Saturday, May 21, 2011

Keluar Rumah

Semasa ummi update blog ni, Hafiz tengah tidur, manakala Abrisam sibuk main di luar rumah, sekarang ni susah sangat nak larang Abrisam, suka sangat nak main kat luar rumah. Boring kot perap dalam rumah je, lagipun kalau kat rumah pengasuh, petang-petang memang main kat luar rumah, kalau kat rumah pengasuh tu lain cerita lah, ramai yang tengok-tengokkan

Ummi bukan apa, tak berapa berani nak biarkan Abrisam main kat bawah tu, takut dia main kat jalan, kereta dan motosikal lalu-lalang, walaupun tempat tinggal kita boleh di kategorikan selamat juga lah, tapi ummi tetap perlu berhati-hati sebelum apa-apa kemungkinan tidak diingini berlaku

Kadang tu kesian juga ummi tengok Abrisam di landa keboringan, apalagi time si Hafiz tidur, Abrisam ni bukan jenis yang minat tengok tv pun, tengok kejap-kejap je, dia minat main kat luar, kira memang suka alam semulajadilah, minat pegang tanah gitu

Insya Allah, kalau dah besar sikit, bolehlah ummi bagi main kat luar, sekarang ni masih belum boleh di harap jaga keselamatan diri sendiri pun
llLLL

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...