Tuesday, November 27, 2012

Apa Patut Anda Lakukan Jika Anak Dirampas Mainannya atau DiKasari Kawan-kawannya

by Prof. Dr. Rozieta Shaary on Tuesday, September 20, 2011 at 2:25pm ·
'When you are a parent, it is like having your heart out of your body'
'Bila anda menjadi ibu atau bapa, hati anda seolah-olah berada di luar badan anda'

Begitulah dirasakan oleh setiap ibu bapa. Sedih dan pilu rasanya bila anak kita disakiti oleh sesiapa pun. Namun, jika yang menyakitkannya itu adalah sama 'bingung'  seperti dia dan masih kecil, tidak sampai hati pula kita hendak memarahinya. Apa tah lagi jika ibu bapanya langung tidak bersungguh-sungguh menghentikan dan mengajar anaknya yang menyakiti anak kita itu. Hendak ditegur kuatir putus persahabatan atau kita tidak mahu disangka berkira. Namun, sakit anak itu memang kita rasa dan pedihnya, tuhan yang tahu. Oleh itu apakah yang boleh kita lakukan?

Sebenarnya, bila anak kecil kita melalui perkara seperti ini, apa yang paling dia rasai ialah dia hilang keberanian dan tidak dikasihi. Oleh itu, ada anak-anak yang akan menangis, ada yang menjadi takut dan ada yang belajar mempertahankan dirinya dengan menjadi pembuli pula.

Langkah yang ibu bapa boleh lakukan ialah ambil anak kecilnya itu dari tempat itu dan belai dan usap dia dan katakan yang dia adalah seorang anak yang baik. Dia dikasihi dan anda sebenarnya sedih melihat orang menyakitinya. Dan anda tidak memarahi kawannya itu sebab dia masih belum faham dan itu adalah tugas ibu bapa kawannya itu. Anda beritahu kepadanya bahawa tugas anda adalah memberi dia faham dan rasa kasih sayang anda.

Mungkin ada yang menyangka, boleh ke bercakap seperti itu dengan anak yang masih kecil dibawah setahun. Jawapannya, ya. Anak yang di bawah setahun lebih memahami anda kerana mereka tidak berkomunikasi dengan perkataan tetapi intipati perasaan - essence. Bila mereka merasa essence kasih sayang anda dalam cara anda menangani masalah itu, mereka rasa dikasih dan cukup. Inilah yang membentuk hormat diri mereka. Bial anda hanya memendam rasa marah anda bila melihat dia dikasari, perasaan marah yang anda rasakan kepada kawannya itu mungkin disalah fahami olehnya sebagai marah kepada dia. Maka dia merasakan dia tidak cukup untuk dikasihi. Pelikkah? Tapi itulah hakikatnya.

Saya bukan bercakap di atas angin. Ini adalah apa yang saya lakukan kepada setiap anak-anak saya. Alhamdulillah, anak-anak saya tidak pernah menjadi perampas mainana kawan atau membuli kawan. Malah, sehingga kini, saya melihat mereka yang telah besar panjang, senantiasa menghormati kawan-kawan mereka dan selalu menolong kawan-kawan mereka serta tidak mudah dipengaruhi oleh salah faham kawan-kawan mereka. mereka tidak terjerat dengan peer pressure. Alhamdulillah.

Baru-baru ini saya mendapat satu lagi bukti bahawa cara ini berkesan apabila perkara yang sama berlaku kepada cucu saya Az-Zahraa. Dia disakiti dan dirampas mainannya oleh seorang budak lelaki. Selepas itu perangainya menjadi agak sensitif dan suka meragam. Ibunya lalu mengusapnya dan memberitahu betapa dia sebagai ibu berasa sakit bila melihat perkara itu berlaku. Dia tidak memarahi budak itu demi menjaga hati ibu kepada budak itu. Namun, dia menyatakan betapa dia kasih akan Az-Zahraa dan memberitahunya betapa sakitnya hatinya bagai dihiris bila Az-Zahraa disakiti begitu. Namun, sebagai seorang yang lebih tabah, Az-Zahraa mesti belajar memaafkan kawannya kerana itu lebih mulia. Serta dia mengingatkan Az-Zahraa berkali-kali betapa istimewanya Az-Zahraa kepadanya. Selepas diterangkan begitu, cucu saya itu tidak meragam lagi dan berkelalakuan tenang dan baik.

Setiap anak mahu diberitahu bahawa dia itu cukup dan layak dikasih. They are enough as they are and are loved as who they are.

Semoga pembaca semua dapat merasakan betapa pentingnya ilmu keibubapaan ini diraih sebanyak mungkin. There is more to parenting then meet the eye. Saya doakan anda akan berjaya membesarkan anak-anak yang diamanahkan oleh Allah kepada anda dengan baik. Salam kasih saya kepada semua.

Sila kongsikan penulisan ini kepada kawan-kawan anda jika anda rasa ianya bermunafaat. jemput mereka ke laman ini dan join komuniti kita ini.

Seperkara lagi sila dapatkan ebook percuma anda mengenai parenting jika anda belum melakukannya lagi.

Bagi yang telah bertanya soalan, harap bersabar, saya akan usaha menjawab soalan anda dan saya mengucapkan ribuan terima kasih.

Oh, saya hampir terlupa, jika anda mempunyai tadika atau mempunyai kawan yang mengendalikan tadika dan ingin saya datang berkongsi ilmu, sila hubungi saya di messageislove@gmail.com. InsyaAllah, kita akan fikirkan bagaimana ilmu ini boleh disebar dengan lebih luas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...