Tuesday, February 10, 2009

Aku di Supermarket


Pic date : 1 Feb 2009 (Sunday)
Semalam, tugas menghantar aku ke rumah pengasuh @ udak emy di jalankan oleh ummi.

Sebelah petang pula abi yang ambil ku, kami berdua terus ke office ummi to pick up her. Ummi mengajak abi ke Kenyalang Mini Market, nak beli barang makan sikit.

Ini adalah kali ke 4 aku masuk market. Pengalaman pertama, masa aku masih terlalu baby (kalau tak silap ummi 2 minggu lepas lahir) aku di bawa masuk ke Surver Supermarket, masa tu ada nenek, atok, ummi dan aunt Ammi.

Pengalaman kedua, ke Emart, kali ni bersama ummi dan abi. Aku di gendung oleh abi. Ummi sibuk beli barang-barang keperluan rumah.

Pengalaman ketiga pula aku dan ummi ke Parkson. Di sana, aunt Midah dan Yati sedang menunggu kami. Kali ni aku tak berapa 'sporting', walaupun dalam kereta masa parking ummi dah bagi aku nenen, tapi masa kat dalam Parkson tu aku nangis juga nak nenen lagi.

Ummi serba salah, ramai orang tu, tapi aku tetap jerit-jerit sambil nangis nak nenen. Mahu tak mahu, malu tak malu, ummi selak juga 'feveret' aku tu, nasib ada tempat duduk, dan aku teruskan hobi di sebalik tudung ummi. Malu nak tunjuk ngan orang lain. Hehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...