Tuesday, November 27, 2012

Tips Membina Anak2 Yg Confident.


by Prof. Dr. Rozieta Shaary on Friday, May 27, 2011 at 10:50am ·
Boleh Prof huraikan antara sikap ibubapa yang secara tak sedar me-nyah geniuskan anak2. mungkin boleh dijadikan pedoman untuk ibubapa .tq


Salah satunya ialah sering melarang anak-anak. Terutamanya anak-anak kecil yg br belajar merangkak dan sudah boleh bergerak, suka nak mengambil itu dan ini. Ada ibu bapa yg melarang jgn pegang itu dan ini. Dn memasukkan benda ke dalam mulut. Kdg2 tu ada yg memukul tgn baby sbb nak baby faham itu tak boleh. Ini menjadikan anak2 membesar dgn lebih banyak kata2 JGN!, TAK BOLEH! dn sewaktu dgnnya : )
Jadi macamana nak buat? Ada ke maksudnya tak boleh melarang langsung dan biar anak2 kecil pegang benda yg bahaya? Tak bkn mcm tu. Bila anak2 pegang benda yg bahaya, tanpa mengatakan JGN, ambil benda lain yg boleh, ganti dan katakan YA 3X. Kalau dia masih terus mengambil, maka sekalikankan JGN atau NO, hanya sekali. Dan terus beri lebih dpd satu benda yg boleh dan katakan YA 3X setiap satu.

Bila NO yg byk anda sebut maka anak tidak akan mempunyai keyakinan diri. Kdg2 sy didtgi ibubapa minta nasihat mcmana nak jdkan anak2 lebih confident. Sy lihat corak keibubapaan mrk dn nyata mrk tidak sedar mrk byk memasukan kepercayaan negatif. Contohnya, depan anak tu mrk berkata, anak sy ni tak pandai bergaul, tak de confident dsb. Boleh kata, tapi jgn dpn anak tu!

Bila YA adalah lebih byk dan sering pula diberi alternatif, maka anak itu membesar memahami, may be there things that r NO but more things r YES. Maksudnya mrk nampak peluang utk berjaya itu lebih luas.

Nampak simple je semua benda ni, tapi MASYAALLAH, kesannya seumur hidup. Itulah sbbnya saya katakan SEMUANYA NAIK DAN JATUH DISEBABKAN KEIBUBAPAAN. keluarga jd baik disbbkan parenting, gitu jg komuniti, gitu jg negara, gitu jg dunia. Krn setiap org dewasa pernah merupakan seorang anak kecil, dn setiap anak telah dibesarkan oleh seseorang yg pernah menjadi ibu dan bapa, samada ibu bapa kandung atau tidak.

Salam Kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...