Thursday, March 17, 2011

Cara Menangani Anak Yang Nakal...

Sumber : Anakku soleh

Pada hujung minggu yang lalu, saya telah bertemu dengan lebih daripada 10 orang kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun, pada waktu yang berbeza, dan di tempat yang berbeza. Saya bermain dengan mereka, berbual dengan mereka, membaca dengan mereka, kerana saya sayang mereka dan ingin belajar sesuatu daripada mereka.

Maha besar kuasa Allah swt yang telah menjadikan mereka sebagai asbab untuk saya mendapatkan pelbagai ilmu dan idea baru, terutamanya dalam ilmu pendidikan anak-anak. Allahuakbar :)

Daripada pemerhatian saya yang masih cetek ilmu ini, saya dapati bahawa sifat anak-anak pada usia bawah 6 tahun sangat-sangat dipengaruhi oleh apa yang dilihat dan didengar pada setiap hari.

Ini bermaksud, seorang anak itu boleh menjadi baik kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang baik yang dijumpainya pada setiap hari.

Begitu juga sebaliknya. Seorang anak itu boleh menjadi nakal kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang ‘kurang’ baik yang dijumpainya pada setiap hari.

Oleh itu, satu cara untuk menangani anak-anak yang nakal ialah dengan menjauhkan anak ini daripada individu-individu yang memberikan pengaruh negatif kepada sifatnya. Semakin lama anak nakal ini bersama dengan individu tersebut, maka semakin banyaklah sifat negatif orang itu yang akan diserap ke dalam dirinya.

Dan satu berita yang pernah saya dengar daripada seorang alim, setiap sifat yang terbentuk dalam diri anak-anak pada usia 0-6 tahun akan dibawa seumur hidupnya. Fakta ini bukan sahaja kajian daripada Barat. Malah ia turut diakui dalam Islam. Sebab itu, pendidikan yang betul di peringkat umur ini sangat penting dan tidak harus diabaikan sama sekali.

Jadi, apakah tindakan yang harus dilakukan?

Langkah #1: Periksa siapakah orang-orang yang biasanya dijumpai oleh anak-anak ini pada setiap hari.

Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah tersebut (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh), adakah terdapat orang-orang yang membawa unsur negatif ini.

Jika ada, seboleh-bolehnya usahakan untuk mencari tempat pengasuhan yang lain kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Biar bersusah hari ini untuk mencari pengasuh yang baik, daripada kita menangis di kemudian hari kerana anak tidak mahu menjadi baik.

Langkah #2: Ubah cara pendekatan anda dengan anak-anak ini.

Asasnya, anak-anak banyak sekali mencontohi dan meniru sifat ibubapa. Sekiranya ibubapa telah memberikan sifat negatif (secara sedar atau pun tidak), maka ibubapa tidak ada pilihan lain melainkan membuat sedikit inisiatif untuk BERUBAH.

Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras. Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibubapa memarahi mereka, maka semakin kuat lah pemberontakan mereka.

Anak-anak pada usia ini tidak “makan” dengan cara seperti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk beberapa ketika sahaja. Tetapi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yang berpanjangan di dalam diri mereka.

Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak, dakap anak, peluk anak, cium anak, sayang anak, dudukkan anak di atas pangkuan, dan berilah nasihat secara HIKMAH. Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat tadi adalah salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.

Takutkan mereka dengan azab Allah dan gembirakan mereka dengan ganjaran yang Allah sediakan untuk anak-anak yang soleh. InsyaAllah, bila mendengar cerita-cerita syurga, anak-anak akan lebih teruja untuk melakukan lebih banyak kebaikan.

Apabila mereka lakukan kebaikan, walaupun tidak sempurna, (contohnya: anak mahu lap air yang tumpah, tetapi cara lap nya menyebabkan air semakin berselerak), ibubapa MESTI tunjukkan penghargaan. Apabila pujian diberikan, pasti anak akan gembira untuk melakukan perkara yang baik lagi di masa akan datang.

