Wednesday, June 8, 2011

Pendidikan Anak : Peraturan dalam rumah

http://anakkusayang.com/blog/pendidikananak/pendidikan-anak-peraturan-dalam-rumah

“Pang!!”, bunyi pinggan pecah.

“Abdullah! Kan ummi dah cakap banyak kali dah! Jangan main dengan pinggan! Kan dah pecah!”.

“Pap!”, bunyi pukulan singgah di tangan Abdullah.

“Ni supaya Abdullah ingat, lain kali jangan buat lagi dah!.” Kata Ummi.

“Bedebuk… Waaa!!!” bunyi tangisan adik.

“Abdullah! Kenapa tendang adik! Kan ummi dah cakap banyak kali dah! Kesian adik! Kalau orang tendang Abdullah, Abdullah suka tak?”

“Pap!”, bunyi pukulan singgah di kaki Abdullah.

“Ni supaya Abdullah ingat, lain kali jangan buat lagi dah!.” Kata Ummi

Tiba-tiba terbau asap dalam rumah.

“Abdullah! Kenapa main mancis! Bahaya! Boleh terbakar nanti!”

“Pap!”, bunyi pukulan singgah di tangan Abdullah.

“Ni supaya Abdullah ingat, lain kali jangan buat lagi dah!.” Kata Ummi.

*Rekaan semata-mata… tak ada kaitan dengan yang kene pukul atau yang memukul… J

Apa kesalahan yang dapat anda kesan dari tiga situasi di atas?

Sebenarnya, kalau diasingkan tiga situasi di atas, mungkin kaedahnya betul, tapi apabila di gabungkan ketiga-tiga kes, barulah kesalahan itu nampak.

Ok, sekali lagi, apa kesalahannya? Dapat teka tak? :P

Jawapannya… semua cara menghukum diatas sama sahaja….

Bukan semua kesalahan sama sahaja nilainya. Ada kesalahan yang besar dan ada kesalahan yang kecil. Dalam mendidik anak, kita perlu jelas dengan kategori kesalahan yang mereka lakukan dan bagaimana kita menangani kesalahan tersebut.

Cuba bayangkan mahkamah yang hukumannya berdasarkan ikut suka hati hakim…. Agak-agaknya apa yang akan jadi? Kalau pesalah tu cute, comel, hukumannya ringan… Pesalah yang muka pecah rumah pulak kene hukum seberat-beratnya. Kalau Hakim badmood, hukuman teruk, kalau mood baik, maafkan jer… Tak ke hancur dunia?

Sebab tu kaedah menghukum kena konsisten, supaya anak mengetahui nilai kesalahan tadi. Kesalahan yang sangat serius dan tidak boleh dimaafkan mesti dihukum dengan kaedah yang lain dengan kesalahan biasa seperti bising dan sebagainya.

Tak boleh hukuman menjadi berat jika ibu tengah tensyen, dan menjadi ringan ketika ibu tengah gembira. Anak akan melihat hukuman sebagai kebencian ibubapa bukannya suatu balasan yang sepatutnya dia dapat kerana melakukan kesalahan. Kesimpulan yang anak akan dapat apabila dimarahi nantinya adalah dia dibenci. Ataupun sekurang-kurangnya anak tidak melakukan kesalahan kerana takut dimarahi, bukannya kerana dia faham apa akibat kesalahan itu.

Satu hari saya bertanya kepada Abdullah,

“Abdullah, boleh tak pukul adik?”

“Tak boleh…”

“Kenapa tak boleh pukul adik?” (Saya memang suka bertanya soalan kenapa… Hampir semua benda yang abdullah cakap dia kena bagitahu kenapa. Hasilnya, Abdullah pun sangat suka bertanya kenapa pada semua orang)

“Sebab nanti Abi marah”

Oooops… kesalahan dalam pemahaman sudah dikesan…

Seperti mahkamah yang mempunyai peraturan yang tetap, sebaiknya ada persepakatan diantara suami dan isteri mengenai jenis kesalahan dan apa hukuman yang sepatutnya berdasarkan kesalahan yang sepatutnya. Kira macam dah ada peraturan yang memang semua orang kene ikut. Kemudian terangkan peraturan tadi kepada anak.

Bagi kami berdua, kami bahagikan kesalahan anak kepada 3 jenis kesalahan:

1. Kesalahan Berat : Membahayakan nyawa sendiri dan orang lain atau boleh mendatangkan kecederaan serius. Kesalahan ini memang kami sangat tegas menanganinya, anak akan dirotan dan dimarahi dengan sungguh-sungguh supaya langsung tidak diulangi dan terus melekat sampai bila-bila.

2. Kesalahan Sederhana : Menyakitkan orang tak sampai cedera, merosakkan barangan yang sangat berharga. Kesalahan seperti ini, kami sepakat anak akan dimarahi, kalau perlu dipukul tapi tak sampai menyakitkan, cuma sebagai amaran.

3. Kesalahan Ringan : Menyepahkan barangan, bising-bising, lompat-lompat dan sebagainya. Juga termasuk merosakkan barang yang tak berapa berharga. Untuk kesalahan ini, anak akan ditegur dan dinasihati sahaja.

Terpulang pada anda, macam mane yang anda ingin letakkan, tapi peraturan rumah tetap perlu ditetapkan dan perlu diikuti.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...