Wednesday, June 8, 2011

Mendidik Anak Hyperaktif

by Ibubapa Cemerlang on Friday, May 27, 2011 at 8:36am

Tidak dinafikan, mempunyai anak yang hyperactive memang memenatkan dan mencabar jiwa sebagai ibu bapa. Berat mata memandang, begitu juga berat orang yang menanggungnya. Namun, apa yang boleh dikongsikan di sini adalah 10 tips yang mungkin boleh menjadi sebahagian daripada motivasi diri untuk terus kuat menjaga anak dalam kategori ini.

Sebenarnya ini adalah ujian bagi ibu bapa dan harus sama-sama sabar dalam memikul tanggungjawab itu kerana mereka tetap anak anda:

  1. Ajarkan disiplin kepada anak hiperaktif, supaya mereka mampu berdikari dan mengatur dirinya dengan baik. Ini permulaan yang amat penting.
  2. Jangan sesekali menghukum mereka, kerana tingkahlaku hiperaktif mereka itu bukanlah kesalahan mereka yang disengajakan.
  3. Jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya ia akan bersikap seperti yang dilabelkan padanya. Kata-kata dari ibu bapa adalah doa buat anak.
  4. Cuba mencari kaedah terapi yang berbeza-beza bagi setiap anak. Ibu bapa seharusnya mampu menentukan kaedah terapi yang terbaik bagi anak (contoh: psikologi yang berkesan).
  5. Berikan kasih sayang (bukan memanjakan) pada anak hiperaktif melebihi saudara lainnya. Ini kerana, sebanyak mana pun kasih sayang yang dicurahkan kepada anak hiperaktif, tidak akan cukup bagi mereka.
  6. Dalam proses pembelajaran bagi anak yang hiperaktif, janganlah merasa bosan untuk terus menerus mengulangi perkara-perkara yang cepat dipelajari dan diingati oleh anak normal.
  7. Ketika berbual-bual sesama sahabat anda, di mana ketika itu anak anda ada bersama-sama anda, ucapkanlah kata-kata yang baik mengenai anak anda dan jangan sesekali menceritakan sebarang kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukannya.
  8. Berhati-hatilah terhadap segala tindakannya yang mungkin dapat membahayakan dirinya atau orang lain.
  9. Perbanyakkan komunikasi dengan anak anda. Bagi situasi anak normal kita cenderung berkomunikasi pada saat-saat tertentu, tetapi bagi anak hiperaktif kita harus berkomunikasi “setiap seminit sekali”.
  10. Salah satu perkara yang berat dalam berdepan dengan anak yang hiperaktif adalah ketika sedang berada di meja makan dan kita meminta dia makan sendiri. Mungkin ketika itu dia akan main-main dengan makanannya atau berlari- lari disekeliling meja makan. Tetapi jangan memarahi mereka. Paling penting adalah anda harus suapkan mereka dengan penuh sabar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...