Friday, March 30, 2012

Pengajaran Dari 3 Ibu - Siri 1

(3 ibu yang membesarkan anak dengan cita-cita yang sama tetapi realitinya 2 ibu mendidik anaknya hingga menjadi 2 tokoh yang mengharumkan nama Islam (Muhammad Al Fateh dan Imam Syafie) dan seorang ibu yang agak malang kerana impian untuk anaknya menjadi sebaliknya, (Mustafa Kamal Attartuk) hingga mayat anaknya tidak diterima bumi dan diletakkan di bangunan marmar hingga sekarang)

- EMAIL YANG UMMI TERIMA DRPD KENALAN UMMI

Assalamualaikum Ummu Abrisam ,

Baru-baru ini, saya selesai membaca sebuah buku. Perangai saya yang tidak baik adalah jika saya sudah asyik dengan jalan cerita sebuah buku, saya akan susah untuk meletakkannya selagi ia tidak habis. Setiap kali saya terpaksa meletakkannya, kepala saya akan berfikir tentangnya sehingga saya memegang buku tersebut semula. Sebab itu saya sangat berhati-hati dengan bahan bacaan saya supaya ianya mestilah bermanfaat dan tidak hanya menghabiskan masa saya. Untuk pengetahuan Ummu, buku-buku yang telah saya baca dan saya fikir menarik, telah saya masukkan ke e-shop Islamic Parenting Network. Jemputlah jenguk buku-buku tersebut ya!. Buku terbaru yang saya baca adalah sebuah Novel bertajuk Mustapha Kamal Attartuk. Buku ini menyebabkan saya rasa sedih dan termenung sambil membuat perbandingan dengan buku-buku yang telah saya baca sebelumnya. Kesimpulan yang boleh saya buat adalah..

"3 nama iaitu Imam Shafie, Muhammad Al Fateh dan Kamal Attartuk mempunyai ibu yang kuat agama dan kuat beribadat. Ketiga-tiganya selalu berdoa untuk anak mereka dan selalu menyatakan harapan mereka kepada anak mereka supaya mereka menguasai al Quran. Tetapi kenapa 2 jadi kenyataan (Imam Syafie dan Muhammad Al Fateh) dan seorang lagi (Mustapha Kamal Attartuk) tidak? Malah dialah penghapus sistem kekhalifahan Islam di muka bumi, menukar azan, menghapuskan sekolah agama, menutup masjid dsb."

Sesiapa yang tidak tahu tentang 3 tokoh ini saya perkenalkan disini serba sedikit, Imam Syafie yang dimaksudkan adalah Imam Mazhab kita yang menghafal seluruh al Quran pada umur 9 tahun,Muhammad Al Fateh adalah penakluk Kota Konstantinopal yang diberitakan dalam hadis Rasulullah 800 tahun sebelumnya, dan Mustapha Kamal Attartuk adalah Presiden Turki yang pertama. Cita-cita ketiga-tiga ibu mereka ini adalah untuk melihat anak mereka menjadi penghafal al Quran namun saya telitikan banyak bezanya antara ibu-ibu yang berjaya dengan seorang ibu yang agak malang ini. Didalam setiap kejadian yang telah berlalu, memang Allah sematkan pengajarannya bagi orang yang berfikir dan mengambil pelajaran darinya. InsyaAllah saya akan kongsikan di emel yang akan datang. Namun saya ingatkan, bahawa sesuatu cerita, akan di nilai lain bagi orang yang berlainan. Maka, sama jugalah seperti buku ini. Saya mungkin menilainya lain dari Ummu. Jika saya membaca buku seseorang tokoh (seperti 3 tokoh diatas), saya sentiasa ingin menyelidik orang dibelakang tabir yang membentuk ketokohannya iaitu ibubapanya dan saudara serta kawan-kawan sekelilingnya. Penumpuan saya tidak fokus pada subjek yang dibincangkan. Maka jika ianya berlainan dari pendapat orang lain pada buku yang sama, ia adalah kerana sebab-sebab tersebut.

Bagi saya, membaca 3 buah buku ini adalah seolah membaca kisah berkisar cara mendidik anak dalam bentuk sebuah novel yang menarik dan terbukti hasil kisahnya dan bukan seperti membaca sebuah buku peraturan panduan mendidik anak yang biasa-biasa di pasaran. Saya pasti tentu ada sebab Allah mempertemukan saya dengan buku-buku ini. Alhamdulillah.. Semoga saya mengambil pengajaran daripadanya.

InsyaAllah kita akan berjumpa lagi di emel yang akan datang..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...