Tuesday, November 27, 2012

MENGAPA ANAK DEGIL

by Prof. Dr. Rozieta Shaary on Wednesday, June 15, 2011 at 12:21pm ·
Mengapa anak-anak tidak mahu mendengar cakap -sambungan?. Apakah sebenarnya yang terjadi  di dalam diri kita semasa komunikasi berlaku?

Bersama ini saya sertakan sebuah gambarajah yg memberi kiasan apa yang berlaku bila dua orang berkomunikasi. Kiasan ini bertajuk " The Map Is Not The Territory".- " Peta bukanlah Kawasan ".

Apa yang seseorang itu nampak, tidak semestinya sama dengan seseorang yang lain.walaupun mrk bercakap mengenai benda yang sama. Malah, tidak ada seorang pun yang nampak 100% sama dengan orang lain. Ini adalah kerana apabila kita melihat atau mengalami sesuatu, samada benda atau kejadian, sebelum ianya ditafsirkan, ia perlu melalui' filter' di dalam diri kita. Filter ini pula sangat dipengaruhi oleh pengalaman, usia, didikan kita, agama dan pelbagai lagi. Setiap seorang mempunyai filter yang berbeza. Itulah sebabnya tidak ada seorang pun yang melihat  atau mengalami sama 100% sesuatu perkara itu.

Oleh itu, mungkin anda bercakap dengan anak anda mengenai pentingnya tidur cepat. Itu adalah peta/perspektif anda. Anak anda yg mendengar perspektif anda, dia juga mempunyai peta/perspektif dia. Namun, perkara yang sebenar tentang tidur cepat itu sendiri adalah lebih daripada apa yang anda sendiri mengetahui.

Tugas kita adalah untuk membantu anak-anak kita serta kita untuk melihat perkara itu secara yang paling sama yang boleh kita capai. Ini akan membantu kita untuk mencapai kepersafahaman. Oleh itu sebagai seorang ibu atau bapa yang bijak, kita tidak memaksa untuk anak-anak kita untuk mengambil 'peta' yang kita ada tentang sesuatu perkara itu. Kita 'sell the idea'. Maka jadilah salesman or sales woman yang hebat kepada anak-anak kita. Namun, dalam masa yang sama ambil kira juga peta mereka.

Bersama ini disertakan gambar kiasan apa yang berlaku semasa komunikasi berlaku.


Apa yang seorang itu lihat tidak sama dgn seorang yg lain

Berbincang dan bertolak ansur membawa kebijaksanaan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...