Friday, October 12, 2012

Putera Hatiku - Awang Hamizan Zubari




Pic : 31 May 2012 (beberapa jam lepas lahir)

Alhamdulillah puji-pujian hanya pada Allah… aku selamat melahirkan anak ku yang ketiga Awang Hamizan Zubari Bin Awang Abadi pada 30 May 2011 jam 10.30 malam dengan berat 3.51kg…

Usia perkahwinan belumpun sampai 5 tahun aku telah menjadi ‘ummi’ kepada 3 orang putera…tak tergambar rasanya perasaan itu…

Pengalaman mengandung anak ketiga ini…tidak banyak bezanya dengan pengalaman pertama dan kedua…dari segi mabuk,muntah sama je…

Jika masa mengandungkan Abrisam aku selalu sedih kerana berjauhan dengan suami, manakala masa mengandungkan Hafiz pula aku tak berapa emosilah… tak delah adegan air mata…

Masa mengandungkan Hamizan aku rasa aku paling banyak bermain dengan emosi dan perasaan…di mana sekejap aku rasional,sekejap aku serabut..seringkali juga aku hilang sabar dan pertimbangan…aku selalu rasa down dan sedih…

Saat aku positif aku sangat tenang lalui ujian Allah…teringat pada pembacaanku apapun masalah kita di dunia ini kita perlu selalu ingat dunia ini hanyalah sementara…kita akan MATI…tiada apapun benda di dunia ini akan jadi milik kita yang kekal…ujian kita yang sebenar bermula di bawah tanah enam kaki. Mampukah kita memelihara diri dari azab pedih seksa kubur? Mampukah kita terselamat dari seksa neraka? Di akhir nanti, itulah persoalan besar yang kita menyesal amat kerana membelakanginya tika dunia...

Selain itu perkongsian dari sahabat saya juga banyak membantu saya mengatasi kemelut di hati..

Jangan meratap takdir Allah krn Allah yg Maha Merancang. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya, hanya Allah yg Maha Mengetahui. Sebagai muslimah yg beriman, kita WAJIB sentiasa bersangka baik kpd Allah, jika tidak, kita jatuh kafir.

Apapun ujian Ini adalah UJIAN KEIMANAN buat kita. Bukannya ujian antara kita dan sesiapapun, tapi antara kita dan ALLAH. Sabar dan redha menghadapi apa jua ujian krn Allah berhak menguji hambaNya dlm pelbagai cara.

Semoga semua ini akan meningkatkan keimanan kita kpdNya, dan meningkat kebergantungan kpd Allah dan bukannya kpd sesama makluk. Fikirkan apa yg saya katakan ini dalam2, insyaAllah kita akan bertemu dgn titik kebahagiaan, ameen
.


Dan satu hadis yang aku tidak jemu-jemu membacanya saat aku di landa murung…

Sungguh mengagumkan perihal mukmin. Sesungguhnya semua hal yang dialaminya adalah baik. Sifat itu tidak dimiliki siapapun kecuali oleh seorang mukmin. Jika ia mendapatkan hal yang menyenangkan, ia bersyukur. Maka hal itu menjadi suatu kebaikan baginya. Jika ia ditimpa hal yang menyakitkan, ia bersabar. Maka hal itu menjadi suatu kebaikan baginya. [HR Muslim]

 Tetapi sebagai manusia biasa…aku juga sering tewas dengan bisikan syaitan…kelemahanku kerana membiarkan syaitan menguasai fikiran sehingga aku sering bertindak di luar batas… hanya pada Allah aku pohon keampunan…

Aku kadang rasa bersalah sebab semacam kurang perhatian pada kandunganku yang ketiga….

Alhamdulillah…mungkin sebab banyak sangat ujian dan dugaan masa mengandungkan Hamizan….terutama ujian perasaan (terlalu peribadi untuk aku kongsikan di sini)…segala-galanya mudah semasa kelahiran Hamizan…

Seminggu sebelum aku melahirkan Hamizan, kami berpindah rumah… bayangkan dengan perut yang sarat, selain kena melayan dua hero yang sedang aktif, aku packing barang yang boleh di katakan banyak juga…dari proses mencari kotak, packing, semua dilakukan oleh aku sendiri….

Cuma semasa proses mengangkut barang-barang dan memindahkan ke rumah baru  di lakukan oleh suami dan rakan beliau…

Selepas berpindah, aku mengemas rumah lagi… memang agak memenatkan tapi aku gagahi juga untuk mengemas mana yang patut…aku sedaya upaya cuba berkemas sebelum melahirkan anak…

Pada petang 29 May 2012, semasa makan petang bersama suami, suami ku bertanyakan bila lagi aku akan bersalin… maklumlah, mengikut tarikh scan aku sepatutnya melahirkan anak pada 1 June 2012….dan semasa mengandungkan Hafiz aku bersalin 2 minggu lebih awal…

Aku cuma menjawab tak  pasti, kerana belum ada pun tanda-tanda nak melahirkan.. Cuma rasa sakit2 pinggang …
Selepas suami ke masjid untuk solat magrib, lebih kurang jam 6.30pm aku rasa semacam…rupanya ada keluar darah dan lendir…aku terus memaklumkan kepada suami..

