skip to main |
skip to sidebar
Peringatan...
Ceramah dalam Radio IKIM Ustazah Norhafizah Musa...
beberapa pengajaran yang ummi nak share kat sini sebagai ikhtibar..
Sesiapa
yang merasa cemas pada masa depan anak-anaknya...(contohnya takut
keadaan anak yang masih kecil ,lemah etc selepas kita meninggal dunia) -
maka hendaklah kita menyerahkan nasib anak itu secara TOTAL hanya
kepada ALLAH - hendaklah kita bertakwa kepada Allah dan mengucapkan
perkataan yang benar-hendaklah kita bersungguh-sungguh menterjemahkan
makna kehambaan kita kepada ALLAH sehingga ALLAH akan mendatangkan
pertolongannya- taatilah ALLAH, banyak sedekah dan bersungguh-sungguh
dalam beribadah kepada ALLAH... Radio IKIM Ustazah Norhafizah Musa...
Kemulian
Hidup - Ustazah Norhafizah radio IKIM...Selagi apa yang kita buat itu
berlandaskan syarak - tidak buat dosa dan maksiat , maka kata-kata orang
yang berunsur negatif sudah tidak penting lagi...kalau kita terlalu di
tekan dengan pandangan makluk..ini akan menyebabkan dunia dalaman kita
tak berapa stabil,keiklasan kita akan terjejas, (sila rujuk surah Taha
ayat 130-132 Allah jelas kan pada Nabi Muhammad SAW sabarlah dengan
kata-kata orang) Formula SABAR itu adalah dengan menunaikan solat dengan
kusyuk (bukan kita sahaja tapi ajak ahli keluarga juga), bertasbih
kepada Allah pagi,petang,siang malam dan janganlah palingkan mata kamu
dengan sedikit nikmat yang Allah beri pada orang lain...
No comments:
Post a Comment