Assalamualaikum Ummu Abrisam,
Mungkin
ada orang yang akan mengeluh dengan kenyataan ini. Mana tidaknya, nak
ajar al Quran pada anak pun dah banyak masalahnya, inikan pula nak
tambah subjek lain. Ada yang rasa macam tu? Haha.. Bawa bertenang. Mari
kita lihat ganjarannya di dunia (dan diakhirat). Mungkin selepas itu
kita tidak mengeluh lagi..
ALLAH akan mengangkat darjat orang yang BERIMAN dan BERILMU pengetahuan beberapa darjat.
( Al Mujadalah, ayat 11)
Adakah kita tahu bahawa Ilmu Allah yang pertama diajarkan kepada Nabi Adam sebelum baginda diturunkan ke bumi adalah Ilmu Sains dan Teknologi?
Astronomi dan Matematik merupakan dua bidang ilmu yang sangat popular dalam tamadun Islam.
Ini kerana Astronomi mempunyai kaitan dengan kewajipan menunaikan perintah agama seperti penentuan arah kiblat, waktu solat lima waktu penentuan hari dan waktu berpuasa dan bebuka serta berhari raya dan pengembaraan berpandukan bintang-bintang dilangit. Kita juga tahu adalah sunnah memulakan perjalanan diwaktu malam. Imam Al Ghazali. seorang ulama Islam dan pakar astronomi mengatakan bahawa belajar astronomi adalah fardhu kifayah.
Matematik pula berkaitan dengan pembayaran zakat, pembahagian harta pusaka dan dan urusan perniagaan dan muamalat. Al Khawarizmi berkata sumbangan ahli matematik Islam, Al Jabbar adalah suatu ibadat dalam mempermudahkan hukum syariah dalam pembahagian harta pusaka, perniagaan dan sebagainya.
Terdapat 6666 petunjuk dalam al Quran dan lebih dari 1000 petunjuk adalah berkaitan Sains
Ada 11 ayat : Mengenai Kimia
Ada 24 ayat : Mengenai Sains Pemakanan
Ada 25 ayat : Mengenai Asal Usul Kejadian manusia dan makhluk
Ada 27 ayat : Mengenai Sains Sosial
Ada 41 ayat : Mengenai Kejuruteraan
Ada 60 ayat : Mengenai Bumi
Ada 69 ayat : Mengenai Rangsangan Membuat Kajian
Ada 73 ayat : Mengenai Matematik
Ada 90 ayat : Mengenai Pertanian
Ada 113 ayat : Mengenai Astronomi
Ada 140 ayat : Mengenai Geografi
Ada 144 ayat : Mengenai Fizik
Ada 271 ayat : Mengenai Perubatan
Ada 283 ayat : Mengenai Biologi
Kesimpulannya
dalam Islam, AL QURAN dan SAINS itu berkait rapat. Untuk menguasai
Sains, seseorang itu mesti menguasai Matematik dahulu. Cuba kita lihat
subjek Sains.. seperti Chemistry samada Organic dan Inorganic Chemistry
atau Biology - Botany atau Zoology asasnya.. pencerapan pemerhatian,
mengeluarkan formula semuanya memerlukan kemahiran matematik. Apa lagi
jika ia adalah subjek Physics.. Matematik adalah satu kemestian atau
kewajipan.
Sebab itulah saya sangat fanatik mengajar anak saya matematik
dari kecil. Pada umur bayi telah diperkenalkan mereka dengan nombor dan
kuantiti, pada umur 3 tahun ajar mereka menulis nombor bagi persedian
mengajar operasi matematik, pada umur 4 tahun, mereka sudah tahu apa
nombor negatif dan positif serta melakukan pengiraan jika disamakan. Dan
pada umur 5 tahun, diajar menggunakan daya imaginasi untuk mendapatkan
jawapan. Semoga perkongsian saya ini dapat memberi idea
kepada Ummu Abrisam dalam mendidik anak tersayang supaya mereka menjadi
antara orang yang BERIMAN dan BERILMU yang ALLAH tingkatkan beberapa darjat dari orang lain didunia dan diakhirat nanti.
Yang
paling terakhir, dari pemerhatian saya melalui dua orang anak saya
(eksperimen sample), kanak-kanak lebih cepat dalam pengiraan Matematik
setelah mereka menghafal surah Ar Rahman. Wallahualam. Sebuah
buku tentang surah ini pernah ditulis oleh Salleh (2008) yang bertajuk :
"Surah Ar Rahman: Tafsiran dan Fakta-Fakta Saintifik". Ingin saya
maklumkan bahawa bukan semua orang mampu mendengar surah ini kerana ada
yang tidak tahan untuk terus mendengarnya..Jika Ummu Abrisam tidak pernah mendengar surah Ar Rahman dari Darwisya, bolehlah ke link ini http://www.youtube.com/watch?v=8aldojTxRaw&feature.
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:
..
Surah ini tidak menententeramkan hati orang-orang MUNAFIK, kamu akan
menjumpai Allah bersamanya pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud
manusia yang paling indah, dan baunya paling harum.
Ikhlas dari,
Lina Karim
No comments:
Post a Comment