Thursday, August 9, 2012

Adakah Dengan Mengajarkan Anak Kita Al Quran Sudah Mencukupi?

Assalamualaikum Ummu Abrisam,


Mungkin ada orang yang akan mengeluh dengan kenyataan ini. Mana tidaknya, nak ajar al Quran pada anak pun dah banyak masalahnya, inikan pula nak tambah subjek lain. Ada yang rasa macam tu? Haha.. Bawa bertenang. Mari kita lihat ganjarannya di dunia (dan diakhirat). Mungkin selepas itu kita tidak mengeluh lagi..

ALLAH akan mengangkat darjat orang yang BERIMAN dan BERILMU pengetahuan beberapa darjat. 
                                                                                                                 ( Al Mujadalah, ayat 11)
 

Adakah kita tahu bahawa Ilmu Allah yang pertama diajarkan kepada Nabi Adam sebelum baginda diturunkan ke bumi adalah Ilmu Sains dan Teknologi?

Astronomi dan Matematik merupakan dua bidang ilmu yang sangat popular dalam tamadun Islam.

Ini kerana Astronomi mempunyai kaitan dengan kewajipan menunaikan perintah agama seperti penentuan arah kiblat, waktu solat lima waktu penentuan hari dan waktu berpuasa dan bebuka serta berhari raya dan pengembaraan berpandukan bintang-bintang dilangit. Kita juga tahu adalah sunnah memulakan perjalanan diwaktu malam. Imam Al Ghazali. seorang ulama Islam dan pakar astronomi mengatakan bahawa belajar astronomi adalah fardhu kifayah.

Matematik pula berkaitan dengan pembayaran zakat, pembahagian harta pusaka dan dan urusan perniagaan dan muamalat. Al Khawarizmi berkata sumbangan ahli matematik Islam, Al Jabbar adalah suatu ibadat dalam mempermudahkan hukum syariah dalam pembahagian harta pusaka, perniagaan dan sebagainya.

Terdapat 6666 petunjuk dalam al Quran dan lebih dari 1000 petunjuk adalah berkaitan Sains

        Ada 11 ayat  : Mengenai Kimia
        Ada 24 ayat  : Mengenai Sains Pemakanan
        Ada 25 ayat  : Mengenai Asal Usul Kejadian manusia  dan makhluk
        Ada 27 ayat  : Mengenai Sains Sosial
        Ada 41 ayat  : Mengenai Kejuruteraan
        Ada 60 ayat  : Mengenai Bumi
        Ada 69 ayat  : Mengenai Rangsangan Membuat Kajian
       Ada  73 ayat  : Mengenai Matematik
       Ada   90 ayat : Mengenai Pertanian
       Ada 113 ayat : Mengenai Astronomi
       Ada 140 ayat : Mengenai Geografi
       Ada 144 ayat : Mengenai Fizik
       Ada 271 ayat : Mengenai Perubatan
       Ada 283 ayat : Mengenai Biologi

Kesimpulannya dalam Islam, AL QURAN dan SAINS itu berkait rapat. Untuk menguasai Sains, seseorang itu mesti menguasai Matematik dahulu. Cuba kita lihat subjek Sains.. seperti Chemistry samada Organic dan Inorganic Chemistry atau Biology - Botany atau Zoology asasnya.. pencerapan pemerhatian, mengeluarkan formula semuanya memerlukan kemahiran matematik. Apa lagi jika ia adalah subjek Physics.. Matematik adalah satu kemestian atau kewajipan. 
 
Sebab itulah saya sangat fanatik mengajar anak saya matematik dari kecil. Pada umur bayi telah diperkenalkan mereka dengan nombor dan kuantiti, pada umur 3 tahun ajar mereka menulis nombor bagi persedian mengajar operasi matematik, pada umur 4 tahun, mereka sudah tahu apa nombor negatif dan positif serta melakukan pengiraan jika disamakan. Dan pada umur 5 tahun, diajar menggunakan daya imaginasi untuk mendapatkan jawapan. Semoga perkongsian saya ini dapat memberi idea kepada Ummu Abrisam dalam mendidik anak tersayang supaya mereka menjadi antara orang yang BERIMAN dan BERILMU yang ALLAH tingkatkan beberapa darjat dari orang lain didunia dan diakhirat nanti. 
 
Yang paling terakhir, dari pemerhatian saya melalui dua orang anak saya (eksperimen sample), kanak-kanak lebih cepat dalam pengiraan Matematik setelah mereka menghafal surah Ar Rahman. Wallahualam. Sebuah buku tentang surah ini pernah ditulis oleh Salleh (2008) yang bertajuk : "Surah Ar Rahman: Tafsiran dan Fakta-Fakta Saintifik". Ingin saya maklumkan bahawa bukan semua orang mampu mendengar surah ini kerana ada yang tidak tahan untuk terus mendengarnya..Jika Ummu Abrisam tidak pernah mendengar surah Ar Rahman dari Darwisya, bolehlah ke link ini http://www.youtube.com/watch?v=8aldojTxRaw&feature
 
 
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: 
 
 
.. Surah ini tidak menententeramkan hati orang-orang MUNAFIK, kamu akan menjumpai Allah bersamanya pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia yang paling indah, dan baunya paling harum. 

Ikhlas dari,

Lina Karim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...