Ibubapa bukan sahaja perlu mendekati anak-anak sewaktu mereka melakukan kesalahan sahaja, sebaliknya, carilah peluang untuk membuat pelbagai aktiviti bersama anak-anak. Seperti bermain, membaca, mewarna dan sebagainya. Anak-anak pada usia ini sangat suka apabila ada orang dewasa menyertai aktiviti mereka, kerana mereka mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk belajar apa sahaja perkara baru daripada orang dewasa.

Apabila ibubapa rapat dengan anak-anak, maka kerja untuk mendidik akhlak dan sifat yang terpuji di dalam diri anak-anak menjadi lebih mudah. Anak pada usia ini akan taat dan hormat kepada orang yang banyak menunjukkan keprihatinan kepada mereka.

Untuk menghasilkan sifat yang terpuji dalam diri anak-anak, ibubapa perlu sentiasa menunjukkan sifat yang terpuji di hadapan mereka.

Jika mahu anak mematuhi perintah Allah, ibubapa perlu patuhi perintah Allah terlebih dahulu.

Jika mahu anak taat kepada ibubapa, ibu perlu taat pada perintah bapa dahulu.

Jika mahu anak pandai ucap terima kasih, ibu dan bapa perlu selalu ucap terima kasih kepada mereka dan sesiapa sahaja.

Jika mahu anak mengeluarkan kata-kata yang sopan, ibu dan bapa perlu berkata perkataan yang baik sahaja di hadapan mereka atau sesiapa sahaja.

Jika mahu anak-anak meminta maaf selepas melakukan kesalahan, ibu dan bapa perlu selalu saling meminta maaf sesama mereka dan tidak salah jika ibubapa meminta maaf kepada anak-anak juga.

Bila ibubapa mula menunjukkan sifat yang baik, sedikit demi sedikit anak akan menirunya dan sifatnya akan mula berubah. Kalau bukan hari ini, mungkin esok.Kalau bukan esok, mungkin lusa.Dan kalau bukan lusa, mungkin minggu depan atau bulan depan atau tahun depan.

Yang penting, terus lakukannya dengan istiqamah dan terus panjatkan doa kepada Allah swt dengan keyakinan yang kuat bahawa suatu hari nanti pasti anak ku akan berubah.

Yakinlah wahai ibubapa, setiap ciuman yang diberikan kepada anak dan sekelumit kesabaran dalam mendidik mereka, mempunyai NILAI yang sangat besar di sisi Allah swt.

Semoga Berjaya! :)

Kesilapan Mendidik Anak

(sekadar perkongsian....tak ingat dapat dr mana..)

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung.

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar

* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)

* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)

* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak.

Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah

* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)

* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)

* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib(menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :

* menakutkan anak-anak dengan sekolah

* menakutkan dengan tempat gelap

* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau

* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak

* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif

* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).

* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)

* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka

.Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :

Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.

Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.

Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.

Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak

Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.

Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.

Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

9 Fadhilat Mengasihi Anak-anak

Sekadar perkongsian...moga kita semua dapat manfaat

http://anakkusoleh.com/

Subhanallah!! Sayangnya Allah swt kepada kita..

Dia bukan sahaja kurniakan kita dengan anak-anak..

Bahkan, jika kita sayang pada anak-anak yg diberikan oleh Allah swt ini pun, Dia akan berikan kita pahala..

  1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
  2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
  3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
  4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
  5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
  6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
  7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
  9. Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Senangnya nak buat pahala, kan? Jom buat pahala banyak-banyak!! Semoga Allah swt memberikan kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkan dan menyampaikan ilmu ini kepada orang lain.

Wallahua’lam

NAIK ANGIN....

Kemas sekejap je....

Ada juga time tertentu ummi akan naik angin ngan budak berdua ni....ye lah.... ummi ni manusia biasa juga kan....bukan sentiasa je MOOD baik ok....ada time tu angin jadi tak ok juga... so far masa naik angin tu...tak de lah kejadian tak diingini berlaku...minta lah Allah lindungi anak-anak ummi.... hehe

Ye lah.....kadang tu betul-betul lah menguji kesabaran nak handle budak yang baru nak expose semua benda....

Dengan rumah yang sentiasa bertaburan dengan barang mainan.... barang yang tempat dah elok... di pindahkan.... dengan sudu dan pinggan yang kadang tu ummi jumpa di merata tempat... dengan lantai rumah yang di penuhi bedak...huhu...

