Thursday, August 9, 2012

Manfaatkan Ramadhan Bersama Anak-anak

(Perkongsian Email Dari Sahabat Ummi)
Assalamualaikum Ummu Abrisam,
Ramadan Kareem! Selamat Menyambut Ramadan.
Bagaimana dengan hari pertama Ramadhan Ummu Abrisam dengan anak-anak?
Adakah anak-anak Ummu Abrisam berpuasa? 
Kebelakangan ini ramai yang membincangkan tentang kesesuaian umur untuk kanak-kanak berpuasa. 
Mana satu yang perlu didahulukan. Mengajar puasa atau solat? 
Adakah kerana malu jika tidak berpuasa dan tidak malu jika tidak solat?
Sebenarnya apa-apa pun semuanya terpulang kepada naluri si ibu. Adakah dia melihat anak kecilnya mampu berpuasa pada usia itu atau tidak? Kita lebih kenal tentang anak kita dari orang lain. Jangan terlalu terdesak dan tertekan mengikut kata orang awam, kelak kita sendiri yang akan menerima mudaratnya.
Dari pemantauan saya, mengajar anak solat itu lebih mudah dari mengajar anak berpuasa kerana berpuasa itu lebih memenatkan anak-anak kerana mereka terpaksa menahan lapar dan letih.
Alhamdulillah kedua-dua anak saya yang berusia 4 dan  6 tahun sudah boleh menunaikan 5 waktu solat. Malahan mula bertanya tentang Solat Dhuha jika melihat kita melakukannya. Dengan melihat kita menunaikan solat, mereka suka untuk meniru dan mengamalkannya bersama. Malahan mereka akan menangis dan mengamuk jika kita solat tanpa mereka.
Kerana itulah kita perlu menerangkan kenapa perlu berpuasa dan apa hikmahnya berpuasa itu. Jika mereka masih belum mampu berpuasa, sama-samalah kita tanamkan dan sebarkan kepada mereka keseronokkan berpuasa dan ganjaran istimewa yang ALLAH sediakan untuk orang yang berpuasa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...