR...berulang kali ummi ingatkan diri...supaya tahan dan sabar dengan kerenah anak ummi yang seorang ini... RAGAM menjadi-jadi sejak kebelakangan ini....MANJA... CONGEK... stress ummi di buatnya... hingga tahap ummi tidak tahan melayan kerenah anak ummi sendiri !!!!!! ..Astagfirullahalazim.....

Hafiz sentiasa minta di dukung... dengan kandungan ummi yang makin membesar..huhu... tak larat rasanya...penat sangat...selain itu dia nak sentiasa bersenang lenang dengan ummi....nak ummi peluk-peluk dia selalu sambil landing di katil....bijak anak ummi..nak ummi rehat... kalau sekejap tu dapatlah sayang.... tapi ummi kena solat...masak...kemas rumah lagi...mana lah dapat ummi nak menurut sangat kehendak anak ummi tu...

Ummi selalu mengingatkan diri....Hafiz baru 2 tahun lebih...belum faham sangatpun ... nak marah pun tak guna..bukan dia reti pun...dia cuma nak ummi manja2kan dia...almaklum... ummi kan keja..tinggalkan dia berjam-jam lamanya dengan pengasuh... salahkan masa ummi balik keja dia nak bermanja?????..... kesian anak ummi....dia belum pun faham....kerja-kerja rumah yang lain yang perlu ummi settlekan...

Mode :..tak sabar nak balik rumah..nak peluk cium anak ummi...i'm sorry sayang.... i love u so much...

Friday, March 16, 2012

27 Weeks Pregnant

Hari ni dah dua kali muntah...huhuhu..ingatkan dah kandungan besar tak de lagi yang muntah... masih jugak rupanya...

Sehingga hari ni pun jantina baby masih jadi tanda tanya..... ummi tak kisah sangatlah bab jantina ni..rezeki....yang penting baby ummi sihat dan selamat.... malas lah nak scan..biar surprise kan... so far belum ada beli barang baby...tadi just beli 2 set kain angry bird untuk buat cadar dan sarung bantal.... ummi pilih warna hijau dan piech.....

Rasa mudah sangat letih sekarang ni..kalau ikut nak je bermalas-malasan...tapi mana lah dapat.. ada dua budak nak layan tu...tak dapat layan sangat malas tu.... kena rajin.... hehe...

Bulan Bintang Ummi....

Gambar happy2 ummi dan anak bujang ummi....Enjoy !!!

Tuesday, March 6, 2012

Kenapa ummi kerja?

Semalam odw balik rumah...Abrisam tanya kenapa ummi kerja?...terkedu ummi di buatnya.. kesian anak ummi....

So ummi jawablah..nak cari duit untuk beli susu abang dan adik?....so dia tanya lagi kenapa?... so ummi cakaplah supaya abang dan adik tidak lapar...

Ingatkan dah selesailah hal ni petang semalam..pagi tadi Abrisam tanya lagi... soalan ni betul-betul buat ummi rasa bersalah... moga anak ummi akan faham kenapa ummi pelu bekerja..

My Hafiz...

Hari ini Hafiz dah masuk 2 tahun 2 hari....Syukur Alhamdulillah....Allah masih bagi pinjam untuk ummi menumpang kasih...bermanja-manja...

Entah kenapa lah Hafiz ni sekarang betul-betul MANJA.... sentiasa nak ummi ada di sisi... malam-malam hari masa ummi sibuk kemas rumah dia nak ummi landing sebelahnya... alahai... memang tak dapat buat keja lain lah...kadang tu stress juga ummi di buatnya.. tapi perasaan SEDIH lagi banyak...kesian anak ummi....mungkin rasa kurang kasih sayang kot... ye lah siang kat rumah pengasuh...malam pulak ummi sibuk...dia nak bermanja-manja.... bangun pagi kalau ummi tak de di sisi ...mesti jerit-jerit ...Ummi..ummi... sambil menangis...huhu

Sekarang ni tiap pagi nangis ikut ummi pergi kerja.... kesian anak ummi....sabar sayang.... rasa bersalah sangat ngan anak ummi ni....

Orang kata...Hafiz meragam sebab ummi tengah mengandung... kan budak ni kaya dengan perasaan...mungkin dia dapat rasakan tidak lama lagi perhatian ummi lebih pada baby... tu yang dia nak bermanja-manja sebelum baby lahir...

Jom Mamam

Ni lah cara makan dua beradik ni...memang makan guna talam... ada masa makan dengan aman ada masa rebut2 juga ok... tapi memang makan sendiri lah...jarang2 ummi suap..bukan ummi tak nak suap...tapi mereka nak makan sendiri....

Dua beradik ni memang suka makan mee...tak kiralah mee hoon, kuning,lee fah... terutama mee goreng....

Monday, March 5, 2012

Kisah Hari Ini...

Hari ni cuti-cuti untuk anak2 ummi...pagi tadi entah apa angin kereta padam..nasib baik masih dalam kawasan perumahan...sudahnya kereta parking tepi jalan..then balik rumah jalan kaki... so sempatlah posing2...hehe

(Note : Hafiz 2 tahun 1 hari)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...