Wednesday, November 28, 2012

Jika Anak Suka Memukul...

Anak-anak kecil dibawah 4 tahun sekarang ini sudah suka memukul jika tidak mendapat apa yang mereka hendak. Fenomena ini semakin banyak terjadi di sekeliling kita. Dua daripada cucu ibu juga tidak terkecuali. Apa hendak dibuat?

Pertama - Elakkan menyangka mereka itu biadap. Jangan kata pun perkataan itu dan jangan fikir pun.


Kedua - Beritahu bahawa memukul orang lain sebab tidak dapat sesuatu barang itu tidak baik. Ia salah. Ia adalah akhlak yang tidak baik.


Ketiga - Terus
kan mengingatkan, walaupun bagai mencurah air ke daun keladi. Cakap juga dan sabar juga.

Keempat - Bila dia hendak memukul, tangkap tangannya dan sebut lagi dan beritahu dia Allah jadikan tangan dia untuk perkara yang baik dan bukan memukul orang lain bila tidak dapat apa yang dikehendaki.


Kelima - Jika berterusan, bila dia hendak memukul, angkat dia dan letakkan di suatu sudut dan suruh dia jangan tinggalkan sudut itu sehingga dia berhenti memukul.


Keenam - Jangan sekali-kali putus asa. Anak itu dilahirkan dari benih yang baik. Dia akan jadi baik. Ini cuma sementara, semasa dia belum bijak mengawal EQnya.


Setiap kali, anda perlu banyak beristigfar dan ambil masa bila dia sudah tenang untuk menerangkan kepadanya akan buruknya kesan perbuatan itu. Anda gunakan waktu tidurnya untuk membisikkan dan memprogramkan minda dibawah sedarnya akan akhlak mulia. Banyakan membaca surah Toha ayat 1-5. Ayat inilah yang melembutkan hati Saidina Umar r.a apabila dia mahu membunuh adiknya yang baru memeluk agama Islam.


Mengapa zaman sekarang anak-anak kecil begitu ragamnya? kerana mereka ini adalah generasi yang kental hati dan kuat semangat serta tidak mahu kekalahan. Yakinlah ada kebaikan di dalam trait ini. Cuma sebagai ibu bapa kita mesti pandai mengadunnya, menguleknya, membendungnya, supaya semangat tidak patah, perangai dan akhlak tetap mulia.

Ketujuh - bila anak itu dipukul oleh kawan atau sepupu dan dia menangis sakit dan sedih, gunakan masa itu untuk membentuk EQnya. Bawa perhatian dia kepada apa yang dia rasa sekarang dan apa yang budak itu lakukan
kepada dia. Masa itu terangkan, begitulah orang yang dia pukul rasa. Ini akan membantu dia faham agar tidak mengasari orang lagi. This is EQ development.
Namun, jangan pulang paku buah keras dgn mengatakan contohnya - ha, sekarang baru tahu macamana mama sakit bila along pukul mama. Padan muka! Ini tidak akan meningkatkan EQnya. Ini hanya mengajar dia berdendam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...