(Email Daripada Sahabat Ummi)
Assalamualaikum Ummu Abrisam,
Ada
beberapa orang bertanya tentang apa jadual harian saya hingga saya,
boleh mengajar anak saya dari mengaji, menghafal al Quran hinggalah
ilmu-ilmu yang lain lainnya.
Idea untuk berkongsi jadual harian saya
datang dari panggilan telefon dari seorang ibu yang menelefon saya pagi
semalam. Berikut adalah perbualannya..
Puan : Assalamualaikum
Puan, Tahniah Darwish keluar di TV9 dalam rancangan Pesan Atuk. Dia
Baca surah al Mulk.. MasyaAllah lancarnya dia.. Emm.. boleh ke saya
bercakap dengan puan sekarang ni? (Mungkin dia dengar bunyi bising di
belakang saya)
Saya :
Waalaikumussalam.. Alhamdulillah.. Saya tak tahu pun anak saya keluar
TV. Saya tak sempat tengok mana-mana anak saya keluar TV kerana setiap
kali mereka keluar, saya tiada di depan TV. Dari selepas subuh saya dah
keluar rumah. Sekarang ni saya di luar bersarapan di luar je. (Kebetulan
kali itu saya bersarapan dengan suami). Tak sempat nak sarapan dirumah
tadi.
Puan : Puan saya ingin bertanya, apa jadual puan sehari-hari hingga puan ada masa untuk ajar anak?
Saya : Bukan susah
puan. Jika kita mahu, kita boleh cari masa tu.. saya punya masa hanya
waktu malam je. Maka waktu malam sahajalah saya mengajar mereka.
Puan : Puan bekerja ke?
Saya : Tak, saya tak
bekerja. Saya berniaga sendiri. Lepas bercakap dengan puan ni saya akan
berjumpa dengan supplier barangan, cari produk baru, buat pembelian dan
kemudian ambil anak dari sekolah.
selepas dari itu topik tersebut
dipendekkan kerana dia faham saya sedang bersarapan dan sedang mengejar
waktu temujanji saya dengan supplier.
Intisarinya saya tidak bekerja.. tetapi
saya banyaaaak kerja. Belum lagi balik untuk menguruskan keluarga
lagi.. dan keluar balik untuk urusan lain. (perniagaan yang tidak
berkaitan dengan IPN)
Sebenarnya semua orang sibuk. Masa
selalu tidak cukup. Balik rumah dah penat, bagaimana nak ajar anak? Bagi
saya untuk seorang yang menghargai masa perlu mengurus masa itu dengan
sebaiknya. Tahu apa keutamaan. Mereka yang memikirkan nasib keluarga
mereka untuk selamat di dunia dan di hari akhirat sahaja yang akan sanggup meluangkan sedikit masa sibuk
dengan urusan dunia itu untuk mengajar anak mereka al Quran. Perkara
yang perlu dititik beratkan dalam usaha kita mengejar masa:
1. Fizikal
Jangan gemuk. Gemuk adalah tanda kita
selalu kalah dalam melawan nafsu (nafsu makan) dan mempunyai penyakit
M.A.L.A.S. Rasulullah juga tidak mahu umatnya gemuk-gemuk. Saya memang
ada alat timbang badan (weighing scale) untuk memeriksa berat badan saya
sendiri. Saya agak weight conscious juga tau!
2. Stamina kita.
Pastikan kita tahu bagaimana cara
pernafasan yang baik dan jadualkan diri untuk melakukan excercise.
Untuk permulaan, excercise itu bagi yang tidak biasa akan rasakan ianya
amat meletihkan tetapi cuba tetap lakukan dalam seminggu, InsyaAllah ia
akan menjadikan anda bertenaga dan segar. Menjadi kewajipan untuk saya
'halau' anak-anak saya setiap petang untuk pergi keluar bermain .
