Showing posts with label Memori Terindah. Show all posts
Showing posts with label Memori Terindah. Show all posts

Friday, October 12, 2012

Putera Hatiku - Awang Hamizan Zubari




Pic : 31 May 2012 (beberapa jam lepas lahir)

Alhamdulillah puji-pujian hanya pada Allah… aku selamat melahirkan anak ku yang ketiga Awang Hamizan Zubari Bin Awang Abadi pada 30 May 2011 jam 10.30 malam dengan berat 3.51kg…

Usia perkahwinan belumpun sampai 5 tahun aku telah menjadi ‘ummi’ kepada 3 orang putera…tak tergambar rasanya perasaan itu…

Pengalaman mengandung anak ketiga ini…tidak banyak bezanya dengan pengalaman pertama dan kedua…dari segi mabuk,muntah sama je…

Jika masa mengandungkan Abrisam aku selalu sedih kerana berjauhan dengan suami, manakala masa mengandungkan Hafiz pula aku tak berapa emosilah… tak delah adegan air mata…

Masa mengandungkan Hamizan aku rasa aku paling banyak bermain dengan emosi dan perasaan…di mana sekejap aku rasional,sekejap aku serabut..seringkali juga aku hilang sabar dan pertimbangan…aku selalu rasa down dan sedih…

Saat aku positif aku sangat tenang lalui ujian Allah…teringat pada pembacaanku apapun masalah kita di dunia ini kita perlu selalu ingat dunia ini hanyalah sementara…kita akan MATI…tiada apapun benda di dunia ini akan jadi milik kita yang kekal…ujian kita yang sebenar bermula di bawah tanah enam kaki. Mampukah kita memelihara diri dari azab pedih seksa kubur? Mampukah kita terselamat dari seksa neraka? Di akhir nanti, itulah persoalan besar yang kita menyesal amat kerana membelakanginya tika dunia...

Selain itu perkongsian dari sahabat saya juga banyak membantu saya mengatasi kemelut di hati..

Jangan meratap takdir Allah krn Allah yg Maha Merancang. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya, hanya Allah yg Maha Mengetahui. Sebagai muslimah yg beriman, kita WAJIB sentiasa bersangka baik kpd Allah, jika tidak, kita jatuh kafir.

Apapun ujian Ini adalah UJIAN KEIMANAN buat kita. Bukannya ujian antara kita dan sesiapapun, tapi antara kita dan ALLAH. Sabar dan redha menghadapi apa jua ujian krn Allah berhak menguji hambaNya dlm pelbagai cara.

Semoga semua ini akan meningkatkan keimanan kita kpdNya, dan meningkat kebergantungan kpd Allah dan bukannya kpd sesama makluk. Fikirkan apa yg saya katakan ini dalam2, insyaAllah kita akan bertemu dgn titik kebahagiaan, ameen
.


Dan satu hadis yang aku tidak jemu-jemu membacanya saat aku di landa murung…

Sungguh mengagumkan perihal mukmin. Sesungguhnya semua hal yang dialaminya adalah baik. Sifat itu tidak dimiliki siapapun kecuali oleh seorang mukmin. Jika ia mendapatkan hal yang menyenangkan, ia bersyukur. Maka hal itu menjadi suatu kebaikan baginya. Jika ia ditimpa hal yang menyakitkan, ia bersabar. Maka hal itu menjadi suatu kebaikan baginya. [HR Muslim]

 Tetapi sebagai manusia biasa…aku juga sering tewas dengan bisikan syaitan…kelemahanku kerana membiarkan syaitan menguasai fikiran sehingga aku sering bertindak di luar batas… hanya pada Allah aku pohon keampunan…

Aku kadang rasa bersalah sebab semacam kurang perhatian pada kandunganku yang ketiga….

Alhamdulillah…mungkin sebab banyak sangat ujian dan dugaan masa mengandungkan Hamizan….terutama ujian perasaan (terlalu peribadi untuk aku kongsikan di sini)…segala-galanya mudah semasa kelahiran Hamizan…

Seminggu sebelum aku melahirkan Hamizan, kami berpindah rumah… bayangkan dengan perut yang sarat, selain kena melayan dua hero yang sedang aktif, aku packing barang yang boleh di katakan banyak juga…dari proses mencari kotak, packing, semua dilakukan oleh aku sendiri….

