Thursday, March 22, 2012

Berapa Ramaikah Yang Rasa Tidak Mampu Mendidik Anak (1)

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, kali ini kami sangat suka untuk berkongsi satu video muhasabah diri ibu bapa dalam mentarbiah anak-anak. Adakah kita sedang mencorak seorang penjenayah atau seorang ulama'?
Video yang kami maksudkan ialah video ini:
Berikut ialah sedikit konklusi yg telah kami catatkan dalam FB 3 Langkah Mudah Al-Quran:
Konklusi:
1- Komunikasi AYAH bersama anak sangat penting dlm mendidik anak2. LEBIH PENTING DARI SEORANG IBU!
2- Sangat tidak logik jika inginkan anak-anak tunaikan solat @ menghafal Al-Quran, tetapi tiada amalan sedemikian dalam rumah.
3- Ayat utk melembut hati anak-anak ialah surah Alam Nasyrah TAPI DENGAN SYARAT banyakkan usaha dan berdoa. Hanya membaca ayat penerang hati sahaja tidak dapat membuahkan hasil yg baik!
4- Jangan hanya mengarah. SENYUMLAH kepada anak-anak waktu sebelum mereka tidur, pada waktu mereka bangun tidur dan pada waktu tengahari.
5- Jangan jadikan rumah kita KUBUR! semua sibuk dengan hal masing2. Game, FB, TV!
Sila tonton video ini utk melengkapkan maklumat, ini hanyalah kesimpulan yg sangat ringkas!
Sama2lah kita berusaha untuk meningkatkan kualiti tarbiah anak2 dengan Al-Quran.
Sekian buat kali ini.
Ikhlas,

Amri Mohd. Nason, Aishah Hashimee & Lina Karim

Team Ebook 3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al-Quran

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...