Tuesday, June 28, 2011

Emosi Kanak-Kanak : Marah



http://anakkusayang.com/blog/pendidikananak/emosi-kanak-kanak-marah

Jom kenali anak kita…

Pada awal usia kanak-kanak, emosi marah masih belum terbentuk dengan jelas. Yang ada hanyalah keadaan emosi umum berupa tangisan serta gerakan-gerakan yang tidak teratur. Akan tetapi keadaan ini tidak kekal lama. Emosi kanak-kanak akan mula terbentuk.

Antara sebab-sebab yang menyebabkan anak marah ketika usia awal ini adalah kerana kemahuan-kemahuan psikologinya tidak terpenuhi. Akan tetapi, apabila usianya bertambah dan gerakan-gerakan dapat dikuasainya, kekuatan otok serta bahasanya mulai subur, maka kita akan mendapati emosi-emosi marah itu mula bertambah.

Maka, di sini ada factor-faktor terbentuknya emosi marah.

  1. Mengkritik kanak-kanak
  2. Memarahinya
  3. Mengintai-intai kesalahannya
  4. Membandingkannya dengan kanak-kanak yang lain
  5. Membebaninya dengan pekerjaan atau arahan yang berat
  6. ‘Masuk campur’ urusan dan kegiatan yang sedang dijalankannya tanpa hemah

Goodenough (Anger In Young Children) telah menjalankan beberapa kajian terhadap sebilangan kanak-kanak (45 orang). Ibu-ibu bagi kanak-kanak tersebut diminta supaya mencatat kemarahan kanak-kanak mereka stiap hari dalam jangka masa 2 – 4 bulan.

Dalam kajian ini ternyatalah bahawa ¾ daripada sebab kemarahan kanak-kanak yang berumur hingga 3 tahun adalah berjalan di sekitar perhubungannya dengan kedua ibu bapanya, dan saudara-saudaranya termasuklah penguasaan ke atas gerak geri kanak-kanak, arahan kepadanya, serta sesuatu yang berkaitan dengan menidurkannya, waktu makan, atau mengarahkannya melakukan adat-adat kesihatan yang berhubung dengan mandi, buang air, membersihkan gigi, menyikat rambut ataupun memaksanya membuat pekerjaan di dalam rumah.

Cara kanak-kanak menggambarkan emosi marah itu adalah berlainan disebabkan umur yang berbeza. Melalui kajian ini, hamper 90% daripada reaksi marah kanak-kanak di tahun pertama merupakan tenaga tanpa arah (undirected energy)

  1. Meraung
  2. Mencampakkan diri ke lantai
  3. Menendang dengan kedua belah kaki
  4. Menggigit
  5. Melompat

… nisbah ini menurun kepada 40% ketika kanak-kanak ini mencapai usia 4 tahun.

Reaksi kanak-kanak empat tahun, lainlah pula. Antaranya

  1. Membangkang
  2. Menggunakan perkataan-perkataan dengan tujuan mengugut

Manakala marah yang dilahirkan dengan cara menuntut bela hampir tidak ada pada kanak-kanak dalam tahun yang pertama. Namun ketika umurnya empat tahun, cara ini mula ditunjukkan.

Maka, ibulah yang paling mengenali anaknya. Berlakulah sebaiknya kepada anak kita. Kerana itulah yang bakal ditonjolkan oleh mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...