Friday, February 27, 2009

Miss Me?


Semalam...

"Aunt Mang, esok balik kampungkah". Mira call ummi. Ni kes rindu kat aku lah ni.

Pagi tadi.

"Esok balik kampung kah. Baliklah, rindu betul ngan Abrisam. Aunt Ammi message ummi.

I know all of them miss me so much...i know my face so cute..hehe.. memang dia orang tu tengah geram nak cium-cium aku bagai nak rak.

Jual mahal kang..padan muka dia orang.


Aku tahu juga ummi pun sedang merindui aku sekarang ni kat office. Abi pun rindu kat aku kat Kuching.

Thursday, February 26, 2009

Motivasi for ummi....







Petang semalam ummi agak lewat sikit ambil Abrisam kat rumah pengasuh. Keluar awal dari office then hantar abi ke airport.Abi ke Kuching, atas urusan kerja. Memandangkan flight Abi 6.15pm, so ummi temankan abi kat airport. Jam 5.30 pm baru bertolak dari airport ke rumah pengasuh. Dekat jam 6.00pm baru sampai.




Ummi memang tahu, time ni Abrisam memang dah mengantuk. Dan selalunya, mood Abrisam memang tak ok kalau mengantuk.

Dalam kereta, Abrisam bercakap-cakap (baby language). Mula tu ok. Lama-lama tu, dia mula boring. Apalagi nangis. Suaranya tu cukup membuatkan ummi tak tentu arah drive. But, I try to make myself cool. Ini bukan pengalaman pertama!
Ummi pujuk-pujuk, sambil mata ummi fokus ke depan. Yelah tengah drive.
Sampai kat rumah ummi terus letak Abrisam dalam ‘uyut’. Buai sampai Abrisam tidur. Memang Abrisam nangis mula-mula tu. Mata pejam. Tapi rungut-rungut.

After Abrisam tidur, ummi solat magrib. Dah tu, kemas apa yang patut.

Malam tadi berkali-kali Abrisam bangun dan ummi bagi BF. Kehausan dan kelaparan ummi di buatnya. Hehehe. Tapi tak kisah as long as my baby cukup ‘makan’. Ummi puas hati.

Ummi dapat motivasi. Mulai hari ni, ummi tak nak lagi rungut-rungut kalau anak ummi berkerenah, penat. Ummi bersyukur. Allah bagi ummi peluang. Ramai lagi yang dapat ujian lebih dasyat etc. anak meninggal, OKU dan paling dasyat tak ada rezeki ‘anak’.

Ummi ada baca beberapa blog para ibu cerita dengan bangganya tentang anak mereka yang OKU!
Tak kah ummi sepatutnya lebih bersyukur?

Mengantuk bangun malam-malam nak BF Abrisam - kira ok. Ummi ada anak untuk di BF. Ada orang tu, tak sempatpun nak BF baby nya dah meninggal dalam perut.

Penat.- Rasanya semua orang yang beranak kecil akan hadapinya.




Wednesday, February 25, 2009

Happy 4 month 1 day birthday...




Hari ni Abrisam masuk 4 bulan 1 day (refer to ticker)..hehehe..

Semoga anak ummi panjang umur..sihat selalu..

Bucuk..bucuk...muah..muah

Friday, February 20, 2009

To my son, Abrisam..

* gambar atas : 27 Oct 2008 (taken by aunt Guy)
* gambar bawah : 01 Jan 2009 (taken by aunt Aswita)

Assalamualaikum sayang.....

Ummi pilih untuk menulis tentang perjalanan kehidupan kamu bukanlah semata-mata nak syok sendiri...Ummi tahu, you are too young..still baby...today you are only 3 month 26 days..bukan fahampun apa benda yang ummi tulis ni...

But, I hope, one day, bila kamu sudah mengerti dan pandai membaca...so kamu akan ‘menghayati’ setiap detik ummi bersama kamu...apa yang ummi lalui bersama kamu dan di sini juga ummi akan menulis secara ringkas pengalaman ummi, harapan ummi..

One day, I hope you will get as much benefit from this blog... I may not be with you much longer... Bukan bermakna ummi sedang menunggu ajal...tetapi kita tidak pasti apa yang Allah sedang rancang untuk kita...Harapan ummi, semoga Allah berikan ummi umur yang panjang..kesihatan yang baik...agar ummi dapat untuk terus mengasuh dan mendidik kamu...sehingga kamu dewasa...sehingga kamu dapat berdikari...

May be juga, waktu kamu sudah mula mengerti dan pandai membaca, atas faktor tertentu, usia yang meningkat ingatan ummi sudah mula berkurangan, so mana mungkin ummi dapat cerita setiap detik-detik itu...secara detail...