Walaupun dirumah juga mereka bermain tetapi diluar lebih banyak dalam
bentuk fizikal seperti berlari dengan kawan-kawan dan sebagainya.. Biar
mereka terbiasa untuk riadah seperti ini sehingga besar. Tubuh yang
sihat, akan menghasilkan minda yang sihat.
3. Makanan kita
Jaga pemakanan. Pastikan makanan dari
halal dari sumber yang halal. Makanan yang dari sumber yang ragu atau
tidak halal akan menyebabkan kita berat untuk melakukan kebaikkan
seperti mengajar mengaji dan sebagainya. Juga kembali kepada sunnah.
Saya tidak mahu kondem multivitamin yang di propoganda kan sebagai
bagus, kerana saya tidak mengambilnya. Saya lebih mempercayai amalan
Rasulullah s.a.w. daripada mempercayai multivitamin yang direka barat.
Mungkin ada yang fikir saya ini kolot sedangkan bidang pengajian saya
dahulu adalah Applied Science.
3 Keutamaan (Prioritization)
Semua perkara dalam hidup kita penting
tetapi pastikan yang mana lebih penting. Jangan keliru dalam meletakkan
yang lebih penting itu. Contohnya.. Jika kita perlu mengajar anak waktu
malam, dan selepas makan malam. Adakah membasuh pinggan yang berlambak
disinki adalah lebih penting atau mengajar anak lebih penting? Jika kita
memilih membasuh pinggan kerana tidak tahan melihatnya begitu maka
selesai sahaja anak sudah tertidur. maka terlepaslah peluang untuk
mengajar mereka. (Pantang saya adalah jika anak tidur, jangan kejutkan
untuk mengaji, biar mereka tidur)
5. Matlamat
Wujudkan matlamat. Jangan jadikan
keputusan akhir sabagai tanda ukur pencapaian kerana Allah tidak melihat
hasil tetapi proses kita berusaha untuk mencapai hasil itu yang akan
dikira. Berjaya atau tidak itu adalah perkara kedua. Allah akan memilih
samada akan diberikan apa yang kita usahakan kepada anak kita itu atau
tidak. Yang penting kita telah melakukan tanggungjawab dan amanah yang
Allah berikan kepada kita. Ini dapat mengelakkan diri kita stress
melihat pencapaian anak.
6. Fokus dan konsisten
Fokus, fokus dan fokus. Usaha yang
fokus akan lebih memberi impak walaupun sedikit. Contohnya air
setitik-setitik jatuh keatas batu secara konsisten, lama kelamaan ia
akan meninggalkan lekuk berbanding air dilimpahkan dengan banyak di
seluruh permukaan batu tersebut. Faham maksud saya?
7. Motivasi Diri (Self Motivation)
Setiap orang perlu mempunyai inspirasi.
Cari sumber inspirasi anda sendiri. Adakah dia Ibu Sultan Muhammad Al
Fateh untuk menjadikan anak hebat agamanya. Atau jika ibubapa memilih
untuk anak hebat dalam bidang muzik adakah Ibu Vanessa Mae (pemain
Violin terkenal) menjadi sumber inspirasikita? Samada cita-cita kita
ingin menjadikan anak kita yang mana satu, semuanya perlu inspirasi dan
motivasi.
Ini
adalah sebahagian dari apa yang perlu dalam persediaan ibubapa sebelum
mengajar anak mereka al Quran atau apa sahaja. Sudah sememangnya yang
paling utama dalam senarai ini adalah memiliki ilmu mengajarnya dahulu.
Jika ada alat-alatan untuk mengajar, tetapi tidak tahu menggunakannya,
tidak kemana juga akhirnya. Untuk maklumat lanjut untuk ilmu mengajar al
Quran pada anak, boleh layari http://darwishndarwisya.blogspot.com/ InsyaAllah semoga semua ibubapa bijak 'mendapatkan' masa untuk mengajar anak anak mereka.
Ikhlas dari,
No comments:
Post a Comment