Thursday, March 22, 2012

Jangan Tangguh, Takut Nanti Anda Menyesal

(Email yang ummi dapat daripada rakan ummi.... pembakar semangat ummi untuk didik anak ummi Al-quran dari kecil...tiba2 je rasa malas nak antar ke BK...huhu...pas baca email ni semangat balik)


Assalamualaikum Ummu Abrisam,

Kami harap Ummu Abrisam sekeluarga diberi kebahagian dan ketenangan hakiki dari Ilahi InsyaALLAH.
Kali ini, kami ingin berkongsi dengan Ummu Abrisam sikap sesetengah ibu bapa yang terkadang menangguh-nangguh untuk mendidik anak-anak dengan Al-Quran.
Kadang-kadang mungkin kerana keletihan, kesibukan dan pelbagai lagi tugas harian kita.

Tapi jangan..jangan...jangan... jangan kita biasakan diri menangguh sesuatu pekerjaan, tapi biasakan diri supaya berdisiplin menyiapkan sesuatu kerja pada masanya.

Malahan sifat suka menangguh-nangguh kerja juga adalah satu sifat yg dicela Islam.
Bersabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas (yang tercatat dalam Kitab Tanbihul Ghafilin - Peringatan bagi orang yang lalai:

Binasalah orang yang suka menangguh-nangguh kerja (termasuklah menangguhkan taubat)!

Dan juga, saya risau jika kita sering menangguh-nangguh untuk mendidik anak dengan Al-Quran, suatu hari nanti apabila anak itu sudah besar, suka bermain sahaja, tidak mahu belajar, kita akan menyesal dan berkata: "Kenapalah aku tidak mula mendidik anakku dengan Al-Quran sewaktu dia kecil dahulu??"
Ketika itu, sesalan sudah tidak memberi apa-apa faedah kerana masa mustahil dapat diputar kembali di alam realiti ini.

Jom. Mulakan mendidik anak dengan AL-Quran dari sekarang. Boleh kan?
Boleh INsyaALLAH!
Kami doakan semoga ALLAH memudahkan urusan Ummu Abrisam dalam mendidik anak InsyaALLAH
Ikhlas,

Ustaz Amri Mohd. Nason & Ustazah Aishah Hashimee

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...