Sayang, ummi berharap kamu akan menjadi anak yang soleh, yang akan selalu mendoakan ummi dan abi...semoga doa anak ummi yang soleh ini akan menyelamatkan ummi dan abi di ‘sana’..

I am concerned about you....and I am always asking Allah to guide me...dalam proses mengasuh dan mendidik kamu dari mula hingga akhir...ummi mahu yang terbaik untuk kamu...
Insya Allah, selagi nyawa di kandung badan, ummi akan cuba memberi pendidikan yang terbaik untuk kamu...

My love and duty to you is solely for Allah and Allah alone I ask forgiveness if I have failed to teach you to be good muslims.....Whatever happen I will always love you....My doa for you will never stop...

May we be as family again in Jannah…I love you very much my dearest son...

Thursday, February 19, 2009

Silent Reader?

Sesiapa yang jadi silent reader kepada blog ni, i harap tampil lah ...kenalkan diri.. boleh kita jadi kawan..

i tahu ada silent reader.....hehe...i pun silent reader juga...

So, kalau boleh tinggalkan lah msg or comment...then i will reply u or visit ur blog too..

apa pun tq coz sudi take ur time to read my very simple blog that i created for my dear baby.

Ummu Abrisam

Mula Belajar Tiarap..


Pic : 18.02.2009 (Abrisam try nak tunjuk depan ummi n abi..dia dah pandai tiarap_

Alhamdulillah, stat minggu lepas aku dah mula belajar tiarap....

Ummi sangat-sangat excited...and berharap dia adalah orang pertama yang akan saksikan aku mula belajar ber tiarap...

Malangnya, aku mula tiarap di rumah Udak Emy, semasa ummi kerja...yang mula saksikan aku tiarap ialah abang kepada Udak Emy, iaitu Anjang Lebot....sorry ummi...you 'miss'..hehehe

Semasa abi mengambil aku di rumah pengasuh, Udak Emy inform to him yang aku dah mula-mula pandai ber tiarap...so masa abi inform ummi....punyalah ummi kecewa dan tak puas hati..

What to do?..

So, semalam, masa ummi dan abi mengambil aku di rumah Udak Emy, mereka singgah borak-borak...sementara menunggu waktu magrib lepas...

Time tu, aku tunjuk kebolehanku ber tiarap...mula-mula tu agak susah juga..tapi Udak Emy tolong memiringkan badan ku...so dengan mudahnya aku boleh bertiarap....walaupun kepalaku masih lemah....tertunduk-tunduk...

Semua yang ada di situ, sangat excited...esp. my ummi...dia siap standby video hand phone nak rakan saat-saat bersejarah itu..hehe..

Monday, February 16, 2009

Happy Birthday To Ummi...

20 Safar 1430/16 Feb 2009 (Isnin)

Happy Birthday to Ummi!!! (Me today 3 month 22 days)

Hopefully ummi panjang umur, sihat, diberikan keberkatan hidup,murah rezeki.

Semoga Allah bagi ummi kekuatan dalam mengasuh dan mendidik aku jadi anak yang soleh dan cemerlang dunia akhirat.

Amin.

Friday, February 13, 2009

All The Best For Me..


Ummi sekarang ni bz semacam je...join macam-macam forum, usrah, surf internet, baca buku... semuanya untuk menambah ilmu...agar dapat didik aku dengan baik..

Semoga hasrat dan harapan ummi serta abi untuk melihat aku membesar sebagai anak yang soleh, taat,bijak, berperibadi mulia dan semualah yang baik-baik akan tercapai..Amin.

Semalam aku agak meragam. Aku sebenarnya sangat mengantuk. Tapi udak Emy tak bagi aku tido. That's whylah masa ummi ambil aku, aku sangat mengantuk. Lagi, jalan jem. Aku sungguh rimas. Apa lagi, sepanjang perjalanan balik rumah tu, aku asyik merengek. Tapi belum nangis lagi.

Sampai je rumah, masuk, ummi letak aku, aku terus 'melalak'.

Take time jugalah untuk pujuk aku. Nasib baik ummi dah semakin tenang. Dah tak berapa panic lagi handle aku especially time aku punya mood tak ok. Ummi dodoikan aku sambil berlagu...

"anak ummi...anak yang soleh...anak cemerlang...anak yang hebat..anak bijak ...comel ummi...sayang ummi"

"Subhanallah..walhamdulillah..walailahaillah..wallahuakbar.."

Lebih kurang macam tu lah 'lagu' ummi...sampai aku tertido..

Kejap-kejap aku bergerak dalam 'uyut'...tapi ummi cepat-cepat dodoi...so aku sambung tido.. Tengah-tengah ummi usrah with friends...aku terbangun...ummi terus BF aku, then aku sambung tido..

