Thursday, March 22, 2012

Berapa Ramaikah Yang Rasa Tidak Mampu Mendidik Anak

(Lagi email pembakar semangat untuk ummi.... Ya Allah bantulah aku..kadang2 letih sangat melayan kerenah anak...malas pun sering menyelit..huhu...)


Bismillahirrahmanirrahim.



Assalamualaikum Ummu Abrisam,

Pertama sekali saya memohon maaf jika saya meninggalkan Ummu Abrisam dalam keadaan stress apabila memikirkan tentang TIADA MASA pada surat yang lepas. Saya doakan supaya ALLAH berikan ketenangan dan menjauhkan Ummu Abrisam daripada penyakit stress. Amin...

InsyaALLAH kali ini saya berkongsi satu tips bagaimana saya menangani dilema tiada masa dan rasa TIDAK MAMPU MENDIDIK ANAK DENGAN AL-QURAN.

Tips ini jugalah yang saya pakai guna selama membesarkan dua orang anak ini.

Terus terang saya katakan, saya tidak pernah menyangka bahawa saya mampu mendidik anak sampai ke tahap sepeti mana yang Ummu Abrisam lihat di dalam video di dalam website ini: islamicparentingnetwork.net/ pages/ebook.php . Saya rasa tak ada masa. Saya terlalu sibuk.

Tapi, apa yang saya lakukan bila otak saya penat merencana jadual kerja seharian saya bila terjaga dari tidur ialah:


1- Saya kata kepada otak saya : STOP . (boleh gila kalau terus fikir)
2- Saya bersihkan diri, ambil wuduk dan tunaikan Solat Tahhajud, Solat Hajat dan Solat Witir. Dan saya panjatkan doa supaya DIA membantu saya dalam menangani stress mendidik anak-anak.

YA! saya lemah dan tidak mampu. Saya perlu kuasa dan pertolongan dari YANG MAMPU! dan saya YAKIN 'DIA' akan berikan pertolongan kepada saya kerana DIA TELAH BERJANJI!



((Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. )) - Surah al-Baqarah, ayat: 186



Saya percaya mesti ramai diantara kita yang bangun sebelum subuh kerana banyak tugasan yang perlu diselesaikan.

Jadi berilah 5 minit (sekurang-kurangnya) untuk 'mengadu' kepada ALLAH, dan InsyaALLAH Ummu Abrisam rasa 'kuasa ajaib' yang membantu. INsyaALAH.

Saya juga yakin, jika di amalkan tips ini. InsyaALLAH Ummu Abrisam mampu mendidik anak dengan baik. INSYAALLAH.

Terima kasih saya ucapkan kepada Ummu Abrisam kerana sudi meluangkan masa membaca emel ini.
Saya percaya kata-kata yang terbit ikhlas dari hati, InsyaALLAH akan mudah diserap masuk oleh hati pembaca.

Assalamualaikum

Ikhlas,

Amri Mohd. Nason, Aishah Hashimee & Lina Karim

Team Ebook 3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al-Quran

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...