Tuesday, February 21, 2012

Anak anda bosan?


“Permudahkanlah dan jangan mempersulit, besarkanlah hati dan jangan membuat orang lari”(HR Bukhari), suatu hadith yang menjadi asas kepad kaedah berdakwah (atau nama lainnya mendidik manusia). Imam Nawawi kata, “Kalau Rasulullah SAW cuma mengatakan permudahkanlah, bermakna orang boleh mempermudah sekali sekala akan tetapi sering menyusahkan. Kerana itu baginda menyambung dengan perkataan dan “jangan lah mempersulitkan”.

Teguran ini Baginda SAW sematkan bagi semua orang yang ingin membawa islam. Kaedah fiqh dakwah dalam mengajak orang kepada islam adalah memudahkan, memberi, menyenangkan hati mereka, menghibur mereka, dan dilakukan dengan lemah-lembut.

Dalam mendidik anak, ingat mereka mudah jemu kalau aktiviti pembelajarannya terlalu berat. Permudahkan silibus bagi mereka. Jadikan pembelajaran waktu bergembira. Jangan terlalu dipaksa-paksa, akan tetapi timbulkan keinginan untuk anak belajar kerana diri mereka yang memilih untuk belajar.

Dan satu lagi tips adalah :

“Nabi pernah menyediakan waktu kepada kami untuk memberi nasihat dalam beberapa hari, kerana khawatir kami akan menjadi bosan.”(HR Bukhari)

Nabi sendiri tidak terlalu kerap dalam mendidik para sahabatnya, kerana risau sahabatnya akan menjadi bosan. Itu perbuatan seorang yang diajarkan terus oleh Allah SWT kaedah paling baik mendidik manusia, pun risau orang akan bosan, apatah lagi kita yang cuma punya sedikit ilmu, dan seorang anak yang masih belum sempurna pemikirannya, bagaimana agaknya anak kita menerima didikan kita?

Imam Bukhari ada meletakkan satu tajuk di dalam kitabnya yang berbunyi “Boleh meninggalkan perbuatan sunat jika khuatir menimbulkan rasa bosan dan terbengkalainya hak-hak yang semestinya ditunaikan.”

Jangan terlalu kerap memberi nasihat (mengajar anak, mendidik anak, berleter, marah, semua terangkum dalam istilah ini), jangan terlalu lama, dan jangan terlalu bersikap keras dalam memberikannya.Sebaik-baik pendidikan anak adalah yang membangkitkan kebaikan itu datang dari dalam diri anak sendiri, bukannya dipaksa-paksa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...