Wednesday, November 28, 2012

HADIAH YANG PALING BERNILAI untuk anak-anak yang BERJAYA!

by Prof. Dr. Rozieta Shaary on Tuesday, November 20, 2012 at 12:39pm ·


Salam Semua,

Keputusan UPSR baru sahaja diumumkan. Tahniah kepada yang telah meraih kejayaan yang diidamkan! Bagi yang tidak, teruskan usaha dan elakkan berasa tidak berjaya. Usaha dan usaha dengan bijak lagi. Ubah cara dan ubah tanggapan diri kepada yang lebih positif.

Di dalam kita bergembira atau berduka menerima keputusan UPSR anak-anak, ingatlah suatu perkara. Mereka bukan trophy kita. Jangan jadikan anak-anak trophy untuk dibangga-banggakan. Jika dia berjaya meraih keputusan cemerlang nyatakan kegembiraan dan penghargaan anda kepadanya. Rai dengan bersederhana. Boleh mengucap terima kasih kerana dia berusaha menjadi contoh yang baik untuk dunia. Apa yang tidak perlu dilakukan ialah menjajanya dan mencanangnya ke seluruh tempat. Mungkin ada ibu bapa yang menyangka ini akan menjadi anak itu bangga. Tetapi sebenarnya ini memberi kesan tekanan kepada anak itu juga. Railah kejayaan mereka dan railah dengan bersederhana.Sekadar untuk anak tahu anak gembira dengan usaha mereka bukan sehingga menimbulkan tanda tanya di hati mereka "bagaimana jika aku tidak berjaya adakah aku cukup untuk ibu bapaku?"

Jika anak anda tidak berjaya meraih kejayaan yang diidamkan, duduk dengan dia sebentar. Ambil masa untuk bersamanya. Biar dia yakin akan kasih-sayang anda. Apa yang penting bangunkan semangatnya agar dia bersemangat untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang nanti. Ajak dia melihat apa yang boleh dipelajari daripada 'kegagalan' itu. Jangan mengutuk atau memberi dia merasakan anda amat kecewa dengannya sehinggakan memati semangatnya. Bijaklah dalam membetulkan sikapnya.

Anak-anak perlu tahu juga bahawa ibu bapa mereka TIDAK berhutang apa-apa dengan mereka sekiranya mereka meraih A. Ibu bapa TIDAK perlu memberi hadiah kerana anak telah berjaya. Apa yang lebih elok ialah anak-anak menyedari bahawa adalah lebih mulia untuk mereka berterima kasih kepada ibu bapa dan guru kerana tunjuk ajar yang diberi.


Jika mahu menghadiahkan anak-anak dengan hadiah tanda penghargaan, BOLEH. Namun, buatlah beberapa minggu setelah keputusan diumumkan dan jangan berjanji terawal, contohnya, kalau dapat A, ayah akan beri RM100 untuk setiap A contohnya. Biar dia merasakan keseronokkan meraih kejayaan itu tanpa gangguan tanda harga pada hadiah yang diberi.Kerana RM100 itu mungkin dia rasa banyak sekarang, namun bila dia sudah besar, RM100 itu nilainya tidaklah banyak sangat, maka ini akan backfire niat kita untuk memberi semangat kepadanya. 'Dia akan terfikir, itu sahajakah nilai kejayaanku?'


Maksud ibu, bila ibu bapa menjanjikan dan memberi nilaian wang, contohnya RM100 untuk setiap A. Ini sebenarnya menyebabkan anak itu merasai;

1- Ibu bapa perlu memberi mereka hadiah kerana mereka melakukan kebaikan untuk diri mereka. Sedangkan melakukan kebaikan utk diri mereka atau orang lain adalah akhlak yang memang patut mereka punyai dan tidak perlu di bodek atau diumpan untuk melakukannya.

2- Bila kita menyamakan pencapaian kejayaan itu dengan mata wang atau hadiah yang besar nilainya, maka anak itu akan menilai kejayaannya hanya sekadar tag harga pada hadiah itu. Sedangkan nilai kejayaan adalah sangat besar dan priceless.Kemanisan meraih kejayaan itu yang ingin kita beri anak-anak kita merasakannya. Hadiah dari kita hanya untuk memberitahu mereka kita tumpang gembira dan suka melihat dia berjaya.

