Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

Pregnancy Update...


Kalau ikut kiraan doktor masuk minggu ke 38 dah... ikutkan dah boleh bersalin dah coz kandungan dah matang.. kepala baby pun dah turun kebawah.... nampaknya baby masih nak relax2 dalam perut ummi... ummi ni pulak rasa tak sabar nak jumpa baby ummi...

Hari tu check 9hb May 2012 urine ada kotor ...so doktor kata tak da masalah..just kena minum banyak airlah... actually ummi dah stat cuti minggu lepas ..ingat bersalin lah dalam tempoh tu... memandangkan tak juga bersalin so hari ni ummi kena turun keja lagilah..

Moga Allah mudahkan segalanya..Ameen


Thursday, May 10, 2012

Pregnancy Upadate




Tarikh atas tu sticker je ok... tapi kalau ikut kiraan doktor ummi sekarang peknen 36 minggu 6 hari... kira dekat 37 minggulah... kata orang ummi sekarang ni sedang menunggu hari...

Actaully ummi pun dah dapat rasakan saat itu semakin hampir.... sebab dah ada lah tanda-tandanya... semalam nurse pun cakap kepala baby dah turun... scan semalam kedudukan baby ok.... dan doktor pun cakap ummi akan bersalin bila-bila masa...

Rasa nerves pun ada...excited pun ada...Moga Allah mudahkan segalanya...moga ummi dan baby selamat...Ameen...

Barang-barang pun dah standby...memandangkan abi masih kat KL ummi haraplah baby dapat tunggu abi balik ok...hehe...ada 3 hari lagi...Insya Allah 12hb abi sampai...

Tuesday, May 8, 2012

Pregnancy Update


Menghitung hari....tak sabar nye..tapi harap baby tunggu abi balik dari KL ok.. 12hb ni baru abi balik... tak dapat bayangkanlah kalau abi tak de masa admit kat hospital.. ummi kesian dua beradik tu...atleast kalau abi ada taklah kucar kacir sangat... tak delah menyusahkan jiran @ family pengasuh...

Moga Allah mudahkan segalanya..Amen..

Friday, April 20, 2012

32 weeks 4 days check up


Hari ni check lagi....tak sabar rasanya nak bersalin ni...walaupun dah anak ketiga..excited tetap ada.. plus dah tak tahan dah asyik cramp je... esp bahagian tangan...berat lain hal..

Oh ya...rasanya barang2 untuk baby dah complete lah...tak perlu beli apa2 lagi... Insya Allah lepas selamat melahirkan dan confirm jantina boleh lah tambah2 apa yang perlu..

Sekarang ni ummi just nak beli ubat untuk lepas bersalin... tengah fikir nak makan ubat kampung..or beli set bersalin jamu mak dara... masa anak first n kedua memang makan ubat kampung... serasi lah juga.... cuma yang ketiga ni rasa nak tukar angin pulak... tengoklah macam mana... awal bulan 5 baru decide nak beli ubat apa...

Moga Allah mudahkan segalanya ...Ameen...

Thursday, April 19, 2012

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!


(Perkongsian yang ummi dapat drpd Facebook)


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.


1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
Info dan panduan untuk ibu dan bayi anda.. Dipersilakan untuk comment,like atau share mana-mana yang dirasakan membawa manfaat :-)

Thursday, April 12, 2012

pregnancy update at 31 weeks ::



Alhamdulillah dah masuk 31 weeks & 3 days..... sekarang dah stat check up tiap 2 minggu... cramp masih ada walaupun dah ambil pil kalsium dan ubat tambah darah... nurse cakap punca cramp ni sebab kurang kalsium selain sebab ummi ada masalah kurang darah...almaklum masa awal pregnant dulu kan mabuk teruk..so makan tak jaga sangat...susu pun tak dapat nak minum....

Sekarang ni cepat letih...sakit belakang tu jangan cakaplah...biasalah dugaan ibu mengandung... mabuk-mabuk dah berlalu so sakit lain lagi muncul.... tp kita kena positif..jangan banyak sangat mengeluh ok...(reminder for myself)... ingat ganjaran Allah beri untuk ibu yang bersusah payah mengandung !!

