Thursday, November 1, 2012

Rutin Harian 3



Alhamdulillah...cepat sangat masa berlalu.... tak terkejar rasanya...
Ada ketika ummi tak sabar nak tunggu anak-anak ummi membesar..
Tapi ada ketika ummi nak anak-anak ummi sentiasa menjadi
BABY..erm....

Sekarang ni rutin harian ummi bersama anak-anak tak lah
sekucar-kacir masa Hamizan baru je lahir...Alhamdulillah
sekarang baby Mizan taklah susah sangat nak 'handle'

Selalunya balik kerja ummi akan ambil anak-anak ummi
dari rumah pengasuh....then ummi akan 'entertain'
mereka bertiga terlebih dahulu...ummi akan pastikan baby
Mizan kenyang supaya semasa ummi memasak, kemas rumah
taklah banyak sangat 'iklan'....

Abrisam dan Hafiz selalunya akan layan diri sendiri... main
sambil 'ganggu' baby Mizan... sekarang ni ummi memang
elakkan diri daripada mengikuti mana-mana cerita TV
bukan apa...kalau dah terjebak tu, susah nak tinggalkan..
sudahnya sibuk layan cerita TV, kerja rumah banyak tertangguh..

Selalunya lepas masak, ummi akan suap Abrisam dan Hafiz
makan...kadang-kadang ummi just letakkan makanan
kat talam....cuma seboleh-bolehnya kalau tak ada halangan
ummi akan suap sebab senang untuk ummi pujuk mereka makan sayur..
kalau makan sendiri, nampaknya sayur selalunya letak tepi je...

Selalunya selepas makan...kami anak beranak akan lepak
dalam bilik sambil bergurau senda, mendengar bacaan
Al-quran....ummi akan ambil peluang membaca buku....

Selepas anak-anak tidur, ummi akan sambung kerja rumah
yang masih tertangguh...kalau tak pun join tidur juga...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...