Thursday, August 9, 2012

Pemergian Bapak...

Sedar tak sedar dah masuk 19 Ramadan 1433 , dan arwah bapak dan sebulan meninggal.. bagi aku ramadan kali ini adalah paling sedih dan syahdu.. Tak tergambar rasanya perasaan atas pemergian bapak...sedih, kosong dan rasa kehilangan walaupun aku tahu aku tidak patut rasa kehilangan, kerana aku tidak pernah memiliki... Bapak cuma pinjaman daripada Allah..dan Allah berhak ambil bila-bila masa.. Entahlah...aku selalu rasa yang bapak masih ada di kampung... macam tak percaya bapak dah meninggal...tapi ye lah kan hakikatnya kita semua pasti akan MATI... sepatutnya kita ambil ikhtibar atas kematian sesiapapun...hari ini kita tak sangka orang di sekeliling kita meninggal ..esok lusa orang sekeliling kita pun akan terkejut mendengar berita tentang kematian kita...
Teringat pada pembacaanku apapun masalah kita di dunia ini kita perlu selalu ingat dunia ini hanyalah sementara…kita akan MATI…tiada apapun benda di dunia ini akan jadi milik kita yang kekal…ujian kita yang sebenar bermula di bawah tanah enam kaki. Mampukah kita memelihara diri dari azab pedih seksa kubur? Mampukah kita terselamat dari seksa neraka? Di akhir nanti, itulah persoalan besar yang kita menyesal amat kerana membelakanginya tika dunia... Alhamdulillah semasa bapak nazak tidak putus kalimah Lailahaillah di sebebutnya... dan kalimah itu jugalah yang terakhir di sebut oleh bapak sebelum hembuskan nafas terakhir.. Moga Allah ampunkan dosa bapak...terima ibadatnya dan masukkan di ke dalam SYURGA... Ameen...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...