Kadang tu valume suara ummi pun meningkat....tapi kalau kenang balik... anak ni kena didik dengan lembut, penuh kasih sayang ....dan sesekali boleh juga bertegas...bukan dengan cara yang KASAR...ummi cepat-cepat Istigfar... lagipun dalam usia anak-anak ummi yang baru 2 thn lebih dan setahun lebih.... belum lah 'faham' sangat dengan teguran....apalagi arahan...

Lagipun ummi jenis.....kalau dah terkasar sikit dengan anak....akan rasa kesal sepanjang zaman... kesian sangat tengok muka anak....walaupun tak de niat pun nak kasar... nak ajar katakan.. hehe.. satu hari di office perasaan bersalah tu akan menghantui...KESAL sangat.... selalu juga ummi minta maaf kalau dah terkasar...walaupun anak ummi belum faham...

Harap suatu hari nanti....Abisam,Hafiz dan adik-adik akan faham lah perkara ini.... tak pernah terniat di hati ummi nak kasar-kasar dengan anak-anak ni....tapi yelah ummi ni manusia biasa... kadang tu luar kawalan juga....


Bila Abi Outstation....

* Ni lah budak yang masih baby...tapi sibuk nak pegang stering..


*Entah apa yang Abrisam buat tu...


Semalam abi outstation ke KL....kalau boleh actually ummi ni paling tak suka lah kalau abi oustation.... tapi apa nak buat....dah kerja.... bukan suka-suka...bukan ummi tak biasa berdikari...

Apa yang buat ummi risau tiap kali abi outstation ialah bab nak handle my active boys semasa dalam kereta on the way ke rumah pengasuh.... bukan stail ummi drive sambil pangku anak... BAHAYA ok...walaupun rumah kita dengan rumah pengasuh tak jauh..dan kereta pun tak tak banyak..bukan juga laluan yang sibut...but still jalan raya utama...

Abrisam ok...cuma yang buat ummi tak suka...tangan dia tak boleh nak stop... tekan segala benda yang dapat di tekan... aircond, radio etc....tu yang kadang terganggu juga lah kosentrasi ummi masa drive....

Yang si Hafiz ni pulak....dah tak nak duduk kat baby sit.... apa yang dapat ummi buat bagi dia berdiri di sebelah tempat duduk pemandu....Abrisam akan duduk tempat yang sama.... kadang tu dia cool juga....badan pun maintain je berdiri...tapi kadang tu angin dia tak ok... asyik ngek...ngek...je...nak ummi pangku.... huhuhu

Kalau kat rumah tu tak de lah masalah sangat...ummi akan biarkan saja mereka berdua buat apa yang mereka nak....Abrisam memang macam biasa..akan panjat segala benda yang dapat di panjat.... Hafiz akan main sendiri...apa yang ummi buat..cuma pastikan keselamatan terjaga... tak bermain benda2 tajam etc... keadaan rumah tak payah cakaplah... memang macam tongkang pecah....

Ummi berstatus 'Ibu'





Tarikh keramat 27.10.2008....adalah satu tarikh yang tidak mungkin akan ummi lupakan untuk selama-lamanya.... kerana tarikh itu juga lah buat pertama kalinya ummi menjadi seorang ibu... tidak tergambar perasaan ketika itu....

Hari ini sudah 2 tahun 4 bulan 2 minggu dan 4 hari....ummi bergelar ibu...Alhamdulillah... puji-pujian bagi Allah.... memberi ummi peluang memegang amanah ini...

Moga ummi akan sentiasa menjadi ibu yang baik di mata anak-anak ummi... Moga Allah sentiasa memberi ummi petunjuk dalam ummi mendidik anak-anak ummi...hingga mereka semua cermerlang dunia dan lebih-lebih lagi akhirat..

Tuesday, March 15, 2011

Timbang Hafiz

10.03.11 - masa bawa Hafiz gi Poly timbang dah 8.8 kg (1 tahun 6 hari)....last timbang 8.02.11 8.5kg... naik sikit lah...

