Monday, November 19, 2012

Muhasabah Diri

Zaharuddin.net
Ramai yang 'stress' dalam proses mencari kebahagian & kejayaan di dunia. Namun mereka LANGSUNG TIDAK 'STRESS' memikirkan persediaan untuk kematian & akhirat yang pasti.

Sedang, tempoh di dunia itu pendek, di akhirat itu terlalu panjang.

Ramai yang tertekan dengan kerjaya & duit kurang di dunia, namun mereka tiada tertekan dengan kurangnya amalan soleh & pahala untuk membantu di akhirat.

Dunia dan segala urusannya akan menjadi kurang menekan apabila akhirat menjadi fokus dalam kerja2 di dunia. Janji Allah "La khawfun 'alahim wa la hum yahzanun" (mereka tidak takut atau dukacita).
"Jadilah isteri yang celik AKHIRAT...supaya apa yang kita buat semata-mata untuk dapat ganjaran ALLAH ..jd tak lah stress sebab penat buat keja 2 rumah yang tak pandai habis tu " Ustazah Norhafizah...Radio IKIM...

 Adik-adikku yang kecewa dengan ujian yang datang melalui teman-teman, famili, dan rumahtangga - ketahuilah bahawa ujian ini semuanya sangat penting untuk mngukur hubungan kita dengan ALLAH. Kita adalah hamba ALLAH, tiada tuhan yang disembah
melainkan ALLAH. Kalau kita bersikap buruk kerana sikap teman-teman kita macam tu juga pada kita- maka kita adalah hamba mereka dan hamba dunia...

Semua ujian yang ALLAH bagi antara hikmahnya adalah kerana ALLAh ingin menanggalkan dunia dari hati kita. ALLAH mahu kita mengagungkan ALLAH di segenap nafas dan kehidupan. Manusia dan harta menjadi ujian yang tak berhenti, setiap tahap kehidupan akan ada manusia dan harta yang menjadi ujian nafsumu yang ingin menjadi soleh solehah.


Diriku juga sepertimu, secara berkala ada ujian yang ALLAH datangkan yang sakit merentap jantung hati, Namun dengan persiapan iman hati kita kembali kuat dan sabar serta bersyukur kerana ALLAH sayangkan kita dengan ujian ini...


Manusia dan harta yang diberi dalam hidup, duit dan teman-teman - manfaatkanlah untuk kita menjadi manusia yang benar-benar manusia. Mengenal ALLAH. Hidup dan mati untuk mencari redha ALLAH.


Kebahagiaan dan kasih sayang sempurna HANYA diberi ALLAH, bukan dari lelaki atau wanita yang memang pasti mengecewakan kita kerana mereka juga mengharap kesempurnaan dari kita. Cinta dan bahagia selamanya hanya di syurga. Kat sini, tak jumpa. Di dunia ini, sedikit harta dan kasih sayang yang kita peroleh, kita bersyukur dan kongsikan dengan orang lain semampunya... ALLAH akan tambah-tambah lagi.


Jangan post di wallmu kata-kata sinis atau mengaibkan tentang teman mu itu, walau tanpa nama, kerana di facebook penghuninya know what's on your mind :O


Tutuplah keaiban saudaramu kerana kita juga banyak keaiban yang ALLAH tutup. Berbuat baik dan berkatalah yang baik kerana ALLAH sangat baik dengan kita. Kita buat baik kerana kita ingin baik kerana ALLAh. Bukan kerana dia.(Nurul Adni)


"Sesiapa yang MENGENAL (mengingati & hampir) kepada Allah swt di ketika senang, nescaya Allah akan MENGENALNYA (membantu & memudahkannya) tatkala sukar". (Hadis riwayat Ahmad). Imam Hasan Al-Basri berkata : "Kerana amal soleh sewaktu senang, Allah membantunya akan membantu sewaktu sukar." Justeru, mari kita perbanyakkan amal soleh SEBELUM datangnya kesukaran & kesakitan.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...