Thursday, August 9, 2012

Tangisan Di Senja Ramadan

Assalamualaikum Ummu Abrisam,


 
Salam Ramadan. Semoga ALLAH memberkati Ummu Abrisam sekeluarga di bulan yang penuh anugerah ini
 
InsyaALLAH kali ini saya akan berkongsi tentang tajuk emel... Tangisan Di Senja Ramadan!
 
Yang saya maksudkan ialah tangisan anak-anak kecil yang baru belajar berpuasa termasuk anak saya juga.
 
Ia adalah perkara biasa bagi ramai kanak-kanak yang baru belajar berpuasa, terutamanya pada hari pertama mereka belajar berpuasa. Tetapi ia amat meruntun hati si ibu.
 
Apa yangUmmu Abrisam lakukan bagi menangani situasi ini?
 
Adegan pujuk memujuk dan kata-kata semangat WAJIB ada. Tapi bukan MARAH ye? Begitu juga dengan mandi supaya anak kembali segar dan tidur supaya mereka dapat berehat dan lupa tentang lapar.
 
Tetapi saya tidak pula mengesyorkan supaya menyuruh anak menonton TV kerana mereka akan lebih terseksa dengan iklan-iklan makanan dan lebih-lebih lagi iklan minuman yg begitu menggiurkan dengan jug air yang basah dengan peluh ais. Amat menyeksakan!
 
Begitu juga kita boleh kongsikan bersama mereka ganjaran di akhirat kepada orang yang berpuasa, seperti syurga yang special untuk orang yang berpuasa sahaja iaitu Syurga Ar-Rayyan seperti dalam sabda Rasulullah SAW :
 
حديث سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ 
 فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ ) البخاري  ومسلم
 
 
 
Maksudnya:
Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.”  (Bukhari & Muslim)
 
 
InsyaALLAH saya akan berkongsi lagi info-info tentang Ramadan pada masa akan datang jika ada kelapangan.
 
Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan atas sokongan Ummu Abrisam dan rakan-rakan kerana Seminar Langkah Mudah Didik Anak Hafaz al Quran (sila klik) telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Tak sampai seminggu ia dilancarkan, kini tempat kosong cuma tinggal 25% sahaja. 
 
 
 
Salam Ramadan.
Mari kita hidupkannya bersama-sama.
 
 
Assalamualaikum

Ikhlas,
 
 
Ustaz Amri Mohd. Nason & Aishah Hashimee 
Penulis Bersama Ebook 3 Langkah Mudah Didik Anak Haf

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...