Hafiz 1st Birthday Party











Alhamdulillah...hasrat ummi nak buat makan2 sedikit khas untuk kawan2 rapat (memandangkan rumah tempat kita tinggal agak kecil ....) tak ramai yang dapat di jemput.. Majlis tu di buat pada 12 March 2011 ( Hafiz dah 1 tahun 10 hari)..

Syukur majlis berjalan dengan lancar... Walaupun mood birthday boy tak berapa ok... maybe mengantuk...coz bangun dalam jam 5.30 am.. then beberapa kali ummi cuba nak bagi tido..tapi pakcik ni tak nak tido...kejap je bangun...main...

Majlis start jam 3.00pm ++...masa tu memang lah dah mengantuk...

Friday, March 4, 2011

My darling sons...



Alhamdulillah anak ummi Abrisam dah 2 years,4 months & 5 days old today.... pada mata ummi Abrisam anak yang cepat belajar...tapi agak manja juga.... mudah sangat menangis... cepat juga merajuk...

Sekarang ni, dia suka sangat bertanya.... Semua nak tahu...... dia dah dapat kenal lion,tiger,cat,chicken,hippo,yu,fish,zebra,gorilla,rabbit dan banyak lagi lah... kagum juga melihat dia cepat sangat 'tangkap'... kalau dia tanya tu, kadang ummi saja nak uji.... selepas beberapa hari ummi tanya balik... Ni apa?... selalunya dia akan jawab dengan betul... Abi memang rajin belikan buku-buku bergambar untuk Abrisam..

Selain tu, dia juga suka ikut apa yang di dengar... contoh kalau dengar lagu Maher Zain... dia akan cuba ikut...

"Inca Alla.....Inca Alla..."

" Inca Alla... ada jalan..."

Ada satu iklan dalam TV ....iklan Anmum...setiap kali selepas iklan tu...Abrisam akan dapatkan ummi dan ucap...' tima kasih ibu"....

Antara ummi dan abi...Abrisam akan lebih mudah terasa hati apabila 'di tegur' oleh Abi... mudah ambil hati...

Paling ummi suka, kalau Abrisam cakap... "anak ummi, anak abi,cucu nenek,cucu atok.... sayang ummi,sayang abi, sayang Hafiz..."sejuk sangat hati ummi..

Lagi satu, Abrisam ni dah pandai nak bergaya, pilih sendiri baju yang nak di guna..esp. masa pagi nak ke rumah pengasuh.... beberapa kali juga lah 'berselisih' pendapat dengan ummi.... yelah... pagi kita berebut nak ke office lagi, nak hantar mereka lagi, yang pakcik sorang ni sibuk memilih !!!.. mesti nak guna seluar jeans,slack,kemeja dan T shirt colar atau T shirt biasa...

Kalau dengan Hafiz tu, ikut angin, kejap baik, kejap naik juga lah tangan tu.. biasalah kan...


Bercerita tentang Hafiz pulak... dia ni masih lah juga baby ummi yang cranky,clingy,whiny and fussy...kadang ceria ..kadang tak ceria... baby yang sihat dan kuat sangan menyusu... kalau ada ummi tu, nak bergayut je...

Hafiz ni pandai juga bawa diri...etc main sorang-sorang....paling pantang kalau ada barang kat tangan yang abang nya nak rampas... confirm nangis, siap hentak-hentak kaki... kalau tak pun akan 'lawan'.. rampas balik...

Kalau abi @ ummi pangku....kadang Abrisam nak duduk sekali....Hafiz akan tolak.. tak nak share ngan abang.... kadang tu abang tak lah kisah sangat nak share.. budak kecik sorang ni tak nak !!

Sekarang ni dah pandai lah jalan...tapi belum stabil sangat..selalu jatuh.. lepas beberapa langkah jatuh!!...

Dah tunjuk minat pada buku...tapi tahu tunjuk-tunjuk je..hehe

We should be proud... of our kids walaupun pencapaian mereka banyak atau sikit sekalipun kan.

Happy Birthday Hafiz..

Happy birthday sayang.....1 Tahun sudah...Moga jadi anak yang soleh ..cemerlang dunia lebih-lebih lagi Akhirat.... Umi,Abi & Abang LOVE u so much...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...