Tuesday, June 21, 2011

Perkara Positif Yang Ibu Boleh Lakukan Ketika Mandikan Anak

http://tintacomellote.blogspot.com/2011/06/perkara-positif-yang-ibu-boleh-lakukan.html


"Hakim pergi mandi" suruhan ibu seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hakim tetap diam tidak bergerak, selesa dengan berpeluk tubuh sahaja di sofa.

"Hakim pergi lah mandi, nanti lewat ke sekolah!" Nada suara ibu semakin meninggi, tapi Hakim langsung tidak mengendahkan. Melihatkan itu, ibu merendahkan sedikit suara seraya bertanya "Hakim nak pergi sekolah tak? Nanti lewat abah tinggal" "Hakim nak ibu mandikan" kata Hakim dengan nada sedikit manja (ada sedikit mengada di situ ;) )

Pernah tak situasi begini berlaku? Walau sudah 6 tahun, masih mahu ibu jirus dan mandikan. Daripada kita membazir tenaga dan suara bila marah (nanti datang pulak stress) baik kita ajak jer anak mandi dengan cara baik, dan gunakan masa mandikan anak itu dengan perkara positif seperti berikut;

1. Semasa membuka pakaian anak, tundukkan sedikit badan (sebaiknya melutut) biar mata ibu dan anak searas, dan sebutkan perkara-perkara yang baik tentang anak. Contohnya; ibu suka bila Hakim bangun awal hari ni, ibu nak Hakim bangun awal setiap hari.

2. Bawa anak ke bilik air, jirus badan bermula dari bahagian bawah ke atas. Jirus sambil pegang dan gosok kepala anak dan rangsang dengan perkataan yang positif seperti; Wah best kan mandi pagi2, segar jer rasa... Hakim tahu tak ibu sayang Hakim sebab Hakim anak yang baik, pandai ambil hati ibu, suka tolong ibu buat kerja rumah... bla..bla.

3. Masa sabun juga boleh dirangsang dengan perkara yang positif lagi... contoh; Bila Hakim besar ibu nak Hakim jadi orang yang berjaya dunia akhirat, Hakim nak jadi apa dah...? Biar anak rasa seronok

4. Bilas dengan kata-kata positif lagi sekali, jangan risau jika tidak tahu nak cakap apa ulang sahaja perkara yang sama, anak tidak akan jemu bila ibu sentiasa memuji dengan perkataan yang baik-baik, tidak pernah jemu anak mendengarnya. Sambil-sambil pegang kepala anak sambil berdoa di dalam hati supaya anak kita menjadi anak yang soleh/solehah dan berguna kepada bangsa dan agama.

5. Sambil gosok gigi beritahu anak; Mulut ini tuhan ciptakan supaya kita bercakap perkara yang baik-baik, Allah sangat suka jika kita sentiasa senyum dan bercakap perkara elok-elok nanti boleh masuk syurga.
(Kenapa gosok gigi no. 5? Hehe memang anak2 ibu mandikan dulu baru gosok gigi... isk dah terbiasa begitu)

6. Lapkan anak dengan tuala di badannya sambil-sambil boleh tanya, Hakim suka tak ibu mandikan... hehe sudah tentu jawapannya suka! Hakim tahu tak ibu lagi suka kalau Hakim mandi sendiri

7. Biasanya Hakim akan bersedia untuk mengenakan pakaian sendiri dan seronok untuk ke sekolah selepas 6 proses tadi.

Jadikan masa mandi suatu yang menyeronokkan, yang penting dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak.

Ibu percaya anak yang sentiasa dirangsang secara positif akan bertindak positif dengan persekitarannya.

Ibu mahu menjadi ibu yang baik untuk anak-anak ibu, ibu yang sentiasa tenang dan menggembirakan, ibu yang matang dalam tindakan dan lembut dalam tutur kata.

Ya Allah perkenankanlah supaya anak-anak ibu juga membesar dalam keadaan yang tenang dan gembira, matang perwatakannya dan lembut katanya.

Semoga bersua lagi, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...