Wednesday, November 28, 2012

HADIAH MAAL HIJRAH - Sebuah Penulisan Mengenai - JIKA ANAK LAMBAT BERCAKAP & MEMBACA (In BM And English)

by Prof. Dr. Rozieta Shaary on Thursday, November 15, 2012 at 2:22pm ·
As-Salam Semua,


Terima kasih diatas input bernas mengenai Isu anak lambat bercakap. Ibu sunguh gembira melihat perbincangan dan perkongsian sihat itu. Ibu harap kita akan dapat melakukan sebegini selalu.

Sempena menyambaut Maal Hijrah serta kerana mencapai 11,000 ahli, ibu ingin menghadiahkan sebuah perkongsian pengalaman ibu dalam mengatasi masalah anak lambat membaca. Walaupun ini bukan isu anak lambat bercakap, prinsipnya tetap sama:Yakin dengan Allah, Berdoa kepadanya,
Yakin anak boleh melakukannya.
Sabar dan prihatin
Rasa jiwa anak
Buat untuk anak bukan takut apa orang kata
Ambil langkah medical, sekadar memastikan sahaja
Beri sokongan dan semangat
ELAKKAN TAKUT dan BIMBANG yang berlebihan
Elakkan mengejek
Relaks and take it easy
Bacakan doa-doa
BERSYUKUR
 Salam Kasih dari ibu



Sekiranya kita mahu melihat keputusan positif yang berpanjangan, kita perlu melakukannya mengikut kekuatannya. Kita telah diajar sejak dahulu lagi, memberikan kutukan akan menggalakkan mereka melakukannya dengan lebih baik. Saya tidak tahu bagaimana pengertian ini dapat memasuki jiwa kita tetapi bagi saya ia tentu sekali satu strategi yang salah, malah merosakkan keyakinan diri anak kita.

Untuk menjayakan hasil positif yang berpanjangan ke atas diri anak-anak kita, binalah kekuatan yang telah ada dalam diri mereka. Sekiranya mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik di sekolah, tetapi mempunyai prestasi dalam bidang sukan atau mempunyai kekuatan kepintaran dalam hubungan antara manusia, lebih baik kita menolong mereka untuk membinanya. Kepintaran ini adalah umpama mutiara di kalung mutiara. Satu digugurkan akan menggugurkan kesemuanya; satu dijatuhkan membuatkan semuanya bertaburan di lantai.

Anak lelaki saya Anas, hanya dapat membaca dengan lancar pada umur lapan tahun. Sungguh susah mengajarnya membaca. Ia tidak faham langsung teknik yang digunakan. Saya hampir-hampir berputus asa tetapi sebagai ibu, kasih sayang saya kepadanya memaksa saya mencari jalan penyelesaian. Pada ketika itu, pengetahuan saya tentang ‘Kepintaran Pelbagai’ ini dan cara meningkatkan prestasi anak-anak sungguh terhad, tetapi walau bagaimanapun saya telah diberikan cara untuk menangani masalah itu dan saya sungguh bersyukur hingga ke  hari ini.
Saya dapati sejak dari kecil Anas sungguh gemar melukis. Pada hakikatnya, setiap kali apabila saya mahu mengajarnya membaca, dia akan bertanya, bolehkah saya melukis? Pada mulanya, saya sungguh marah kerana saya fikirkan dia cuba mengelak dan malas belajar. Nasib saya baik kerana saya mendengar kata hati saya dan tidak hanya membenarkan dia melukis tetapi juga membelikannya set peralatan untuk melukis. Selama seminggu saya tidak mengajarnya membaca. Saya hanya memuji lukisannya yang benar-benar cantik. Dia memperoleh keyakinan diri dan pada masa yang sama mendapat galakan untuk belajar membaca. Dalam masa beberapa minggu sahaja, kebolehan membacanya meningkat dengan begitu mendadak. 

Kini, Anas seorang anak muda yang sungguh membanggakan saya. Dia mengambil jurusan Seni Reka Grafik di sebuah universiti tempatan dan pada masa yang sama, menjadi seorang pereka Seni Grafik Bebas (freelance graphic designer) yang membuat seni reka grafik untuk beberapa buah syarikat. Dia amat berminat dengan apa yang dilakukan olehnya. Dia membesar menjadi seorang yang sungguh berbakat, bertanggungjawab, dan menjadi pemuda yang berkeyakinan tinggi. ‘Sejuk perut saya mengandungkannya’. Dia merupakan anugerah yang amat istimewa.

Setiap kali saya melihat hasil kerjanya, saya tidak dapat menahan air mata saya yang gugur bercucuran apabila saya memikirkan semua ini dan tanggapan saya bahawa masa depannya gelap kerana dia tidak pandai membaca. Saya sungguh bernasib baik kerana memegang kepercayaan kepada kelebihan yang dianugerahkan kepada dirinya dan mengambil langkah yang betul untuk mengasuh pemberiannya itu. Saya hampir menjadi ibu yang menangis dan merintih melihat nasib anaknya musnah akibat kemarahan dan kebencian kepada kekurangan diri sendiri. Bersyukur saya kepada Tuhan, yang memberi saya petunjuk-Nya.

Kepada teman- semua, apa yang saya cuba katakan di sini ialah jangan sesekali putus harapan terhadap anak-anak dan murid-murid anda. Jangan sesekali memikirkan mereka tidak pintar dengan hanya mengukur prestasi pelajarannya di sekolah. Lihat jauh ke dalam dan cuba dapatkan potensi semula jadi mereka yang telah dianugerahkan serta didiklah mereka kerana inilah inti pati sebenar seorang pendidik. Seorang pendidik bertanggungjawab untuk menggilap potensi yang sedia ada pada setiap murid di bawah jagaannya. Ini adalah kerana setiap murid yang datang ke dunia ini membawa dan dilengkapi dengan potensi semula jadi masing-masing yang dianugerahkan oleh Tuhan sebagai satu bekalan untuk meneruskan misi kehidupannya di dunia ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...