Cuma semasa proses mengangkut barang-barang dan memindahkan ke rumah baru  di lakukan oleh suami dan rakan beliau…

Selepas berpindah, aku mengemas rumah lagi… memang agak memenatkan tapi aku gagahi juga untuk mengemas mana yang patut…aku sedaya upaya cuba berkemas sebelum melahirkan anak…

Pada petang 29 May 2012, semasa makan petang bersama suami, suami ku bertanyakan bila lagi aku akan bersalin… maklumlah, mengikut tarikh scan aku sepatutnya melahirkan anak pada 1 June 2012….dan semasa mengandungkan Hafiz aku bersalin 2 minggu lebih awal…

Aku cuma menjawab tak  pasti, kerana belum ada pun tanda-tanda nak melahirkan.. Cuma rasa sakit2 pinggang …
Selepas suami ke masjid untuk solat magrib, lebih kurang jam 6.30pm aku rasa semacam…rupanya ada keluar darah dan lendir…aku terus memaklumkan kepada suami..

Suamiku bertanya samada aku perlu ke hospital atau tidak..dan aku katakana belum lagi.. aku agak-agak hanya akan bersalin keesokan harinya…

Sekembalinya suami dari masjid selepas solat Isyak…aku dapat rasakan sudah ada rasa sakit bahagian perut… berjalan pun agak susah…jadi suami mencadangkan supaya kami terus sahaja ke hospital..hanya aku,hubby dan Hafiz…Abrisam bermalam di rumah pengasuh… sebelum ke hospital kami sempat singgah ke office hubby untuk mengambil dompet hubby yang tertinggal…

Dalam perjalanan ke hospital aku rasa semacam sangat….seolah-olah saat bersalin makin hampir…

Setibanya kami di hospital…selepas mendaftar aku di bawa masuk ke bilik untuk pemeriksaan air kencing, contraction dan juga dengupan jantung baby…semasa pemeriksaan bukaan cm….baru je 2cm….so aku andaikan aku hanya akan bersalin keesokan harinya based on pengalaman lepas..

Memandangkan aku agak lama juga di bilik itu, so hubby dan Hafiz masuk untuk serahkan hand beg ku…. Selepas itu, hubby balik kerana Hafiz mula meragam kerana mengantuk…aku pun memaklumkan pada hubby, maybe aku akan bersalin esok hari..

Pemeriksaan jantung baby agak sukar dilakukan kerana babyku sedang tidur (nurse yang cakap begitu)… nurse mengetuk-ngetuk perutku…. Tidak lama kemudian aku rasa sakit semacam je…so aku maklumkan pada nurse yang bertugas…Alhamdulillah nurse yang bertugas sangat baik dan peramah…masih muda…

Mendengar aduanku, nurse check sekali lagi bukaan cm ku…agak terkejut juga lah nurse tersebut, kerana sebenarnya kepala baby dah hampir nak keluar…”

“Akak…kita nak pindah bilik sebelah…akak jalan ye, sementara saya prepare alatan..akak dah nak bersalin ni” kata nurse agak kelam kabut juga…

“Apa…” aku tak sangka juga akan bersalin dalam waktu itu…kerana belumlah rasa sakit sangat pun…hihihi…

Apapun, aku gagahilah juga melangkah ke bilik sebelah…masa tu barulah aku rasa sakit sangat…yelah kepala baby dah di bawah sangat….anytime nak keluar…

Selepas tu, aku terus berbaring di katil dan memposisikan badanku dalam keadaan hendak bersalin…(expert dah..hihihi…maklumlah kali ketiga)….

Aku di conduct oleh seorang je nurse…dengan lafaz Bismillah dan diiringin zikir dan macam-macam doa…aku push…hanya 3 kali (kalau tak silap)…babyku selamat keluar…

Alhamdulillah….malam itu, hanya aku yang bersalin agak mudah..kebanyakan yang lain semua bersalin anak pertama..dan semestinya susah !!! kerana belum ada pengalaman di samping..masih FIT kata orang…Kesian pula aku kenang nasib mereka kena marah...boleh dikatakan bilik aku je yang senyap dari suara jeritan...hihi...yang bilik sebelah menyebelah terdengar bunyi mengerang kesakitan di selangi suara geram nurse yang conduct....

Selepas di jahit, dan babyku dibersihkan, aku di letakkan di depan bilik baby memandangkan keadaan baby ku yang agak kebiruan...nurse hendak pastikan babyku dalam keadaan OK sebelum kami di hantar ke wad biasa....

Selepas kulit baby ku agak ok..tidak sebiru @ gelap semasa baru lahir...kami di bawa ke wad biasa…. Hanya keesokan paginya barulah hubbyku datang untuk membawa barangku….

