Monday, May 23, 2011

Masalah Pelat Pada Kanak-Kanak

sekadar gambar penyeri...hehe

Lagi email yang ummi terima daripada puan Lina.... ummi kongsi di sini, kerana kalau di email hanya ummi yang baca...Insya Allah kalau letak di dalam blog, dapatlah juga berkongsi dengan orang lain.... paling penting dapat jadi rujukan kita semua... selamat membaca....

Salam Ummi Abri,

Telah 2 tahun berlalu semenjak saya merakamkan video Darwish mengenal huruf ketika umurnya 1 tahun. Teringat lagi bagaimana mengajarnya ketika cuba mencuri tumpuannya untuk menyebut setiap flashcard yang ditunjukkan sedang dia sibuk untuk membuat 'kerja'nya sendiri. Biasalah untuk bayi umur 1 tahun keatas ni..

Hari ini saya sangat bersyukur kerana akhirnya saya dapat merakam hasil mengajar Darwish dimana kini dia boleh membaca mana-mana ayat-ayat alquran yang dihafalnya untuk saya bila diminta. Bacaannya bolehlah dikatakan baik untuk kanak-kanak 3 tahun. Sedangkan dia adalah seorang yang pelat dahulunya. Ikut pada keluarga saya yang mempunyai 8 orang adik beradik, yang lelaki semuanya pelat hingga ke umur masuk sekolah darjah satu! Mengikut kata pakar, bagi mereka yang mempunyai kanak-kanak pelat, ibubapa perlulah bercakap dengan bulat dan jelas pada mereka selalu.

Dalam kesibukkan kita, manalah sempat atau teringat nak buat begitu selalu setiap kali kita bercakap! Maka, berdasarkan pengalaman saya, jika ada anak pelat, segeralah ajar mereka al Quran kerana al Quran itu perlu dibaca dan disebut dengan betul maka dalam proses mengajarnya, kita menyebutnya dengan bulat dan jelas, menyebabkan mereka terikut. Maka, hilanglah pelat mereka secara beransur-ansur. Memang pelat ini kelihatan comel sewaktu mereka masih kecil tetapi ia akan menjadikan sesuatu yang memalukan mereka jika terbawa hingga besar.

Alhamdulillah, Allah memberi saya yang terbaik. Selain dari seorang anak perempuan diberinya saya seorang anak lelaki yang nakal dan pelat pula tu! Pelat yang saya rasa agak serius hingga saya dan suami selalunya tidak faham apa yang dicakapkan kepada kami nak masuk umurnya 3 tahun. Sebab itu sebelum ini video Darwish menghafal tidak banyak. Yang ada kebanyakkannya video Darwisya. Semuanya kerana Allah mahu saya mempunyai pengalaman mendidik kanak-kanak yang berbeza dari segala serba serbinya. Maka dapatlah saya ilmu dan pengalaman mendidik keduanya.

Untuk lihat video Darwish melafazkan surah-surah alquran, sila lihat di link http://www.youtube.com/watch?v=fSXnwoJTPI0

Untuk lihat video Darwish berumur 1 tahun yang sedang diajar mengenal huruf, sila lihat http://www.youtube.com/watch?v=g2cSZcp4frw

Tentang kursus yang saya jalankan baru-baru ini, Alhamdulillah ianya berjalan dengan lancar. Saya ada edarkan borang maklumbalas pada semua dan antara soalan yang saya tanya tentang kursus samada:

a) Info dalam kursus sudah diketahui
b) Info dalam kursus adalah biasa-biasa saja
c) Info dalam kursus banyak yang belum tahu dan sangat bermanfaat

Alhamdulillan 100% peserta menjawab C. Semoga ilmu yang diperolehi dimanfaatkan dan semoga lebih ramai lagi huffaz cilik dalam masyarakat kita.

Akhir sekali saya ingin memaklumkan kemasukkan produk baru di e-shop saya iaitu DVD Kartun Dwi Bahasa (Arab dan English). Kartun Dora, Diego dan Little Einstein yang memang diminati kanak-kanak secara keseluruhannya. Kini dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris yang boleh ditukar-tukar pada menu 'Language' remote control DVD kita. Kanak-kanak boleh didedahkan pada 2 bahasa ini dengan cara yang menyeronok.

Boleh juga dijadikan bahan bagi memahirkan perbendaharaan Bahasa Arab bagi orang dewasa yang sedang belajar Bahasa Arab. Setiap DVD mempunyai 4-5 tajuk dengan 70-90 minit utk satu DVD. Tajuk- tajuk cerita yang memuatkan ceritata pengembaraan yang berbeza. Sila lawati www.islamicparentingnetwork.com/e-shop

Ikhlas dari,

Lina Karim

www.islamicparentingnetwork.com

www.darwishndarwisya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...