Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

Peringatan...

 Ceramah dalam Radio IKIM Ustazah Norhafizah Musa...
 beberapa pengajaran yang ummi nak share kat sini sebagai ikhtibar..
Sesiapa yang merasa cemas pada masa depan anak-anaknya...(contohnya takut keadaan anak yang masih kecil ,lemah etc selepas kita meninggal dunia) - maka hendaklah kita menyerahkan nasib anak itu secara TOTAL hanya kepada ALLAH - hendaklah kita bertakwa kepada Allah dan mengucapkan perkataan yang benar-hendaklah kita bersungguh-sungguh menterjemahkan makna kehambaan kita kepada ALLAH sehingga ALLAH akan mendatangkan pertolongannya- taatilah ALLAH, banyak sedekah dan bersungguh-sungguh dalam beribadah kepada ALLAH... Radio IKIM Ustazah Norhafizah Musa...
 
Kemulian Hidup - Ustazah Norhafizah radio IKIM...Selagi apa yang kita buat itu berlandaskan syarak - tidak buat dosa dan maksiat , maka kata-kata orang yang berunsur negatif sudah tidak penting lagi...kalau kita terlalu di tekan dengan pandangan makluk..ini akan menyebabkan dunia dalaman kita tak berapa stabil,keiklasan kita akan terjejas, (sila rujuk surah Taha ayat 130-132 Allah jelas kan pada Nabi Muhammad SAW sabarlah dengan kata-kata orang) Formula SABAR itu adalah dengan menunaikan solat dengan kusyuk (bukan kita sahaja tapi ajak ahli keluarga juga), bertasbih kepada Allah pagi,petang,siang malam dan janganlah palingkan mata kamu dengan sedikit nikmat yang Allah beri pada orang lain...
 
 

Monday, November 19, 2012

Muhasabah Diri

Zaharuddin.net
Ramai yang 'stress' dalam proses mencari kebahagian & kejayaan di dunia. Namun mereka LANGSUNG TIDAK 'STRESS' memikirkan persediaan untuk kematian & akhirat yang pasti.

Sedang, tempoh di dunia itu pendek, di akhirat itu terlalu panjang.

Ramai yang tertekan dengan kerjaya & duit kurang di dunia, namun mereka tiada tertekan dengan kurangnya amalan soleh & pahala untuk membantu di akhirat.

Dunia dan segala urusannya akan menjadi kurang menekan apabila akhirat menjadi fokus dalam kerja2 di dunia. Janji Allah "La khawfun 'alahim wa la hum yahzanun" (mereka tidak takut atau dukacita).
"Jadilah isteri yang celik AKHIRAT...supaya apa yang kita buat semata-mata untuk dapat ganjaran ALLAH ..jd tak lah stress sebab penat buat keja 2 rumah yang tak pandai habis tu " Ustazah Norhafizah...Radio IKIM...

 Adik-adikku yang kecewa dengan ujian yang datang melalui teman-teman, famili, dan rumahtangga - ketahuilah bahawa ujian ini semuanya sangat penting untuk mngukur hubungan kita dengan ALLAH. Kita adalah hamba ALLAH, tiada tuhan yang disembah
melainkan ALLAH. Kalau kita bersikap buruk kerana sikap teman-teman kita macam tu juga pada kita- maka kita adalah hamba mereka dan hamba dunia...

Semua ujian yang ALLAH bagi antara hikmahnya adalah kerana ALLAh ingin menanggalkan dunia dari hati kita. ALLAH mahu kita mengagungkan ALLAH di segenap nafas dan kehidupan. Manusia dan harta menjadi ujian yang tak berhenti, setiap tahap kehidupan akan ada manusia dan harta yang menjadi ujian nafsumu yang ingin menjadi soleh solehah.


Diriku juga sepertimu, secara berkala ada ujian yang ALLAH datangkan yang sakit merentap jantung hati, Namun dengan persiapan iman hati kita kembali kuat dan sabar serta bersyukur kerana ALLAH sayangkan kita dengan ujian ini...


Manusia dan harta yang diberi dalam hidup, duit dan teman-teman - manfaatkanlah untuk kita menjadi manusia yang benar-benar manusia. Mengenal ALLAH. Hidup dan mati untuk mencari redha ALLAH.