Aku dimaklumkan bahawa babyku akan dirujuk pada pakar kanak-kanak memandangkan
warna kulitnya agak gelap...di kuatiri babyku ada masalah jantung...huhu...Pada Allah ku panjatkan doa
moga babyku sihat...

Alhamdulillah, lega rasanya, selepas di periksa babyku ternyata sihat...maybe dia memang berkulit agak gelap (ikut hubby)...Petang itu juga, aku dan babyku balik ke rumah….Syukur pada Allah…semuanya mudah sangat kali ini…

Sehingga hari ini, proses menjaga Hamizan juga sangat mudah…tidak banyak sangat ragamnya…sangat kuat menyusu…dan seorang baby yang sangat ceria..apalagi terlebih banyak kasih sayang... almaklum kedua-dua
abangnya pun sangat sayang pada Hamizan...

Semoga anak ummi akan terus membesar dengan sihat dan cergas…moga menjadi anak yang soleh…cemerlang dunia dan akhirat…Ameen

Thursday, January 13, 2011

Putera Hatiku - Awang Hafizuddin Zubari


Hari ini, usia perkahwinan ku dan suami dah masuk 3 tahun,3 minggu, 2hari.,cepat betul masa berlalu, macam mimpi je dah ada dua orang putera.

Hari ini juga, Abrisam berusia 2 tahun,2 bulan,2 minggu,3 hari, manakala Hafiz 10 bulan,1 minggu,2 hari.

Sebenarnya, aku langsung tak 'perasan' masa mula-mula pregnant anak kedua ni. dan memang tidak terfikirpun untuk pregnant dalam waktu terdekat(walaupun tidak ada mengambil apa-apa family planning) yelah, Abrisam kan masih kecil lagi, tapi dah rezeki, aku dan suami terima dengan redha, percaya anak adalah rezeki dan amanah. Setiap sesuatu pasti ada hikmah di sebaliknya.

Kawan se office ku ada juga 'tegur', kata aku nampak macam pucat dan lemah, macam sakit je, tapi aku anggap tu perkara biasa, lagipun masa tu kehidupan agak tidak menentu, baru transfer, pindah rumah, kemas rumah, packing barang , kerap berulang-alik Miri-Bintulu dan memang banyak lah urusan, memang agak letih, dengan anak yang masih kecil lagi.

Aku tetap teruskan aktivi senaman ku setiap petang bersama kawan rapat ku Fyda, naik bukit BDA, nak diet katakan, selepas bersalin anak pertama agak lama juga aku tinggalkan aktiviti senaman ni.

Suatu hari tu, aku rasa rasa hairan kerana agak lemah juga, cepat sangat letih, selalunya dapat 2 kali naik bukit, kali ni sekali je dah letih semacam, selalu je tertinggal di belakang.

Masa balik kampung tu, mata pun asyik mengantuk je nak tidur je keja sampai mak pun 'perasa'n tu yang mak ada tanya adakah aku pregnant lagi. Masa tu aku memang menafikan lah. Memang tak terfikirlah aku tengah pregnant.

Makcik & Pakcik (parent pengasuh Abrisam) pun ada tanya kot2 aku ni pregnant,coz mereka kata muka ku lain macam je (entahlah apa yang lain nye), lagipun masa tu Abrisam kerap tak sihat,kan orang tua kata kalau anak sering tak sihat, petandanya si ibu mungkin sedang pregnant, memang masa tu Abrisam kerap demam, pas tu ok 2-3 hari ,demam balik,aku ingatkan tu perkara biasa, nak membesar kata kan.

Memang dah lama rasanya aku tak period...tp aku anggap tu perkara biasa kerana aku masih BF Abrisam..dan apa yang aku faham kitaran haid untuk ibu yang BF memang tidak menentu...

Sehinggalah pada suatu hari, aku rasa macam nak demam, dan pening kepala... aku pun terfikir mungkin kah benar aku sedang pregnant...aku ke farmasi beli test pregnant, dan....sah..ada dua tanda bergaris....means....aku pregnant!!!OMG...

Perasaan masa tu, macam-macam .. gembira...tapi dalam masa yang sama macam tak bersedia lagi...sedih pun ada juga... coz Abrisam masih kecil... lebih kurang 7 bulan....banyak lah yang aku fikir... macam mana nak handle?...

