Monday, May 23, 2011

Hafiz & Hafizah 2

Gambar Hafiz & Nenek - Majlis Akikah Hafiz (5.06.2010) - 3 Month Old



Alhamdulillah, dengan Izin Allah... ibu2 sekarang semakin 'canggih'..dan up to date... semuanya ada di alam maya... semakin ramai ibu-ibu yang berkongsi ilmu melalui alam maya ni....syukur sangat2 ummi dapat mengenali ibu-ibu hebat ni walaupun cuma di alam maya... tak kisahlah kan...yang penting ILMU yang di kongsi tu sampai...

Dalam banyak-banyak perkongsian tu, ummi PALING terkesan dengan blog Puan Lina.... salute sangat cara beliau didik anak yang baru 2-3 tahun dah hafal beberapa surah ....sehingga 30 juz....

Cuma agak kecewa sedikit, kenapalah ummi lambat sangat TERJUMPA blog beliau...apapun ummi tetap bersyukur....walaupun terkilan kerana tidak bermula dari baby...(seperti yang di lakukan Puan Lina) ....

Sebelum ini bukan langsung tidak ada pendedahan pada anak-anak ummi, seringkali juga ummi perdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-quran...tapi tidaklah secara Istiqamah... Insya Allah selepas ni kena lipat gandakan usaha ke arah menjadikan anak-anak ummi Hafiz & Hafizah...

Selepas membaca apa yang di kongsi oleh Puan Lina, persepsi ummi terus berubah.... selama ini SEMANGAT ummi je yang lebih..tapi usaha kurang....bukan tak nak usaha tau... tapi tak tau nak mula dari mana....(ummi percaya ramai ibu2 yang tak ada pendedahan berfikiran yang sama)..

Tambahan pula, tak ada pun keluarga yang Hafiz ni..... anak2 kawan ada...tapi semua pun hantar anak ke pusat tahfiz after anak khatam Al -Quran...

Selama ini ummi hanya bercita-cita nak hantar Abrisam dan Hafiz di sekolah agama... dalam usia 5 tahun (INSYA ALLAH)....dan bercita-cita nak mula ajar mengaji hanya selepas anak-anak ummi boleh bercakap dengan FASIH @ LANCAR .... ternyata ummi silap...kerana by the time anak ummi dah FASIH @ LANCAR bercakap...mungkin ketika itu usia anak ummi dah 5 @ 6 @ 7 tahun...

Kalau mengikut perancangan ummi, hanya selepas itu, baru nak stat baca Muqadam....nak belajar IQRA dan mungkin ambil beberapa tahun baru KHATAM satu Al -Quran, dan hanya selepas itu, baru ummi bercadang nak hantar anak ummi di kelas TAHFIZ.. untuk mulakan proses mengHAFAL Al- Quran...by the time mungkin anak-anak ummi dah belasan tahun...

Huhu.... ALHAMDULILLAH....Allah buka jalan untuk ummi dengan menemukan ummi blog Puan Lina....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...