Thursday, August 9, 2012

Hargai Kemahiran Yang Allah Berikan Pada Semua Kanak-kanak

(Perkongsian Email Dari Sahabat Ummi)

Assalamualaikum Ummu Abrisam,


Hari Sabtu baru-baru ini, saya selesai menganjurkan satu lagi kursus "Mengajar Al Quran Pada Bayi dan Kanak-Kanak". Alhamdulillah seperti biasa kehadiran adalah full house. Yang menariknya kali ini adalah saya tidak perasan ada 2 orang peserta saya (suami isteri) yang datang dari Jakarta, Indonesia! Sepanjang kursus saya tidak mengetahuinya hinggalah dia bersalaman dengan saya mengucapkan terima kasih setelah kursus berakhir sambil berkata dia akan datang semula untuk 'Kursus Lanjutan' saya nanti. Aduuh.. jauhnya Kau datangkan mereka ini Ya Allah. Untuk kursus bulan Julai pula ada seramai 7 orang dari Singapura yang telah mendaftar. Pendaftaran untuk bulan Julai yang akan datang ini telah pun lama penuh. Alhamdulillah atas sambutan yang amat menggalakkan. Alhamdulillah kerana ALLAH telah membuka hati ramai para ibubapa untuk mendidik anak mereka dengan al Quran.

Hargai Kemahiran Yang Allah berikan Pada Semua Kanak-Kanak

Percayalah, mengajar bayi dan kanak-kanak MENGHAFAL al Quran adalah sangat mudah. Lebih mudah dari mengajar orang dewasa. Ramai yang bertanya bagaimana saya mengajar tajwid al Quran pada anak2 saya. Maaf, jika saya menghampakan mereka yang bertanya dengan jawapan saya ini.. Saya tidak pernah mengajar mereka teknikal (tajwid al Quran).. Hingga sekarang mereka tak tahu apa itu hukum dengung, apa itu idgham maal ghunnah, idgham bilaghunnah dan sebagainya. Yang mereka tahu.. terus mengaplikasikannya pada bacaan. Bacaan al Quran yang mereka hafal adalah secara semulajadi dan telah memasukkan perkara teknikal tersebut didalamnya.

Berbanding dengan orang dewasa, mereka mula belajar al Quran permulaan dengan mengenal teknikal kemudian baru akan cuba mengaplikasikannya pada bacaan.. Itupun kadang-kadang macam teknikal tu rasa dah faham, dah cantik dah, tapi bila nak aplikasikan pada bacaan, ianya tercicir ...

Setiap kanak-kanak yang dilahirkan seolah-olah lahir bersama satu bakat semulajadi yang diberikan oleh Allah untuk digunakan. Jika bakat yang dikurniakan ini, tidak dihargai oleh ibubapa mereka.. Allah akan menarik balik ianya dari kanak-kanak tersebut

Ini telah dibuktikan dari kajian yang dilakukan oleh Dr Glenn Doman (Early Childhood Education Expert) yang antaranya merumuskan "IQ akan meningkat dengan pesat bila seseorang itu dirangsang pada peringkat bayi dan kanak-kanaknya dan ianya akan berkurangan pada peringkat seterusnya. Ransangan yang dimaksudkan adalah rangsangan mata dan telinga serta kaedah dan suasana pembelajaran ". 

Okay.. sebagai mengakhiri emel ini saya titipkan bacaan hafazan surah Al Mulk dan Surah Sajadah dari anak saya Darwish, yang berusia 4 tahun.


Daripada Jabir r.a.: 
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca
surah Al Sajdah dan Al Mulk"

(Hadis Riwayat At Tarmizi)

Ikhlas dari,

Lina Karim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...