Kebahagiaan dan kasih sayang sempurna HANYA diberi ALLAH, bukan dari lelaki atau wanita yang memang pasti mengecewakan kita kerana mereka juga mengharap kesempurnaan dari kita. Cinta dan bahagia selamanya hanya di syurga. Kat sini, tak jumpa. Di dunia ini, sedikit harta dan kasih sayang yang kita peroleh, kita bersyukur dan kongsikan dengan orang lain semampunya... ALLAH akan tambah-tambah lagi.


Jangan post di wallmu kata-kata sinis atau mengaibkan tentang teman mu itu, walau tanpa nama, kerana di facebook penghuninya know what's on your mind :O


Tutuplah keaiban saudaramu kerana kita juga banyak keaiban yang ALLAH tutup. Berbuat baik dan berkatalah yang baik kerana ALLAH sangat baik dengan kita. Kita buat baik kerana kita ingin baik kerana ALLAh. Bukan kerana dia.(Nurul Adni)


"Sesiapa yang MENGENAL (mengingati & hampir) kepada Allah swt di ketika senang, nescaya Allah akan MENGENALNYA (membantu & memudahkannya) tatkala sukar". (Hadis riwayat Ahmad). Imam Hasan Al-Basri berkata : "Kerana amal soleh sewaktu senang, Allah membantunya akan membantu sewaktu sukar." Justeru, mari kita perbanyakkan amal soleh SEBELUM datangnya kesukaran & kesakitan.
 

Tuesday, October 23, 2012

Petua Senang Hati




Tips untuk orang yang ada penyakit hati -murung,resah gelisah,gundah gulana,tidak tenang,fikiran kusut..(Pesan Rasulullah kepada Ibnu Mas'ud)

1. Kunjungi tempat orang membaca Al-Quran, sama ada kamu baca bersama-sama atau mendengar bacaan Al-Quran..

2.Pergi ke tempat menuntut ilmu/majlis ilmu yang boleh ingatkan kita pada Allah..

3.Pergi ke tempat yang kamu boleh bersendirian untuk solat malam tahajud dengan tenang sambil berdoa supaya hati kamu akan tenang dan tenteram..

Andai 3 perkara ini telah kamu lakukan tetapi masih lagi gelisah...maka berdoalah supaya Allah gantikan hati kita dengan hati yang lebih baik, yang lebih takutkan ALLAH..

Monday, September 24, 2012

Never Give Up

Share daripada rakan FB ummi...
Jangan sesekali berputus asa dengan kehidupan, dengan takdir Allah, dengan qada' dan qadar, apatah lagi dengan Rahmat Allah. Kerana, Never Give Up = Bersangka baik dengan Allah!
Tidak ada apa yang akan berlaku kepada kita tanpa izin Allah SWT, bahkan Iblis juga berdoa dan meminta izin kepada Allah untuk melakukan sesuatu perkara. Jika permintaan Iblis pun Allah makbulkan sedang dia ialah makhluk yang paling jahat masakan doa orang-orang yang beriman dan menyembah Allah SWT akan disia-siakan? Kerana itu hendaklah kita bersangka baik kepada Allah SWT kerana nabi SAW bersabda dalam sebuah hadith qudsi, bahawa Allah SWT berfirman, 'أنا عند ظن عبدي بي' Aku [melayani hambaKu] adalah mengikut sangkaan hamba-Ku terhadapKu. [riwayat Al-Bukhari]. Perbaiki sangkaan kita terhadap Allah, kerana yang membuatkan kita menjadi buruk sangka kepada tuhan ialah syaitan !

Thursday, March 29, 2012

Syukur selalu..


At the time when I forgot to count my blessings, I met my son who are happy and content with simple things. Allah, guide and assist us in our hardship.

Tuesday, January 25, 2011

Nasihat Luqman Kepada Anaknya



To my darling son...Abrisam & Hafiz...mungkin terlalu awal untuk ummi bagi kata-kata nasihat.. tapi ummi harap suatu hari nanti bila anak ummi dah pandai membaca boleh lah baca nasihat di bawah .... kalau boleh sampai kan juga kepada orang lain... kerana dalam usaha kita perbaiki diri.. kita juga harus cuba perbaiki orang lain...

Dibawah adalah nasihat Luqman Kepada Anaknya.....

* Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

* orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

* Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

* Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

* Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

* Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

* Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

* Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

* Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

* Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

* Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

* janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

* Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

* Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

* Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

* Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

* selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

* Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

* Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

* Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

* Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

* Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

* Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

* Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

* Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...