Aku juga masih FOBIA dengan 'mabuk-mabuk' semasa mengidam anak pertama.... sakit beranak pun masih terbayang-bayang.. macam-macam yang aku fikirkan....ada yang positif..ada yang negatif... mujurlah aku cepat sedar... yang anak ini adalah rezeki !!!.. bukan penambah BEBAN !!!.. ber juta-juta wanita di luar sana ingin melalui saat-saat ini tetapi belum ada rezeki... aku sepatutnya bersyukur... Pahala baru nak datang !!!.. Rezeki keluarga akan bertambah ...dengan kehadiran anak kedua..

Walaupun pada mula nya aku rasa belum bersedia... yelah baru sorang anak pun kadang aku rasa tak cukup kaki tangan...tak cukup rehat...diri sendiri pun kadang tak ter 'urus'......tapi aku segera berfikiran positif... baru 2 orang... ada lagi ibu2 lagi anak berderet sampai 10 orang... ok je..hehe.. saat2 ni aku selalu fikir yang positif supaya aku gembira dengan kehadiran baby baru... Kesian anak ku kalau dia di anggap 'penambah beban'.... pada Allah sering ku panjat doa agar aku di jauhi dari bisikan syaitan!!..

Tapi sebagai manusia biasa yang sering di bisik2 syaitan... ada juga lah kadang2 timbul kerisauan tentang kehadiran anak kedua ni... dari segala segi.. kos etc...tapi suami selalu juga mengingatkan setiap anak yang lahir itu akan beserta dengan rezeki masing-masing...

Sedar tak sedar kandungan ku semakin membesar... berbanding kandungan pertama.. kali ini agak mudah... hanya sesekali aku muntah...alahan pun tidak berapa teruk...akupun agak aktif bergerak... kalau dari segi perbezaan peratusan kehamilan pertama dan kedua... memang 90% perbezaan nya !!!..Syukur..... langsung tidak terasa kandungan kali ini berlalu....

Dari segi emosi pun agak kuat juga....sepanjang ingatanku tak sempat rasanya ada adegan air mata berbanding dulu masa kandungan pertama (mungkin faktor suami jauh.... dan mabuk pula agak teruk) boleh dikatakan tiap malam berendam air mata.... hahaha... Kali ni yang buat adegan air mata Abrisam je lah...ummi nya dah tak dapat lagi layan perasaan....

Dari segi kerja pun ....kuranglah 'ponteng' kerja....berbanding dulu.... selalu je tak turun kerja... cuma wajib tidur tengah hari....setiap jam 12.00 mata pasti mengantuk sangat...

Terus-terang aku kata..kalaulah tempoh mengidam semudah kali ini... 5-6 kali lagi hamil pun aku sanggup..hehe

Memandangkan ketara sangat perbezaan antara kehamilan pertama dan kedua... so aku dengan yakin 'merasakan' anak kedua ini adalah baby girl (walaupun tidaklah menaruh harapan yang tinggi)...

Adalah juga pernah scan sekali je...itupun hanya untuk kepastian berapa usia kandungan ku... doktor kata maybe baby girl walaupun tidak berapa jelas...sebenarnya aku tak kisah sangat bab jantina....asalkan baby ku sihat dan selamat ....sudah memadai...

Mengikut kata doktor aku dijangka akan bersalin pada 14 March 2010.... walaubagaimanapun 2 minggu sebelum tarikh tersebut..aku dapat rasakan yang aku semakin cepat letih...seluruh badan terasa ngilu dan aku turut merasakan kandungan sudah semakin turun...

Pada 1 March 2010....majikan(MD) ku dari Miri datang melawat office di Bintulu...beliau meminta agar aku segera membuat handing over duty... kerana khuatir aku akan melahirkan lebih awal dari jangkaan...berkali-kali MD mengingatkan aku perkara itu... aku bercadang akan membuat segala handing over pada 2 March 2010... kerja-kerja lain hampir semua sudah aku siapkan...

Pada malam 1 March 2010...aku rasa semacam je...macam dekat2 nak bersalin je...badan rasa letih...tak dapat tidur dibuatnya...pada pagi 2 March 2010...semasa aku ke toilet... dah ada keluar tanda... ada darah...aku ada rasa nak turun office sekejap...nak handing over apa yang patut....tapi dalam masa yang sama risau juga... takut bersalin di Office !!!!...walaupun aku dapat rasakan bukan hari ini aku akan bersalin kalau mengikut pengalaman pertama... kerana belum ada rasa sakit...

Semasa berbincang dengan suami...beliau mencadangkan aku masuk wad sahaja.... lebih mudah katanya...So, pagi tu, aku siap-siap untuk ke hospital...lepas hantar Abrisam ke rumah pengasuh, aku tinggalkan Abrisam dengan linangan air mata.... rasa syadu pula mengenangkan malam ni tak tidur ngan Abrisam...

