Tuesday, June 28, 2011

Usia 3 Tahun, Bagaimana Memebentuk Peribadi




http://anakkusayang.com/blog/pendidikananak/usia-3-tahun-bagaimana-memebentuk-peribadi

Bismillah walhamdulillah…

Mengorak langkah demi langkah yang sukar, pasti masa mencemburui, pasti juga cabaran terus menerjah hidup kala ini. Bukan mudah memulakan dan meneruskan hidup berumah tangga dengan kurnia 2 orang anak

Dalam usia 3 tahun, usia yang penuh dengan keseronokan dan pembelajaran, Abdullah mula membentuk keperibadian dirinya. Dalam hati, risau, bimbang, seronok, ‘excited’ semua ada. Bukan apa, cuma inginkan yang terbaik bagi anak-anak. Usia 3 tahun sebenarnya bukanlah usia seorang anak yang telah mencapai tahap mumaiyiz, namun hal baik buruk perlu ditekankan dan diajar sedikit demi sedikit.

Keadaan persekitaran terlalu banyak mempengaruhi hidupnya. Terpulang pada ibu bapa, bagaimana persekitaran yang kita ingin sediakan buat anak kita. Saya seringkali mengimpikan anak dapat menghafal Al-Quran dan menjadi orang berguna buat semua orang. Sedikit demi sedikit usaha itu saya mulakan. Peribadinya masih goyah. Masih berubah saban waktu. Kadangkala rajin sangat membantu, kadangkala rajin juga melayan adiknya, ada masanya ingin menghadap televisyen dan ada masanya tak mahu makan nasi. Jadi apa tndakan saya?

Keliru dengan perubahan ini, saya mula menjadikan rutin harian kami pada waktu pagi dengan “jalan-jalan beli kuih”… hehe

Hampir setiap pagi saya kejutkan Abdullah, kami keluar jalan-jalan kala orang lain sedang enak dalam mimpinya. Adiknya Muhammad, tak perlu dikejutkan. Kalau bukan jam 5 pagi, jam 6 pagi jagalah dia dari tidur. Mungkin Muhammad dalam golongan “touchy baby”. Senang betul terjaga bila dengar suara abangnya. =)

Mengapa saya keluar jalan-jalan di waku pagi? Hal ini kerana, ketika bangun dari tidur, anak akan memulakan kehidupannya pada hari tersebut. Waktu pagi sangat mempengaruhi masa-masa berikutnya dalam hari tersebut. Maka saya inginkan emosinya baik, positif dan gembira sentiasa ketika hari tersebut. Apa yang saya dapati, ketika saya enggan (tak larat sebenarnya) berjalan-jalan dengannya di waktu pagi, mulalah moodnya berombak. Kita juga yang susah nanti.

Membentuk peribadi yang baik, harus bermula dengan kehidupan yang positif. Baik buat ibu bapanya mahupun anak-anak. Jika anak-anak dalam keadaan tertekan, ingat bahawa enzim kortisol akan dirembeskan dan akan mengurangkan perkembangan mindanya (kata seorang pakar kanak-kanak indonesia dalam sebuah websitenya).

Teringat iklan MILO dalam televisyen, Play More, Learn More. Proses pembelajaran anak adalah dengan bermain. Keseronokan itulah yang memberinya banyak ilmu pengetahuan. Bukan tekanan dan paksaan. Seperti ayah saya mengajar Abdullah mengahfal surah al-Ikhlas pada ketika itu, bukan paksa, namun dalam keadaan yang seronok dan seringkali ayah saya menggunakan “reverse psychology”. Tentunya hal ini memberi inspirasi kepada saya untuk terus mengajarnya untuk menghafal ayat-ayat Allah.

Dengan ini, peribadi positif anak akan mula terbina. Belajar itu seronok, menghafal itu mudah, dan segalanya positif. Buat para ibu bapa, banyaklah berdoa agar usaha kita dinilai oleh Allah dan berjaya dengan izinnya. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...