Monday, May 30, 2011

Saya Tak Tahu Macam Mana Nak Ajar Anak

LAGI PERKONGSIAN....TAK INGAT COPY PASTE DARI MANA....

Pernahkah anda rasakan sesuatu seperti ini..?

Kita telah buat macam-macam untuk anak kita..Kita telah buat segala petua dan tips yang ustaz ustazah beri. Apa yang telah dinasihatkan oleh Dato Fazilah Khamsah, semuanya kita dah buat. Pendek kata, kita telah mencuba, membuat dan melakukan semuanya sebaik mungkin.

Tapi, nampak gaya..anak kita tetap sama. Tak ada tanda-tanda macam nak berubah. Adakalanya, kesabaran mula hilang. Geram pun ada.. Dan di kala kesunyian, adakalanya kita rasa sedih yang teramat sangat bila mengenangkan perkara ini.

“Saya tak tahu macam mana nak ajar anak..“

Itulah yang pernah saya rasakan. Dan sehingga detik saya menulis artikel ini pun, saya masih merasakan perkara itu…

Saya mengaku, yang saya pernah menangis seorang diri kerana mengenangkan diri saya, apa yang telah saya lakukan dan ajarkan terhadap anak saya, dan bila saya berfikir kembali..rupa-rupanya, saya memang tak tahu macam mana nak ajar anak.

Saya menangis, merintih, dan merayu pada Allah swt mengenangkan kejahilan diri sendiri. Saya berdoa kepada Allah,

“Ya Allah, sememangnya Engkaulah yang Maha Berkuasa. Aku betul-betul tak tahu macam mana nak ajar anak. Kau tolonglah ajarkan mereka ya Allah. Kau mudahkanlah urusan aku dalam mendidik anak-anak. Sesungguhnya bukan aku yag dapat beri ilmu dan kepandaian kepada anak-anakku. Akan tetapi, Engkau lah sahaja yg boleh memberi ilmu dan kepandaian kepada mereka. Ya Allah, kasihanilah kami. Berikanlah hidayah buat kami…Aamin ”

Percayalah bahawa…Setiap perkataan yang kita keluarkan di hadapan anak, setiap perbuatan yang kita tunjukkan di hadapan anak-anak, setiap ilham dan idea yang datang untuk mendidik anak, semuanya datang daripada Allah swt.

Sebagaimana saya menulis di dalam blog ini, tiada satu tulisan pun yang datangnya datang daripada idea saya sendiri. Semua ilham ini datangnya daripada Allah swt. Saya menulis bukan kerana saya pandai mendidik anak. Tetapi, saya menulis kerana saya mahu belajar dan pandai mendidik anak.

Seorang sahabat saya telah beritahu. Jika kita teringin sangat-sangat untuk dapatkan satu sifat, caranya ialah; kita ceritakan, cakapkan, dakwahkan kelebihan sifat itu sebanyak-banyaknya kepada orang lain. Maka insyaAllah, Allah swt akan kasihan kepada kita dan Dia akan berikan kita sifat yang kita mahukan itu.

Maka, antara sebab itulah saya selalu menulis tentang fadhilat dan kelebihan mendidik anak-anak dengan cara yang disukai Allah, kerana saya sendiri belum dapat sifat itu, dan saya benar-benar mahukannya. Saya selalu ceritakan dan ber-muzakarah dengan suami saya, dan saya juga akan ceritakan dengan sesiapa sahaja yang saya jumpa.

Sekiranya sahabat-sahabat juga mahukan sifat yang sama atau apa sahaja sifat yang baik, mungkin sahabat-sahabat juga boleh mencuba tips di atas.

InsyaAllah, ada kejayaannya :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...