Suami hantar aku terus ke hospital... kami sarapan pagi bersama terlebih dahulu...dan berbual-bual... masih relax2... lepas mendaftar dan sesi soal jawab... aku di minta ambil urine... dan kemudian nurse check bukaan rahim... baru 1 cm... menyesal pula datang awal sangat ke hospital...walaubagaimananpun aku di masukkan ke dalam wad.... Suami memaklumkan penahanan aku di wad kepada mak dan rakan-rakan ku...

tengah hari semasa doktor scan... juga memaklumkan kandungan belum turun...aku diminta banyakkan berjalan untuk memudahkan proses penurunan kandungan...sekiranya aku belum juga bersalin...esok aku di suruh balik dahulu...



Oh tidak... malas nya nak keluar masuk wad... petang tu, aku berjalan-jalan... Tengahari iibu dan suami datang melawat... sebelah petangnya pula keluarga dan rakan baik ku Fyda datang melawat... kali ini tiada adegan air mata.... jika dulu semasa menunggu saat kelahiran Abrisam....pantang ada orang datang melawat...pasti di iringi air mata duyung....(suamiku yg gelar)...

malam pun sambung lagi jalan-jalan...aku dapat rasakan kandungan semakin turun....keesokan paginya... aku sambung lagi jalan-jalan.... aku akan berenti sekejap kalau rasa sakit...kali ini aku dah dapat rasakan tanda-tanda melahirkan semakin hampir...

Orang yang di depan katil ku mengatakan yang aku nampak sangat cergas... macam tidak sakit !!!..hehe...mungkin heran melihat aku yang kerap berjalan-jalan...

Sedang aku menahan kesakitan yang datang sekejap-kejap...rakan seoffice ku telefon... menanyakan khabar ku dan memaklumkan ada cheque yang urgent yang perlu aku sign .. aku meminta rakan sekerja ku segera ke hospital dan aku akan cuba 'tunggu' jika sempat.. (maklumlah sekejap lagi nurse akan check bukaan rahim..dan aku dapat rasakan saat-saat melahirkan semakin hampir)...contraction semakin kerap!!!sangat hampir !!!

Jika semasa anak pertama, sakit adalah di bahagian pinggang dan belakang seperti ada tulang yang mencucuk-cucuk isi.... kali ini bahagian belakang langsung tidak ada rasa sakit... cuma sakit bahagian rahim....

Abu (rakan sekerja) datang beberapa minit sebelum aku masuk wad bersalin !!! Aku sempat 'kerja'...(iaitu sign cheque !!!)... bukaan sudah 5cm...aku di tolak ke wad bersalin tengah hari 3hb March 2010 (lebih kurang jam 11.00 ++am)...

Nurse segera membuat persiapan... sementara menunggu bukaan rahim semakin besar aku dibiarkan sendiri...contraction semakin kerap...Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya saat2 itu.. sempat juga dalam hati aku berbisik...macam mana nak tempuh sakit begini lagi???.. rasa tak sanggup !!!...

Dalam bergelut menahan kesakitan...aku tidak lupa berdoa agar Allah mudahkan segalanya.. tika ini hanya pada Allah segalanya di serah...sungguh sakit !!!... antara hidup dan mati !!! patutlah Allah beri pahala yang besar atas pengorbanan seorang ibu melahirkan anak !!

Memandangkan sakit sudah tidak tertanggung...aku meminta nurse check bukaan cm... dah 6 cm... beberapa minit selepas itu..aku segera menjerit nurseeeee!!!!...kerana rasa sakit yang amat sangat....

Beberapa orang nurse segera membuat persiapan .... aku diletakkan pada kedudukan yang sepatutnya... dengan lafaz bismillah..hanya 3 kali push...aku selamat melahirkan tepat jam 1.09pm ....lega sangat lepas mendengar tangisan baby...sempat juga nurse bertanya..

"Kitak rasa baby apa"?
"Girl"..jawab ummi spontan.
"Salah...(sambil menunjukkan jantina baby).."

Walaupun tidak sangka..baby yang lahir adalah baby boy lagi...aku tetap bersyukur... kelahiran kali ini agak mudah..... Awang Hafizuddin Zubari Bin Awang Abadi selamat dilahirkan pada 4 March 2010 jam 1.09pm dengan berat 2.90 kg...(sangat kecil berbanding Abrisam dulu 3.63kg semasa dilahirkan)..