Good boy...kata ummi.Hehehe

Aku bangun lebih awal dari ummi. Before jam 5.00am. Ummi BF aku, then tido. Aku layan diri sendirilah , cakap sendiri.

Boring....then aku jerit-jerit. Ummi dan aunt Midah tersedar. Ummi terus cium aku. Aku senyum melebar. Terserlah lesung pipi ku.

Lepas tu, aunt Midah bergurau with me..siap riba aku lagi. Aku macam biasa, tunjuk muka manja lagi comel lah.

Ummi, buat kerja sendiri. Biasalah ummi tu, tak nak membiasakan aku di riba, atau di dukung.

Pagi tadi, masa ke rumah udak Emy, aku ada nangis kejap. Ngantok. Sampai rumah udak Emy, ummi cuba BF aku, tapi aku tak nak. Masuk uyut terus aku pejam mata.

Ummi tak sempat cium-cium aku bagai nak rak kat rumah udak Emy before pergi office. Selamat. Hehehe.

Thursday, February 12, 2009

Good Boy..

12.02.2009 (Thusday)
Petang semalam, balik kerja ummi terus ambil aku.
Aku sedang di pangku oleh udak Emy masa ummi sampai. On the way balik, aku cakap-cakap sendiri dalam kereta. Ummi tak layan pun. Suara ku kejap besar kejap kecil.
Sampai kat rumah aku terus di letak dalam uyut. Rengek sikit-sikit pas tu tidur. Ummi macam biasa terus buat keja-keja rumah. Abi masih kat Kuching. Ada seminar.
Lama tido. Aku ada bangun, and rengek-rengek. Ummi terus BF. Pas tu aku sambung tido. Adalah beberapa kali aku bangun untuk BF.
Aku bangun awal . Before 5.00am. Ummi nak BF, aku reject. Aku just nak main-main dan bercakap-cakap. Ummi tukar pampers. Aku pandang tv. Astro Oasis. Ada zikir subuh. So nice.
Dekat 5.30am aku rasa boring, terus rengek-rengek. Ummi letak aku dalam uyut. So, aku sambung tido.
Dekat 6.30am ummi kejutkan aku. Nak hantar ke rumah udak Emy. Sampai rumah udak Emy, ummi bagi BF. Lepas tu, aku di cium bagai nak rak oleh ummi.
"Good bye ummi, see u later"
*Note : Ummi sangat suka sekarang, aku dah tak congek. Ummi bangga tau, siap cerita lagi kat geng-geng dia.

Wednesday, February 11, 2009

Akikah

* sekadar gambar hiasan

Alhamdulillah pada 23 Zulhijjah 1429 (21 December 2008), ummi dan abi telah menunaikan tanggungjawab mereka kepada ku dengan menyembelih 2 ekor kambing sempena akikah buatku.
Tarikh 21 December 2008 juga merupakan ulangtahun pertama pernikahan ummi dan abi.
Pengertian akikah ialah sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

Hukum akikah ialah sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

HIKMAH AKIKAH

Akikah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:

-Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
-Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
-Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
-Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.-Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

Waktu akikah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdal untuk melakukan akikah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak itu.

Sabda Rasullullah s.a.w.:

Yang bermaksud: "Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."

Tak Meragam..

Aku sangat senang di jaga semalam. Ummi sangat puas hati. Sebenarnya dari rumah Udak Emy lagi aku sangat-sangat mengantuk. But Udak Emy bercakap-cakap (baby language) ngan aku. Tak nak aku tido.

Bukan apa, kalau aku tido time ummi pick up aku, confirm aku akan 'melalak'. Dalam perjalanan pulang, aku merengek-rengek. Rimas coz kereta ummi selalu je stop. Jalan raya asyik jem. Stress aku. Hehehe. Mengada-ngada betul kan. Macam jalan raya tu ummi dan abi yang punya!!

Aku sampai tertido dalam kereta. So, ummi dapat drive dengan tenang. Sampai di rumah, ummi terus letak aku dalam uyut dan terus buai. Aku buka mata. Tapi mengantuk sangat. So aku sambung tido.

Ummi sambil-sambil buai aku, buat kerja-kerja rumah.

Sebelum ummi tido, aku di pindahkan di tilam. Tido sebelah ummi. Aku bangun berkali-kali nenen. Hehehe. Tapi aku tak nangis pun. So ok lah.

Tuesday, February 10, 2009

Sejarah Nama Ku..


Mula-mula dulu, abi bercadang nak menamakan aku Awang Izzuddin. Abi minat nama ni, di samping ertinya yang menarik. Pejuang Agama!!. Lagipun ada Professor abi masa study di UM bernama Izzuddin.

