Friday, March 30, 2012

Pengajaran Dari 3 Ibu - Siri 3

(3 ibu yang membesarkan anak dengan cita-cita yang sama tetapi realitinya 2 ibu mendidik anaknya hingga menjadi 2 tokoh yang mengharumkan nama Islam (Muhammad Al Fateh dan Imam Syafie) dan seorang ibu yang agak malang kerana impian untuk anaknya menjadi sebaliknya, (Mustafa Kamal Attartuk) hingga mayat anaknya tidak diterima bumi dan diletakkan di bangunan marmar hingga sekarang)

- EMAIL YANG UMMI TERIMA DRPD KENALAN UMMI


Sampai kita ke Siri ke 3 - dalam Pengajaran Dari 3 Ibu (Siri 1 dan 2 telah saya emelkan sebelum ini). Subjek kali ni kita bercerita tentang impian suami isteri untuk anak yang sama.

Alhamdulillah jika kita mempunyai cita-cita yang sama untuk anak-anak kita. Mudah kita untuk merancang hala tuju pendidikan mereka. Tetapi apa kata jika ianya berbeza? Suami ingin anak jadi begini, isteri ingin anak jadi begitu? Memang tidak dinafikan ada ramai pasangan yang bertengkar dengan pasangan masing-masing kalau tidak kerana masalah duit, ia boleh jadi kerana ibu mertua, adik ipar, juga sebab anak dan lain-lain. Yang pertengkaran kerana anak inilah yang kita kena utamakan/segerakan penyelesaiannya. Itulah juga antara topik yang saya bincangkan dalam kursus 'Mengajar Al Quran Pada Bayi dan Kanak-Kanak'.

Berbalik kepada Pengajaran Dari 3 Ibu (Ibu Imam Syafie, Ibu Muhammad Al Fateh, Ibu Mustafa Kamal Attartuk) . Maafkan saya jika kali ini saya ingin melencong sedikit. Saya ingin berbincang tentang BAPA sebelum berbincang tentang ibu-ibu ini. Dari 3 bapa ini, hanya bapa Mustafa Kamal Attartuk sahaja yang tidak mahu anaknya bersekolah di sekolah agama dan mahu dia di sekolahkan di sekolah yang baik pada tanggapannya. (biasa dengar cerita macam ni?) Ayahnya berkawan baik dengan orang Yahudi, sangat tertarik dengan kejayaan orang Yahudi dalam bidang ekonomi dan mahu anaknya bersekolah seperti anak mereka. (untuk senario zaman sekarang, mungkin kita pernah tengok orang kita hantar anak pergi Sekolah Cina dengan sebab yang sama)

Ini menyebabkan ayahnya selalu bertengkar dengan ibunya tentang kemana arah hala tuju anaknya itu. Ayahnya mengimpikan anaknya untuk menjadi seorang pemimpin satu hari nanti. Ibunya pula ingin dia menjadi seorang tahfiz. Rapat bapanya dengan orang Yahudi sehingga bila dia meninggal dunia, rakan Yahudinya itulah yang membantu menanggung persekolahan anaknya sehingga Mustafa Kamal Attartuk menganggapnya sebagai bapanya yang baru. Rasulullah telah mengajar kita untuk berhati-hati dengan orang Yahudi tetapi nampaknya dia mengejar cita-cita untuk anaknya lebih dari dia menyayangi Rasulullah. Tentulah Allah Maha Arif tentang niat buruk yang tersembunyi didalam hati mereka sehingga Rasulullah menyuruh kita berhati-hati dengan mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w, " Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga aku lebih dia cintai dari ayahnya, anaknya dan semua manusia"

Ingin saya perjelaskan disini, bagi negara Barat, tercatat dalam sejarah mereka bahawa Mustafa Kamal Attartuk adalah seorang wira. Beliau adalah seorang tokoh... satu contoh yang dipuja dan dihormati. Manakan tidak, Tentera Salib telah cuba menghancurkan kerajaan Kekhalifahan Islam selama berabad lamanya tetapi tidak berjaya. Rupanya ia perlu dihancurkan dari dalam dan boleh dilakukan dengan sekelip mata oleh Mustafa Kamal Attartuk.

Saya harap jangan salah faham dengan apa yang ingin saya sampaikan. Tidak salah untuk menghantar anak ke sekolah mana pun tetapi jangan ketepikan al Quran. Alangkah baiknya jika Mustafa Kamal Attartuk menjadi seorang pemimpin seperti yang diimpikan bapanya DAN JUGA seorang tahfiz seperti yang diimpikan ibunya. Akhirnya hanya impian bapanya sahaja yang tercapai dan begitulah yang tercatat dalam sejarah.

Ikhlas dari,


p/s: Maaf sebab lambat reply



Lina Karim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...