Rasa macam mimpi aku dan suami kini sudah ada dua orang putera.. Hafiz sekarang sudah makin besar.. 8.30 kg masa 4.1.2011 (masuk 10 bulan)..sangat kuat menyusu...dan sangat congek dan manja juga !!!...

catatan pengalaman semasa melahirkan Abrisam..
http://abrisamzubari.blogspot.com/2009/04/putera-hati-ku.html

Thursday, April 2, 2009

Putera Hati Ku - Awang Abrisam Zubari



Flash Back : 27 Syawal 1429 @ 27 Oktober 2008
Copy n paste dari entry ummi sebelum ni di web lain :


Alhamdulillah, aku dan suami kini telahpun bergelar ‘ummi’ dan ‘abi’ kepada putera kami, Awang Abrisam Zubari.

Cepat betul masa berlalu, belum pun sampai setahun usia perkahwinan kami, kami telah di kurniakan cahaya mata. Puji-pujian hanya pada Allah yang memberikan kami rezeki ini.

2 minggu sebelum aku di jangka bersalin, aku memang sudah kerap tidak pergi ke office. Terasa sangat susah membawa perut yang semakin membesar. Serba tak kena. Lagi pun aku sudah awal-awal lagi ‘handing over". Aku risau jika bersalin lebih awal dari tarikh jangkaan. Aku sungguh berterima kasih pada ‘bos’ ku yang tidak kisah dengan kekerapan aku tidak ke office.
Sejak selepas hari raya suami sudah mula tidak pulang ke Marudi kerana menemani aku yang ‘tunggu hari’ nak bersalin.

Benarlah kata orang penantian itu satu penyeksaan. Sungguhpun doktor memaklumkan aku dijangka akan bersalin pada 26 Oktober 2008. Aku sudah packing barang untuk di bawa ke hospital. Aku dan suami tetap berharap agar aku dapat bersalin lebih awal. Teruja rasa nya, lagipun aku sudah mula rasa ‘berat’.

Pada pagi hari Jumaat, 24 Oktober 2008, aku mendapati ada keluar darah, tapi saat itu belum lagi ada rasa sakit. So aku tetap relax, lagipun aku belum lagi merasakan ada contraction.
Pada pagi Sabtu, 25 Oktober 2008 aku mula merasakan sakit pinggang belakang dan darah masih ada keluar. Walaupun sakit, aku masih dapat menahannya dan aku masih relak. Sehinggalah pada jam kira-kira 3.00pm, aku mula merasa semakin tidak selesa dengan sakit di bahagian pinggang belakang. Aku mengajak hubby ke hospital.

Kami ke wad bersalin, aku di minta ambil urine dan nurse membuat ‘temuduga’ dengan ku. Macam-macam yang di tanya, almaklum maklumat itu akan di gunakan sebagai rujukan. Kemudian nurse membawaku ke ruang bersalin dan memeriksa ku. Bukaan baru 1cm dan lendir bercampur darah semakin banyak keluar. Walaupun belum masa untuk bersalin aku tetap di tahan di wad.
Selepas membelikan aku makanan, suamiku pulang ke rumah. Sebaknya. Rasa nak nangis kena tinggal. Pelawat tidak di benarkan tinggal di wad.

Suami memaklumkan penahanan aku di wad kepada mak dan rakan-rakan ku.
Pada hari Ahad, 26 Oktober 2008, aku mula merasa sakit yang agak kuat, dan ia semakin kerap. Yang lebih menyiksakan adalah rasa sakit di belakang dan pinggangku, lebih daripada sakit di rahimku. Hingga ketulang rasa mencucuk-cucuk. Membuatkan aku sukar untuk bergerak.

Memandangkan ini adalah pengalaman pertama so aku agak keliru juga apa rasa ‘contraction". Sempat juga aku bersoal jawab dengan diriku sendiri, adakah sakit yang ku alami sekarang di namakan ‘’contraction memandangkan sakitnya datang dan pergi. So aku mula membuat catatan, agak kerap juga sakitnya datang dan pergi. Kira-kira 11.00am, aku meminta nurse sekali lagi memeriksa berapa bukaan cm, dan bukaan baru 2cm, Sungguh mengecewakan, aku sudah mula berasa sakit yang amat sangat dan aku semakin tidak sabar ia segera berakhir. Cemburu aku melihat orang sekeliling yang sudah bersalin. Kelihatan lega.

Nasib baik ada mak dan suami yang menemaniku dan menolong mengurut-urut pinggang belakangku, walaupun kesakitan langsung tak berkurang.