3-Kita juga mahu memberi anak-anak faham, bahawa kita menghargai titik peluh dan usahanya. Maka, berilah penghargaan kepada usahanya walaupun dia tidak meraih kejayaan yang besar namun, lihat juga pada usahanya. Ini membolehkan semangat untuk terus berjaya wujud didalam diri anak. Lakukan bersederhana juga.

Mengapa ibu amat bersungguh dalam bab ini, ini adalah kerana ibu telah nampak kesan memberi hadiah berlebihan kepada anak-anak bila mereka berjaya di dalam peperiksaan, atau berpuasa atau sepertinya. Perkara ini mewujudkan suatu sikap Entitlement yang tidak sihat dan terbawa-bawa kebesar.  Sedangkan itu bukan matlamat asal ibu bapa. Ibu tahu ibu bapa sebenarnya mahu memberi semangat kepada anak-anak merekanuntuk berusaha . Oleh itu buatlah dengan bijak. Jangak bodek atau pancing anak untuk berusaha demi kejayaan mereka. Mereka perlu ada kemahuan itu sendiri dengan kita memberi semangat tanpa mengunakan hadiah berharga as the carrot.

Inpatinya;

Boleh beri hadiah, namun jangan gunakan ia sebagai umpan atau carrot untuk anak meraih kejayaan. Biar motivasi itu timbul dari dalam. Contohnya, dia mahu berjaya kerana dia kasihkan ibu bapanya, mahu membalas budi dan mahu mengharumkan nama keluarga atau sekolah. Anak yang begini tidak perlu banyak motivasi luaran.Biar anak-anak faham bahawa ibu bapa tidak berhutang hadiah dengan mereka kerana mereka berjaya. Malah merekalah yang membalas budi bila mereka berjaya.Bersederhana dalam membeli hadiah. Elakkan meletak tanda harga kepada kejyaan mereka dan menjadikan mereka materialistik pula. Cuba lihat kembali, dulu hadiah jam tangan sudah mencukupi. Lepas itu mahukan phone canggih. Kini ramai pula yang minta ipad atau notebook atau laptop kerana dapat A di dalam peperiksaan, walhal dapat A didalam UPSR dan bukannya First Class Honours in University. Where will this lead us to and where will this ends? Namun, jika ada yang telah terberjanji awal-awal dahulu. Maka tunaikan janji. Cuma ambil masa menerangkan kepada anak, bahawa ini tanda penghargaan anda. Anak-anak anda perlu tahu hadiah itu bukan kerana tanggung-jawab anda memberi mereka. Bijaklah dalam memberi mereka faham, supaya pada peperiksaan nanti, mereka akan mempunyai mindset yang lebih baik, iaitu mahu berjaya kerena indahnya kejayaan dan membalas budi ibu bapa.

ibu harap sebagai ibu bapa kita ambillah kemudi keluarga kita. Jika trend di luar memberi hadiah mahal-mahal kepada anak. Kita TIDAK perlu ikut dan rasa tertekan. Didik anak-anak kita agar mereka juga tidak terikut dan tertekan. Kuatkan semangat dan kuatkan keyakinan kita bahawa anak-anak kita BOLEH berjaya CEMERLANG tanpa mereka diumpan dengan hadiah. Kita mahu membina anak-anak yang berjiwa besar yang mahu berbakti untuk ibu bapa, negara dan dunia mereka.  

Maka hadiah paling bernilai untuk menghargai kejayaan anak-anak ialah memberi dia peluang untuk MENGALAMAI keindahan kejayaan dan kesedaran bahawa kejayaan dan usaha untuk mencapainya itu sendiri adalah hadiahnya yang tidak terhingga nilainya!.

So there need to be some level of sacrifice in the eyes of others. We don't have to succumb to the trend. We set a good trend for people to follow. Let our children strive for excellence because they believe in being excellence is their birth right.

Come with me and raise loving, compassionate and high achiever children: )

Salam Kasih,

Ibu Rose

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...