Thursday, June 9, 2011

Adakah Normal Anak Anda Bersikap Malu?

Ya, pada umur 1-3 tahun, sifat malu adalah normal bagi mereka. Terdapat dua sebab utama:


1. Anak anda memang pemalu.
Sering diam dan tunduk jika ditanya atau teragak-agak untuk menyertai kumpulan kanak-kanak yang sedang bermain. Ia adalah semulajadi. Kadangkala, sifat malu pada kanak-kanak ini lebih tepat dengan istilah lambat untuk beradaptasi. Anak anda mungkin memerlukan sedikit masa untuk selesa dengan satu-satu keadaan baru.

2. Boleh juga berlaku kerana anda mengalami kerisauan apabila berjauhan dengan anda.

Anak sering ‘melekat’ pada ibunya atau penjaganya lebih daripada biasa. Hal ini akan menjadi-jadi pada usia anak 10 – 18 bulan. Dan biasanya akan berakhir pada akhir tahun keduanya.

Walaubagaimanapun, dengan segala penerangan di atas, cadangan saya untuk mengatasi anak yang pemalu ini adalah sama…

1. Bantu anak anda untuk rasa selesa dalam keadaan sosial dengan membiarkannya berinteraksi dengan kanak-kanak lain atas keselesaannya sendiri.

2. Mengajak jiran atau sepupunya untuk mendekatinya dan bermain dengannya dengan baik dan perlahan-lahan serta nantikan tindak balas daripada anak anda. Itu lebih baik daripada mengarahkannya supaya memulakan kerana ia akan menimbulkan rasa tertekan sekiranya anak anda memang seorang pemalu.

3. Apabila ramai kanak-kanak, biarkan anak anda di atas riba sehingga dia benar-benar selesa dengan dengan persekitaran dan mula beradaptasi. Cara itu lebih baik daripada anda sendiri bersama dengannya masuk ke dalam kumpulan tersebut kerana jika anak benar-benar tidak selesa, kemungkinan besar anak akan terus tidak mahu bergaul.

Bagaimana anak anda? Jika mudah bergaul, alhamdulillah. Cuma, jangan lupa perhatikannya dari aspek keselamatan dan tingkah lakunya. Wallahua’lam…


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...