Nurse dan doktor menasihati aku supaya banyak bergerak dan berjalan-jalan supaya bukaan semakin besar dan aku mudah bersalin, tapi macam mana, ke tandas sahaja aku sudah merasa pinggang belakang ku sangat sakit. Rasa ada tulang yang mencucuk isi daging di pinggang belakangku.

Walaupun terlalu sakit, ku gagahkan juga berjalan-jalan dengan harapan aku akan segera bersalin. Tak sabar rasanya, sudah tidak tertanggung kesakitan ini.
Pada ibu dan suami ku adukan rasa sakit ku. Ibu meminta ku bersabar dan menasihatiku supaya banyak kan berdoa.

Rasa nak mengalir air mata ku menahan rasa sakit. Sungguh seksa!!!!!
Pada jam lebih kurang 5.30pm, ibu ku balik ke kampung. Tanpa dapat ku kawal, air mata ku mengalir deras. Tak sanggup rasanya berjauhan dari ibu saat-saat aku menanggung kesakitan ini. Ibu memujukku dan berjanji akan segera melawatku keesokan harinya, lagipun pelawat tidak dibenarkan bermalam di wad.

Memandangkan pinggang belakangku semakin sakit, kira-kira jam 6.30pm sekali lagi aku meminta nurse memeriksa bukaan rahimku.

Kali ini, Alhamdulillah bukaan semakin besar dan nurse memaklumkan aku dijangka akan bersalin dalam waktu terdekat. Lega rasanya. So nurse memberi ubat supaya aku segera membuang air besar dan nurse meminta aku makan untuk tenaga semasa proses bersalin nanti.
Kak Agnes, nurse yang memeriksaku, menasihati aku supaya jangan ‘meneran’ sebelum di arahkan untuk meneran.

Kira-kira jam hampir pukul 7.00pm kalau tak silap, dengan di temani suami, aku di tolak ke bilik bersalin. Sebelum masuk bilik bersalin, semasa mencium tangan suami ku sempat aku meminta maaf dan meminta di doakan agar semuanya di mudahkan Allah. Suami mencium pipi dan dahiku, dan memesan supaya aku banyak berdoa.

Didalam wad bersalin, bukaan rahimku di periksa lagi, lebih kurang 5cm, aku di berikan oksigen sementara menunggu bukaan semakin besar iaitu lebih kurang 10cm. Masya Allah, lamanya lagi nak tunggu sedangkan aku semakin kesakitan.

Semasa aku bertanyakan pada nurse, adakah aku perlu tunggu lama lagi untuk bersalin, terasa lemah semangatku semasa nurse maklumkan yang bukaan selalunya 1cm untuk 1 jam.
Nurse meminta supaya aku banyakkan berdoa.
Ya Allah…Mampukah aku menunggu 5 jam lagi dengan kesakitan ini? Aku tak putus-putus berdoa agar Allah mudahkan segalanya.

Saat ini, terasa nyawa di hujung tanduk, sakitnya tak tertanggung. Dalam kesakitan, sempat juga aku berfikir dan kagum pada wanita-wanita yang berjaya melahirkan ramai anak. Bagaimana mereka mampu menempuh kesakitan sebegini berulang kali. Aku saat ini, terasa sangat fobia.
Aku terkenangkan ibu ku.

Sanggupkah aku untuk menempuh sakit begini lagi? Sempat lagi aku bersoal jawab. Mataku tak putus-putus memandang jam dinding. Kalau mengikut kiraan 1cm bukan dalam masa 1 jam, aku dijangka akan bersalin dalam pukul 11.00-12.00 malam.

Aku agak panik juga, kerana aku seringkali meneran. Membuatkan aku sering di marahi oleh nurse yang bertugas.

"Jangan meneran. Bukaan masih kecil. Belum masa untuk kitak bersalin tok. Bengkak kelak. Susah kitak nak keluarkan baby kelak". Rungut nurse saat dia memeriksa bukaan cm di rahimku.

"Kamek sik da meneran. Automatik jak kamek meneran tok".Balasku.
Aku pun heran, memang aku meneran dengan tidak sengaja.

Entah berapa kali juga aku meneran. Walaupun aku cuba kawal.

"Jangan meneran. Kelak kitak habis tenaga."

"Macam ne lah nak halang. Kamek sik meneran."

Dalam kesakitan, sempat juga aku bercakap. Hehe.
Jam masih awal lagi. Aku sudah terlalu kesakitan. Aku meminta nurse memeriksa bukaan cm. Kot-kot aku dah nak bersalin. Kerana selalu je meneran.

