Thursday, June 9, 2011

Bayi Genius ... Bayi Soleh

http://anakkusayang.com/v5/index.php?option=com_content&view=article&id=51324:bayi-genius-bayi-soleh&catid=42:pendidikan-anak&Itemid=97




Bila bercakap tentang bayi genius. Wah... itulah perasaan kita. Cam bombastik kan bila bayi boleh membaca seawal usia beberapa bulan. Terbit rasa cemburu dengan geniusan anaknya. Persoalannya, kenapa anak kita tak sehebat anak mereka ? Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa kesilapan kita dalam mendidik bayi genius.

1. Berimpian besar
Soalan pertama ialah, kita ada impian ke nak tengok bayi kita jadi genius ? Pada usia berapa bayi kita patut pandai membaca ? Bila b[ayi perlu pandai mengira ? Bila bayi perlu pandai hafaz Quran ?

2. Meniru jejak ibubapa bayi jenius
Selepas kita menulis dengan jelas impian kita. Carilah ibubapa yang telah berjaya menjadikan bayi mereka mencapai impian yang sama dengan impian yang ingin kita capai. Tirulah jejak mereka.

3. Perancangan dan usaha
Ramai yang terhenti setengah jalan dalam berusaha. Tidak merancang apa yang akan diajar dalam sehari kepada anak dan membuang masa dengan aktiviti sia-sia. Jika anda ingin berjaya, jangan berhenti berusaha, latihlah anak anda menjadi genius kerana otak bayi umpama span yang menyerap segala-galanya. Pengulangan adalah kunci kejayaan.

4. Penilaian
Setelah samapai satu tempoh masa pengajaran, anda boleh menguji kebolehan anak anda menyerap semua yang telah diajarkan padanya. Buatlah satu rekod kejayaannya dan berilah hadiah serta penghargaan kepadanya.

Teruskan usaha sehingga berjaya.



Jika hari ini bayi kita belum pandai membaca, kitalah yang belum kuat berusaha melatihnya membaca. Sebenarnya membaca yang dimaksudkan bukan bayi menyatakan "clap" untuk tulisan "clap" tapi cukup jika bayi mampu menepuk tangan bila melihat perkataan "clap". Itu sahaja, proses membaca bukan melalui proses kuno iaitu dengan cara mengeja tapi mengenalpasti bentuk perkataan dan menyatakan dalam bentuk yang bermakna.

Sebagaimana anda mengenal lambang Petronas untuk Petronas, begitulah bayi mengenal perkataan "petronas" untuk Petronas. Mudahkan ! Dalam usaha membijakkan anak, semoga kita tak lupa menuangkan akhlak dalam diri anak-anak. Mampukah anak-anak mengamalkan doa-doa harian, membaca al-Quran dan mendirikan solat di awal usianya ? Dan kitalah cerminan mereka !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...