Friday, May 27, 2011

Keyakinan Anak


Lagi perkongsian daripada Puan Lina, agak berguna sebagai tips bagi para ibu didik anak yakin berdepan dengan orang ramai..

Salam Ummi Abri ,

Sekadar untuk berkongsi... pada 6 Mac 2011 yang lepas, saya menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Surau Ihsaniah, Kondo Rakyat, Pantai Dalam Kuala Lumpur. Saya menghadirkan diri kerana dijemput oleh pihak pengurusan surau. Sebelum ini saya agak berat hati untuk menghadiri mana-mana jemputan kerana tidak mahu sangat untuk dikenali orang. Namun, kali ini saya terbuka hati kerana saya ingin mendapatkan sesuatu untuk anak saya yang kedua, Darwish yang tidak pernah membaca di khalayak ramai.

Memang yang dijemput untuk membaca hafazan adalah Darwisya. Namun, saya mengambil kesempatan memohon izin kepada pihak pengurusan surau untuk membenarkan Darwish membaca dahulu, kemudian barulah Darwisya.

Alhamdulillah, ia menjadi icebreaker platform untuk Darwish, yang usianya baru sahaja genap 3 tahun pada Khamis minggu yang sama. Sewaktu namanya dipanggil, dia tidak berfikir 2 kali untuk ke depan. Yakin dan tidak takut untuk memegang mikrofon dan membacakan hafazannya. Sehingga sepatutnya menyebut auzubilah dulu pun dia terlupa! Walaupun pendek bacaannya tetapi pengalaman dia untuk kedepan itu yang paling berharga. Sekadar untuk berkongsi, Darwisya memulakan pengalaman pertamanya ketika dia berusia 3 tahun 2 bulan.

Apa yang saya ingin sampaikan disini adalah keyakinan diri pada kanak-kanak bergantung kepada kita sebagai ibu bapa untuk memupuknya. Malu/preserve dan yakin diri tidak boleh wujud serentak dalam diri kanak-kanak. Anak yang selalu dipukul, didera, dimarah/tengking, dijegil akan selalu berasa rendah diri. Jangan salah faham... marah dibolehkan asalkan tidak melampaui batasnya.

Dalam memberi pendidikan pada anak-anak, kita tidak boleh terlampau fokus untuk mendapatkan pencapaian yang telah kita tetapkan sendiri. Konsisten dalam mendisiplinkan anak-anak perlu diiringi dengan kasih sayang sepenuhnya pada mereka, InsyaAllah akan mengeluarkan potensi diri dan perasaan yakin pada mereka.

Dengan kata yang lebih praktikalnya, jangan bercakap dengan anak sambil menaip komputer atau membaca surat khabar, pandanglah mata mereka seolah-olah kita mendengar dan memberi perhatian sepenuhnya kepada mereka. Dan untuk mendisiplinkan mereka, lakukanlah secara konsisten. Jika tidak boleh hari ini, esok lusa dan selamanya pun jangan di bagi boleh (kecuali ada sebab yang rasional yang membolehkannya). Kerana mereka akan keliru dalam memahami kita nanti.

Ikhlas dari,

Lina Karim

www.islamicparentingnetwork.com

www.darwishndarwisya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...