Suamiku bertanya samada aku perlu ke hospital atau tidak..dan aku katakana belum lagi.. aku agak-agak hanya akan bersalin keesokan harinya…

Sekembalinya suami dari masjid selepas solat Isyak…aku dapat rasakan sudah ada rasa sakit bahagian perut… berjalan pun agak susah…jadi suami mencadangkan supaya kami terus sahaja ke hospital..hanya aku,hubby dan Hafiz…Abrisam bermalam di rumah pengasuh… sebelum ke hospital kami sempat singgah ke office hubby untuk mengambil dompet hubby yang tertinggal…

Dalam perjalanan ke hospital aku rasa semacam sangat….seolah-olah saat bersalin makin hampir…

Setibanya kami di hospital…selepas mendaftar aku di bawa masuk ke bilik untuk pemeriksaan air kencing, contraction dan juga dengupan jantung baby…semasa pemeriksaan bukaan cm….baru je 2cm….so aku andaikan aku hanya akan bersalin keesokan harinya based on pengalaman lepas..

Memandangkan aku agak lama juga di bilik itu, so hubby dan Hafiz masuk untuk serahkan hand beg ku…. Selepas itu, hubby balik kerana Hafiz mula meragam kerana mengantuk…aku pun memaklumkan pada hubby, maybe aku akan bersalin esok hari..

Pemeriksaan jantung baby agak sukar dilakukan kerana babyku sedang tidur (nurse yang cakap begitu)… nurse mengetuk-ngetuk perutku…. Tidak lama kemudian aku rasa sakit semacam je…so aku maklumkan pada nurse yang bertugas…Alhamdulillah nurse yang bertugas sangat baik dan peramah…masih muda…

Mendengar aduanku, nurse check sekali lagi bukaan cm ku…agak terkejut juga lah nurse tersebut, kerana sebenarnya kepala baby dah hampir nak keluar…”

“Akak…kita nak pindah bilik sebelah…akak jalan ye, sementara saya prepare alatan..akak dah nak bersalin ni” kata nurse agak kelam kabut juga…

“Apa…” aku tak sangka juga akan bersalin dalam waktu itu…kerana belumlah rasa sakit sangat pun…hihihi…

Apapun, aku gagahilah juga melangkah ke bilik sebelah…masa tu barulah aku rasa sakit sangat…yelah kepala baby dah di bawah sangat….anytime nak keluar…

Selepas tu, aku terus berbaring di katil dan memposisikan badanku dalam keadaan hendak bersalin…(expert dah..hihihi…maklumlah kali ketiga)….

Aku di conduct oleh seorang je nurse…dengan lafaz Bismillah dan diiringin zikir dan macam-macam doa…aku push…hanya 3 kali (kalau tak silap)…babyku selamat keluar…

Alhamdulillah….malam itu, hanya aku yang bersalin agak mudah..kebanyakan yang lain semua bersalin anak pertama..dan semestinya susah !!! kerana belum ada pengalaman di samping..masih FIT kata orang…Kesian pula aku kenang nasib mereka kena marah...boleh dikatakan bilik aku je yang senyap dari suara jeritan...hihi...yang bilik sebelah menyebelah terdengar bunyi mengerang kesakitan di selangi suara geram nurse yang conduct....

Selepas di jahit, dan babyku dibersihkan, aku di letakkan di depan bilik baby memandangkan keadaan baby ku yang agak kebiruan...nurse hendak pastikan babyku dalam keadaan OK sebelum kami di hantar ke wad biasa....

Selepas kulit baby ku agak ok..tidak sebiru @ gelap semasa baru lahir...kami di bawa ke wad biasa…. Hanya keesokan paginya barulah hubbyku datang untuk membawa barangku….

Aku dimaklumkan bahawa babyku akan dirujuk pada pakar kanak-kanak memandangkan
warna kulitnya agak gelap...di kuatiri babyku ada masalah jantung...huhu...Pada Allah ku panjatkan doa
moga babyku sihat...

Alhamdulillah, lega rasanya, selepas di periksa babyku ternyata sihat...maybe dia memang berkulit agak gelap (ikut hubby)...Petang itu juga, aku dan babyku balik ke rumah….Syukur pada Allah…semuanya mudah sangat kali ini…

Sehingga hari ini, proses menjaga Hamizan juga sangat mudah…tidak banyak sangat ragamnya…sangat kuat menyusu…dan seorang baby yang sangat ceria..apalagi terlebih banyak kasih sayang... almaklum kedua-dua
abangnya pun sangat sayang pada Hamizan...

Semoga anak ummi akan terus membesar dengan sihat dan cergas…moga menjadi anak yang soleh…cemerlang dunia dan akhirat…Ameen

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...