Tuesday, November 27, 2012

Tips Kurangkan Anak-anak Berkelahi

by Prof. Dr. Rozieta Shaary on Friday, June 3, 2011 at 12:13pm ·



Memang memeningkan kepala bila anak-anak berkelahi. Apa tah lagi jika perlu menjadi referee. Penat betul! Inilah yang sering menjadi kita cepat naik darah dan marah-marah.

Anak-anak berkelahi kerana berbagai sebab;
1-    Rasa kurang disayangi. Oleh itu mungkin timbul dengki
2-    Sering disbanding-bandingkan dengan sesaorang. Oleh itu dia mungkin
‘ retaliate’ atau memberontak. Lantaran berkelahi dengan orang yang dibanding tadi.
3-    Sering menyaksikan perkelahian. Oleh itu menyangka itulah caranya berinteraksi di dalam keluarga itu.
4-    Sekadar mahu mengekpresi perasaannya.

Walau apapun sebabnya, persoalannya bagaimana hendak membuat mereka kurang berkelahi. Disertakan beberapa tips.
1-    Sering luahkan perasaan kasih anda kepada anak-anak dan biar nampak sama rata.
2-    Berhenti membanding-bandingkan mereka. Setiap anak ada keistimewaannya. Apa yang hendak kita nampakkan ialah keistimewaan mereka. Bila mereka merasakan mereka dikasih, mereka akan kurang melakukan perkara yang menjengkelkan. Namun, dalam bab ini juga ada perkara yang perlu kita timbangkan. Jangan pula demi untuk menunjuk sayang, kita membenarkan anak-anak memperkudakan kita.
3-    Jika boleh elakkan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. Mereka pasti akan mengikutnya.
4-    Jika mereka sekadar mahu didengari dan mahu mengekpresi diri,  berilah telinga anda dan dengar luahan hati mereka. Jika mereka merasakan mereka diberi perhatian, maka kuranglah mereka hendak bertekak.
5-    Bila mereka baik dan tidak berkelahi, puji mereka dan katakan anda suka perangai mereka yang seperti itu.
6-    Bila anak-anak sedang hangat berkelahi, leraikan dan usap kepala mereka sambil membaca ayat Al-Quran atau doa.
7-    Semasa mereka tidur, bisikan ke telinga mereka, bahawa mereka suka bermain dan bersama adik-beradik baik-baik. Jangan pula kata, ‘Jangan kelahi selalu’. Kata kuncinya kelahi- katakan; “ Kamu suka berbaik-baik sesama adik-beradik. Kamu sayang adik-beradik.” Ini adalah memprogram minda di bawah sedar mereka.

Selamat mencuba! Klik pada butang SHARE untuk menyebarkan ilmu ini kepada orang lain :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...