Oh ya..ni list2 things need to be done before the big day comes:-

for my newborn:-
1. kemas katil baby (done)...katil warisan daripada Abrisam...
2. Sedia cadar,sarung bantal baby (done)..minta tolong jiran kawan jahitkan ...2 set warna... angry bird ok....warna hijau dan
3. basuh comforter dan sheet cover (done)
4. cuci lapis getah (done)
5. Clocth Diapers (done)
6. basuh baju, barut, booties, mittens, kain bedung, etc (in progress)
7. susun baju baby dalam chest drawer (in progress)
8. beli minyak telon (not yet)
9. beli sabun,syampoo,tisu basah,powder baby (not yet)
10. akan ditambah senarainya jika perlu. :D

for the elder brothers:
1. stock up food (in progress)

for myself:-
1. beli ubat kampung (not yet)
2. basuh barut (done)
3. ready kain batik
4. beli nursing bra (not yet) - nak beli yang baru....yg lama dah buang...
5. cut my nails

rasanya tu je kot. dah 2 kali beranak, banyak benda yang masih boleh guna....buat persiapan ala kadar je...




(So far ummi dah beli 7 pasang baju baru for new baby... sarung kaki,tangan pun beli 4 pasang yang baru.... memandangkan jantina belum pasti..rasanya cukup dulu lah takat ni... boleh guna baju warisan daripada abang2 je dulu... )

Actually walaupun ni kelahiran ketiga, ummi tetap excited!!!!... tak sabar rasanya nak jumpa my new baby...

walaupun kadang2 seram mengenangkan saat-saat bersalin tu...cakap pasal takut nak bersalin ni, ummi rasa semua org perempuan macam tu... tak sabar nak bersalin tapi takut nak bersalin pas tu nak cepat habis pantang bagi yang betul2 ikut pantang larang tradisional...hehe

ummi kalau time bersalin, paling fobia masa nurse nak check opening. adoiiiiiiii. can't they think of something else that's less painful? ummi rela kena cucuk bagai, but not that one. seriously.... memandangkan ni anak ketiga...so ummi dah ada pengalaman...tak macam masa anak first kerap je minta nurse check opening tu...kali ni ummi akan pastikan masa dah sakit betul2 baru check...at least tak perlulah selalu sangat nurse tu kena check...

ummi doa sangat proses mengandung dan bersalin kali ni dipermudahkan.... walaupun kelahiran setiap anak adalah berbeza kan... yang pasti sakit tetap ada...kalau boleh ummi tak naklah susahkan sesiapa...yang ummi kerap fikir sekarang macam mana lah kalau ummi datang sakit tu time ummi dan 2 boys je kat rumah with no one who can drive to send me to hospital...ummi harap sangat ummi diberi kekuatan untuk boleh drive safely and calmly without causing chaos to anyone....seriously! kalau boleh tak nak bebankan sesiapa...

Kepada sesiapa yang baca entry ni...doakan ye...Allah mudahkan segalanya...

Friday, March 16, 2012

27 Weeks Pregnant

Hari ni dah dua kali muntah...huhuhu..ingatkan dah kandungan besar tak de lagi yang muntah... masih jugak rupanya...

Sehingga hari ni pun jantina baby masih jadi tanda tanya..... ummi tak kisah sangatlah bab jantina ni..rezeki....yang penting baby ummi sihat dan selamat.... malas lah nak scan..biar surprise kan... so far belum ada beli barang baby...tadi just beli 2 set kain angry bird untuk buat cadar dan sarung bantal.... ummi pilih warna hijau dan piech.....

Rasa mudah sangat letih sekarang ni..kalau ikut nak je bermalas-malasan...tapi mana lah dapat.. ada dua budak nak layan tu...tak dapat layan sangat malas tu.... kena rajin.... hehe...

Thursday, January 12, 2012

Check up


Semalam ummi check up untuk kali ke dua.... entah macam mana boleh hilang ingatan.... tak ingat yang perlu ambil sample urine.... tiba-tiba masa nurse panggil untuk timbang and nak test urine tu... barulah ingat perlu sample urine...kelam kabut ummi cari botol...huhu..nasib baik ada...

Berat...hmm..hmm...macam biasalah akan bertambah..tapi biarlah rahsia ok.... lepas jumpa nurse pergi makmal test darah....huhuhu....kurang darah lagi.... pas tu jumpa nurse balik ...check perut... baby dah stat gerak...tapi bunyi jantung belum ada lagi...

Pas tu jumpa doktor untuk tahu result Talesmania....Allahamdulillah ummi tak ada penyakit tu..

Muntah-muntah masih ada lagi esp... kalau makan yang tak sesuailah....

Wednesday, January 4, 2012

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

Ingatkan dah oklah sickness....tapi pagi tadi keluar segala benda makan...huhu...penat je breakfast....

Oklah kita kongsi artikel kat bawah :(mode : Sabar )

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Friday, December 23, 2011

3rd Lil' Munchkin In The Oven

Alhamdulillah...puji-pujian hanya pada Allah.... Insya Allah tahun depan keluarga kita akan bertambah lagi... di jangka 1 Jun 2012...

Moga Allah mudahkan segalanya..Ameen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...