Semasa nurse memaklumkan masih perlu tunggu beberapa jam lagi. Aku meminta agar aku di pengsankan sahaja.

haha…tak logik betul. Mana boleh pengsan. Nanti tak ada tenaga nak bersalin. Lawak rasanya kalau aku kenang .

Aku diberikan gas ethonox untuk mengurangkan rasa sakit. Secara jujur ku katakan, gas itu tidak mampu mengurangkan rasa sakit, namun ia membuatkan aku berasa sedikit khayal, hingga kadang-kala aku ‘terlupa’ aku sedang sakit hendak bersalin.

Sepanjang aku bergelut menahan kesakitan, aku tetap membaca beberapa doa, dengan harapan Allah selamatkan aku dan bayi, serta memudahkan segalanya untuk ku.

"Sedut gas ya mun rasa sakit jak. Jangan banyak gilak sedut. Kelak anak kitak mabuk".
Kira-kira jam 11.00 malam, aku di periksa lagi. Bukaan sudah 9cm, dan aku di jangka akan bersalin sebentar lagi. Nurse segera menyiapkan peralatan. Air ketubanku di pecahkan. Nurse membetulkan posisiku agar mudah untuk bersalin, dan mengambil tube gas ethonox dariku walaupun aku berkeras mahu memegang tube itu, kerana takut sakit.

Kali ini, beberapa orang nurse dan seorang doktor, mengerumuniku. Aku di ajar cara meneran.
Aku dapat rasakan bayiku turun ke laluan untuk melahirkan, dan aku terasa hendak meneran.
Dengan lafaz Bismillah, aku cuba meneran dengan sekuat-kuat tenagaku. Dan rupanya, ia tidak mudah. Cubaan pertamaku gagal.

"Cuba lagi. Jangan buka mulut, tahan nafas, teran terus dan jangan putus-putus." Nurse memberiku panduan.

Aku cuba dengan panduan yang diberikan oleh nurse tersebut. Tapi, gagal lagi.
Entah berapa kali aku cuba meneran. Sehingga aku rasa sangat penat dan haus.

Sempat juga aku minta air. Tapi tak di layan. Iyelah kalau aku bertangguh-tangguh, nanti bayiku lemas. Lagipun bayiku sudah membuang air besar di dalam perut. Ia perlu segera di keluarkan!!!!

Semua orang sedang memberi semangat kepadaku. Walaupun agak lemah, kugagahi juga meneran, kerana khuatir sesuatu yang buruk akan terjadi pada bayi ku. Naudzubillah.

Alhamdulillah, setelah beberapa kali meneran, aku merasa sakit yang amat sangat di laluan bayi dan seketika kemudian terdengarlah tangisan bayi kami yang pertama.

Sebaik sahaja bayiku keluar melihat dunia, dia di letakkan di dadaku dan aku melihatnya buat pertama kali. Aku rasa terharu. Aku segera memelukkan. Hilang semua rasa sakit.
Maha Suci Allah, sungguh kacak bayiku, putih melepak dan bermata sepet. Beratnya 3.63kg. Subhanallah..

Seketika kemudian, bayiku di ambil untuk dibersihkan dan di selimutkan, sementara seorang nurse menunggu uriku keluar.
Aku bersalin tepat jam 12.55 am. Ini bermakna bayiku lahir pada 27 Oktober 2008, lewat sehari dari jangkaan doktor iaitu 26 Oktober 2008.

Kira-kira jam 2.00am aku di tolak ke wad, di mana tempat aku ditahan. Suami sudah pulang, kerana polisi hospital tidak membenarkan sesiapapun pelawat berada di dalam wad.

Hanya pada keesokan paginya,barulah ibuku, bapaku dan suami melihat bayiku.
Suamiku qamat di telinga kecilnya.
Aku pulang ke rumah bersama putera hatiku pada keesokan harinya.

Setiap kali ku tatap wajah comel puteraku, hatiku luluh dengan hangatnya kasih sayangku padanya. Tiada kebahagian yang setanding dengan rasa bahagia menyentuh jari-jemari dan mengucup pipi montel seorang cahaya mata.

Segala puji dan puja ku hanya pada Allah, yang menganugerahkan zuriat ini padaku dan suami.
Kini, putera kami, Awang Abrisam Zubari Bin Awang Abadi sudah berusia 2 bulan 2 minggu. Kuat menyusu dan montel, hingga orang sekeliling sering menganggapnya berusia 5-6 bulan. Semoga dia menjadi anak yang sihat, pintar dan soleh.

Buat putera di hati Ummi dan Abi, engkaulah anugerah terbesar dari Allah kepada kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...