Sunday, May 22, 2011

Sabar Dengan Anak


Sekadar gambar hiasan

Sedikit petikan yang ummi dapat daripada http://saifulislam.com/32 amat berguna untuk ibu atau bapa ambil pengajaran dalam berhadapan dengan anak-anak terutama dalam situasi yang mungkin kurang menyenangkan (etc penat, marah)-ditambah lagi dengan situasi anak-anak yang sering bergaduh, sepahkan rumah, berebut barang dan 1000 macam kerenah anak yang kadang2 sangat menguji KESABARAN, moga kisah di bawah beri manfaat pada kita semua ;

Ingatlah kita kepada cerita Stephen Covey tentang anak dan isterinya?

Ketika Covey sampai di pintu rumah, dia diterpa anak kecilnya sambil berkata, “daddy, I am a hardworking man”

Sandra, isterinya berkata, “tadi semasa saya baru balik kerja, anak kita ini sedang menaburkan bekas-bekas makanan kotor di atas lantai. Kemudian disimbahnya dengan air”

Oh, itu pengalaman kita semua. Balik kerja, penat-penat, sakit-sakit, tiba-tiba anak buat hal. Apa reaksi anda? Bagaimana reaksi Sandra?

“Saya tahan sabar. Saya tanya anak kita kenapa dia buat begitu?”, kata Sandra.

“Apa katanya?”, tanya Stephen.

“Saya nak tolong emak!”, jawab si anak.

Ya, si anak menyepahkan pinggan mangkuk dengan niat mahu MEMBANTU EMAK.

Bayangkan jika Sadra menampar si anak tadi, apakah pelajaran yang anaknya perolehi?

Hatinya akan berkata, “kalau nak tolong emak, nanti kena tampar!”

Jangan terkejut jika anak kita akhirnya membesar berat tulang, berat punggung. Kita yang mengajarnya dulu. Jika mahu menolong emak, habuannya penampar!

Apa kata Sandra?

“Oh begitu, kenapa tak basuh di sinki?”, tanya Sandra kepada anaknya.

“Tak sampai”, kata si anak kecil.

“Baiklah, lepas ini kalau kamu nak tolong emak, beritahu dahulu, ok? Emak akan ambilkan bangku dan kamu basuh di sinki, boleh?”, pujuk Sandra.

“Boleh”, jawab di anak.

“Bagus, you are a hardworking man”, puji si ibu yang proaktif.

Stephen Covey membuat kesimpulan, “dalam situasi seperti itu, prioritinya bukanlah lantai dapur yang bersih, tetapi anak yang ,mendapat pelajaran yang betul.

Bagaimana Sandra boleh menyabarkan diri untuk menjadi proaktif, tidak melatah dan bertindak melulu mengikut rangsangan? Sandra mengamalkan apa yang kita orang Islam namakan sebagai SABAR!

Sabar itu adalah butang PAUSE untuk kita berupaya berhenti sejenak dan berfikir apakah tindakan paling tepat yang kita patut buat.

Sabar bukan sentiasa menjadikan diri sebagai mangsa. Sabar adalah upaya untuk bertindak tepat kerana ada penapis yang menapis persekitaran.

Tidakkah Nabi SAW sudah mengajar kita tentang hal ini?

“Bukanlah gagah itu, pada orang yang kuat bergusti. Akan tetapi yang gagah itu adalah orang yang menguasai dirinya ketika marah!”

Ya, proaktif adalah simbol kegagahan seorang Mukmin semata. Ia bukan topik motivasi, ia sifat Mukmin yang mesti dibaja.

SUMBER SABAR

Bagaimana untuk sabar? Dari mana sumber sabar?

Dan bersabarlah kamu. Dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan Allah [Al-Nahl 16: 127]

Ya, sumber sabar adalah dengan Allah.

Hiduplah dalam meletakkan setiap asas perbuatan pada kesedaran diri terhadap Allah, dari situlah terbitnya sabar. Tiada proaktif tanpa Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...