Tapi, memandangkan uncle Muhtar dan auty Lidya menamakan anak mereka dengan nama Mohd Izzul Islam, so abi berubah fikiran.

So, jadilah nama ku Awang Abrisam Zubari. Ramai yang kata namaku ni unik. Lain daripada yang lain. Setakat ini, ummi dan abi belum jumpa lagi individu lain yang mempunyai nama seperti ku.

Abrisam : yang lembut/tampan
Zubari : gagah perkasa/pintar

Badan ku yang chubby..

* Betulkah aku comel?

Semalam, semasa aku dan abi mengambil ummi, rakan-rakan se office ummi geram melihat 'kecomelan' ku (ni ummi yang perasan)...

"Comelnya...montelnya...putihnya..." antara pujian dan kritikan dari kawan-kawan se office ummi.

Minggu lepas, mak dan adik aunt Siti Khatijah pun geram melihat ku... kata mereka aku sungguh comel dan putih bersih..

Mak aunt Siti Khatijah cadangkan pada ummi supaya aku di masukkan pertandingan 'baby show'..hehehe..


My Face..

* gambar ummi dan abi di awal perkahwinan mereka.

Ramai yang cakap, muka aku macam muka abi, tapi kulit ikut ummi. Tapi ada juga yang kata, aku ada iras-iras ummi. Actually, 'rupa' sebenar belum nampak. Aku baru tiga bulan lebih. Masih berubah lagi tu.

Tak kisahlah macam muka siapa pun. Aku memang anak ummi and abi. hehe

Aku di Supermarket


Pic date : 1 Feb 2009 (Sunday)
Semalam, tugas menghantar aku ke rumah pengasuh @ udak emy di jalankan oleh ummi.

Sebelah petang pula abi yang ambil ku, kami berdua terus ke office ummi to pick up her. Ummi mengajak abi ke Kenyalang Mini Market, nak beli barang makan sikit.

Ini adalah kali ke 4 aku masuk market. Pengalaman pertama, masa aku masih terlalu baby (kalau tak silap ummi 2 minggu lepas lahir) aku di bawa masuk ke Surver Supermarket, masa tu ada nenek, atok, ummi dan aunt Ammi.

Pengalaman kedua, ke Emart, kali ni bersama ummi dan abi. Aku di gendung oleh abi. Ummi sibuk beli barang-barang keperluan rumah.

Pengalaman ketiga pula aku dan ummi ke Parkson. Di sana, aunt Midah dan Yati sedang menunggu kami. Kali ni aku tak berapa 'sporting', walaupun dalam kereta masa parking ummi dah bagi aku nenen, tapi masa kat dalam Parkson tu aku nangis juga nak nenen lagi.

Ummi serba salah, ramai orang tu, tapi aku tetap jerit-jerit sambil nangis nak nenen. Mahu tak mahu, malu tak malu, ummi selak juga 'feveret' aku tu, nasib ada tempat duduk, dan aku teruskan hobi di sebalik tudung ummi. Malu nak tunjuk ngan orang lain. Hehehe

From ummi......


* ummi with me di hari pertama kelahiran ku di dunia..27 Oct 2008
Assalamualaikum to all,

Saya ialah ummi kepada Abrisam... saya sengaja 'create' blog untuk Abrisam lebih awal (my baby is only 3 month plus) dengan harapan supaya suatu hari nanti apabila Abrisam sudah dewasa dan pandai membaca, dia akan dapat menghayati semula pengalamannya semasa membesar..dan dari itu, saya harap dia akan sentiasa ingat sejarah dan asal usul nya..

Saya tahu, atas faktor usia, sudah semestinya ingatan akan semakin lemah serta berkurangan dan saya tidak mungkin dapat bercerita semuanya pengalaman saya dan abinya dalam membesarkan dia... jadi dengan adanya penulisan ini...saya berharap Abrisam tidak 'miss'..

Harapan saya, semoga Abrisam akan cemerlang dunia dan akhirat. Amin.

Biodata

Name : Awang Abrisam Zubari Bin Awang Abadi
Date of Birth : 27 October 2008
Weight : 3.63 kg
Time : 12.55 am

Pembuka Kata

Assalamualaikum..

Blog ni adalah ummi create khas untuk berkongsi suka duka, 
pengalaman yang ummi lalui bersama anak-anak ummi
just untuk rujukan,refreshment my motherhood journey...

It’s really a new journey for me on being a mom 
and personally I think it’s good to share with
 other mommies out there the ups and downs of motherhood 

Yang paling penting anak-anak ummi
nanti akan membaca sendiri apa
yang ummi lalui...dan tempohi...

Bolehlah dikatakan ini macam diary tempat ummi
meluahkan rasa hati...

KENANGAN TERINDAH ...hehe





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...