Wednesday, October 10, 2012

Kereta Kontrol.....

 Suatu malam tu masa sessi borak anak-anak
dan ummi :
"Ummi, kakak Nono (Pengasuh) mauk belikan 
abang keta kontrol.." kata Abrisam...
Biar betul Nono ni nak beli keta kontrol. Ummi
terus msg Nono memaklumkan tentang apa yang Abrisam katakan...
Rupa-rupanya Nono ni just menabur janji lah 
pada budak-budak ni, sekiranya mereka mengemas
barang permainan, Nono akan belikan kereta kontrol...
Tapi tak sangka pula budak-budak ni ingat...hehe...

So, kerana dah terlanjur berjanji...so Nono tak sedap
hati jika tidak menunaikan janji...so kereta tulah hasilnya...
Maybe lepas ni kakak Nono akan berhati-hatilah 
dalam manabur janji...hehehe


 Abrisam apa lagi, sangat Happy ok...
asyik melekat dengan kereta kontrol ni je...
Siap cakap lagi...abang suka keta kontrol... happy sangat...

 Siap tidur dengan kereta kontrol lagi...
 Ni pulak kereta kontrol Hafiz...entah napa tak nak gerak...hahaha
Ni memang murah sikit daripada kereta Abrisam...
Nangis je minta ummi tolong aturkan keta dia...cian pulak..
Memandangkan Abrisam tak nak bagi pinjam
kereta kontrol dia, so masa dia masuk bilik mandi
ummi cepat-cepat bagi peluang kat Hafiz... merasalah
juga budak tu tekan-tekan kereta kontrol tu...

Keluar je Abrisam dari bilik mandi, terus rampas balik
kereta tu....huhuhu...ummi pujuk bagi pinjam adik tu
kejap pun tak nak...

Mati kutu ummi di buatnya...terfikir2 pula nak belikan Hafiz
kereta kontrol yang sama macam Abrisam punya....
Tapi dalam masa yang sama nak cuba lagi
pujuk Abrisam supaya bertolak ansur dan berkongsi 
permainan dengan adik... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...