Tuesday, November 27, 2012

Tips Mengurangkan Marah2 Kpd Anak2.

by Prof. Dr. Rozieta Shaary on Thursday, May 26, 2011 at 10:56am 
 
 
Salam Kasih Semua,

Anak-anak adalah permata hati kita. Kita mahukan mereka membesar dengan penuh kasih sayang. Dalam masa yang sama, membesarkan anak-anak yang masih kecil, apatah lagi jika bukan seorang tetapi lebih dalam masa yang sama, memang mencabar. Kerana mereka tersangat aktif.

Saya masih teringat akan semasa saya merupakan ibu muda, memang saya sangat banyak memarahi anak-anak saya pada ketika itu. Kebanyakan masanya adalah kerana kekecewaan diri saya terhadap diri sendiri. Dan saya lepaskan tenaga kekecewaan itu kepada anak-anak saya. Selepas itu saya akan menyesal dan menambah rasa 'tidak bergunanya' saya sebagai seorang itu.

Semasa empat anak pertama saya, saya adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Saya gagal menamatkan pelajaran saya di England dan pulang dgn tangan kosong. Kegagalan itu memakan hati saya dan membuahkan kemarahan dan kekecewaan di dalam diri saya. Saya gagal di dalam peperiksaan sy kerana saya mahu menjadi ibu sepenuh masa kepada anak-anak saya. Panjang ceritanya.

Suatu hari saya tersedar apa yang sedang saya lakukan kepada anak-anak saya dan apakah kesannya perbuatan saya kepada keyakinan diri dan kepercayaan mereka kepada dunia. Maka saya berazam untuk berubah. Apa yang saya lakukan adalah;

1) Saya bilang berapa kali saya marah2 di dalam satu hari. Saya catit. Pada ketika itu jumlahnya 53 kali.
2) kemudian saya berazam untuk mengurangkan 1 kali untuk hari seterusnya dan seterusnya sehinggalah sedar2 saya tidak lagi memarahi mereka. Mungkin cuma sekali-sekala sahaja bila sgt2 memerlukan. Namun, itu pun dibuat dengan penuh berhemah.
3) Menyakini diri bahawa saya seorang ibu yang baik. Saya katakan kepada diri saya setiap kali.
4) Memaafkan diri saya jika saya termarah mereka tidak berpatutan.
5) Saya juga meminta maaf kpd mereka dan memberitahu mereka bahawa saya sedang berusaha memperbaiki diri saya.
6) Bila saya mahu memarahi mereka kerana tidak sabar, saya membilang sehingga 10. Ini membantu untuk saya tidak mengikut perasaan pd ketika itu dan dapat mengambil langkah yang betul.
7) Ini adalah langkah yang PALING PENTING dan MUJARAB - Berdoa dengan brsungguh-sungguh untuk diberikan kesabaran dan kebijaksanaan mendidik dan membesarkan anak-anak.

Perkara yang saya kongsikan ini telah banyak membantu saya dalam mengatasi perangai cepat marah-marah saya.
Saya juga telah banyak berkongsi akan banyak lagi perkara mengenai keibupaan ini di dalam buku-buku saya.

Saya berharap ibu-ibu muda yang mengalami cabaran seperti ini tidaklah mengutuk diri lagi. ketahuilah anda seorang yang istimewa dan hebat dan anak-anak itu telah memilih anda menjadi ibu mereka kerana andalah yang terbaik untuk mereka. Apa yang kita boleh lakukan ialah menambahbaik diri kita setiap hari dengan menambah ilmu dan skil keibubapaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...