Tuesday, June 28, 2011

Fitrah, Anak dan Marah!


http://anakkusayang.com/blog/sembang/fitrah-anak-dan-marah

Nabi berpesan, setiap anak lahir di dalam keadaan fitrah ibarat kain putih, terpulang kepada kedua ibubapanyalah bagaimana mereka akan dicorakkan nantinya. Seorang ibu dan ayah yang baik akan sedaya upaya mencorakkan anaknya menjadi seorang anak yang baik juga.

Begitu juga sebaliknya. Apakah salah seorang anak, apabila semua yang diketahuinya, semua yang dipelajarinya, semua itu datang daripada rumahtangga yang porak peranda?

Biasanya apabila anak membuat kesalahan, yang akan disalahkan adalah peribadi anak tersebut, sedangkan dari mana dia belajar, siapa yang mengajar jarang dipersalahkan.

Anak-anak akan sentiasa lahir di dalam keadaan suci, tidak mengerti apa-apa, ibarat kain putih, maka apabila kain tersebut dikotori oleh lumpur, apakah kain itu yang bersalah?

Anak-anak sentiasa akan melakukan kesilapan, kerana mereka seorang anak, masih belum mampu berfikir, mahupun bertindak dengan baik. Itu fitrah mereka. Apakah “marah” merupakan jalan keluar yang baik? Adakah kita mahu mengajarkan kepada anak kita yang seandainya anda mahu orang lain mengikuti apa yang anda inginkan, maka anda hanya perlu “marah”.

Itukan “corak” yang dilukis pada “kain” mereka?.

Kita kan merupakan ibu dan bapa, bukan orang gaji, kita bukan ingin menjaga anak dengan cara yang paling “senang”, kita mahu mendidik anak dengan cara yang paling “betul”.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...